PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat bantahan kepada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berhubung penggunaan Stadium Jalan Besar bagi menggantikan Stadium Nasional pada Kejohanan AFF 2014, November ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya tidak bersetuju stadium itu digunakan memandangkan ia boleh memberi kelebihan kepada tuan rumah kerana stadium kecil itu menggunakan rumput sintetik yang mereka sudah biasa bermain di atasnya.
"Berdasarkan surat yang kami terima semalam, pihak FAS memberitahu kesemua perlawanan akan berlangsung di Singapore Sports Hub dan Stadium Jalan Besar.
"Namun, Malaysia dan Thailand membuat bantahan perlawanan yang akan diadakan di Stadium Jalan Besar dan mahukan perlawanan dilangsungkan di padang rumput biasa.
"Jadi, saya harap pihak FAS dapat buat sesuatu untuk membolehkan kami bermain di rumput biasa jika Stadium Nasional tidak boleh digunakan," katanya pada sidang media mengenai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014 di Wisma FAM, semalam.
Menurut Hamidin, dia juga sangat berharap FAS dapat menyelesaikan masalah itu secepat mungkin memandangkan Kejohanan AFF akan berlangsung dalam masa sebulan sahaja lagi.
"Kami akan membuat bantahan dan selepas itu kita menunggu apa reaksi FAS selaku tuan rumah kejohanan kali ini.
"Apa pun, saya harap kita dapat beraksi di padang biasa demi memudahkan perancangan kita dalam kempen kali ini," ujarnya.
Skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh akan beraksi dalam Kumpulan B bersama pasukan tuan rumah yang juga juara bertahan selain Thailand dan Myammar dalam kempen Piala AFF bermula 22 November hingga 20 Disember ini.
-sinar harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.