Thursday, October 16, 2014

Mati 3 jam lepas kahwin

Ohio (Amerika Syarikat): Seorang pengantin lelaki terbunuh pada hari perkahwinannya selepas lori pikap yang membawanya terbabas.

Andrew Bloomfield, 27, dan rakannya Elizabeth Shelton, 26, maut dalam kejadian berkenaan manakala isteri Bloomfield, Ruth Driskill, 37, dan pemandu, Timothy Tebbe, parah.

Syerif Michael R Hetzel berkata, pemandunya berkemungkinan mabuk ketika kejadian namun perkara itu masih belum dapat disahkan.

Menurutnya, empat rakan berkenaan dalam perjalanan ke majlis resepsi sempena perkahwinan itu tidak jauh dari rumah Tebbe.

Malangnya, Tebbe hilang kawalan kenderaannya dan terbabas sebelum melanggar tebing jalan serta tiang telefon dan bergolek beberapa kali.

Menurut penyiasat, semua mangsa didapati tidak menggunakan tali pinggang keledar.

Ruth dan Tebbe terpaksa dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk teruk sebelum dibawa ke hospital. Elizabeth mati serta-merta manakala Bloomfield disahkan mati di hospital.

Rakan Bloomfield, Jessica Lehner berkata, kejadian itu berlaku hanya tiga jam selepas majlis perkahwinan dilangsungkan. - Agensi / myMetro

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.