KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tetap akan hadir ke Universitu Malaya (UM) malam ini kerana telah dijemput sendiri oleh alumni UM.
Menurut Anwar selama 16 tahun beliau diserang oleh UMNO, kenapa dalam masa 30 minit untuk beliau jawab, tidak dibenarkan.
“Saya tetap akan hadir dan menepati janji saya untuk berucap. Apakah salah saya hadir setelah dijemput.
“Dengar lah dahulu, saya bukan bagi ceramah dekat budak sekolah, ini mahasiswa universiti. Nanti lepas 24 hari selepas itu Menteri akan jawab, masa itu gunalah TV3 setiap malam,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen.
Beliau juga menjawab soalan daripada pemberita mengenai kehadirannya malam ini akan menyebabkan mahasiswa yang hadir ditangkap polis.
“Kenapa perlu tangkap mereka dan kenapa tidak salahkan orang yang tangkap mereka.
“Jangan jadi perkakas UMNO. Kita akan terus komitmen dalam menentang perkauman sempit dan beberapa isu yang mengelirukan,” jelasnya.
Anwar juga menjelaskan mesyuarat pimpinan tertinggi PR amat penting bagi membincangkan adakah masih relevan gabungan pembangkang tersebut.
“Mesyuarat hari ini amat penting kerana banyak persoalan dilontarkan mengenai kesepakatan PR.
“Saya juga ingin menjelaskan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan terus beri komitmen bersama PR,” ujarnya. -fmt
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.