PETALING JAYA: Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hanya seumpama memberi paracetamol kepada pesakit barah, kata Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nor Hizwan Ahmad.
Menurut Hizwan, kelegaan sementara ini tentunya tidak dapat menampung siri kenaikan harga barangan pengguna selepas pelaksanaan GST kelak dan juga reaksi rantaian (chain reaction) setelah harga minyak dinaikkan.
“Pada hitungan kasar, kenaikan harga minyak telah mengurangkan perbelanjaan Kerajaan sebanyak RM3.4 billion setahun. Manakala kenaikan BR1M yang diumumkan hanya menelan kenaikan perbelanjaan sekitar RM1.8 billion sahaja yang dinikmati oleh sekitar 6 juta rakyat Malaysia.
“Maknanya masih berbaki lebih kurang RM 1.6 billion lagi hasil dari kenaikan harga minyak yang dikenakan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, kenaikan BR1M bagi penerima bujang dan kepada kumpulan sasar yang lain dilihat sebagai usaha meredakan amarah kerajaan menaikkan minyak sebanyak 20 sen seliter bagi minyak petrol dan diesel.
“Intipati yang cuba menangkap imaginasi rakyat ialah dengan mengumumkan kenaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM50 untuk penerima bujang dan RM300 kepada kumpulan sasar lainnya.
“BR1M hanya menambah purata 95 sen hingga RM2.60 sehari ke dalam poket sebilangan rakyat,sebilangan besar yang lain masih menanggung beban akibat perlaksanaan dasar dan pengurusan ekonomi kerajaan Barisan Nasional (BN) ini,” jelasnya.
Katanya lagi, golongan muda dalam Negara ini terutamanya yang berpendapatan di bawah RM2000 sebulan tentunya mengharapkan agar pendekatan yang lebih rasional dan efektif dilakukan bagi membantu mereka meningkatkan taraf hidup dan survival dalam situasi ekonomi semasa.
“Kerajaan tidak sekadar memberi bantuan tunai RM350 setahun. Impian menjadikan Malaysia sebagai High Income Nation perlu didahului dengan membangunkan High Income Citizen,” ujarnya.
-fmt
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.