Tuesday, October 28, 2014

Anwar yakin beliau akan dibebaskan

PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa keputusan tuduhan Fitnah II yang akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi hari ini akan memihak kepada beliau.

“Saya yakin pada prinsip keluhuran undang-undang yang jelas memihak kepada saya dan pasukan pembela. Fakta kes sedia ada cukup kredibel,” katanya.

Walaubagaimanapun Anwar tetap bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Sekiranya beliau sekali lagi ke tirai besi, semangat untuk memperjuangkan rakyat akan diteruskan dan kezaliman tetap ditentang oleh rakan-rakan PR yang lain.

Jelas Anwar, sokongan yang tidak putus-putus daripada akar umbi serta rakan-rakan dalam PR khususnya DAP dan PAS yang tidak pernah pudar sejak 1998 menguatkan lagi semangat beliau untuk terus berjuang demi rakyat.

Pada masa sama beliau juga kecewa dengan tindakan pihak Universiti Malaya (UM) yang bertindak menghalang beliau dan mahasiswa untuk masuk ke dalam universiti bagi mengadakan pidato bertajuk ’40 Tahun Dari UM Ke Penjara’ ‘semalam’.

Katanya, apabila Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mahu melawat UM perbagai persiapan rapi dibuat, tetapi jika beliau ‘alumni UM’ hendak masuk universiti pelbagai halangan telah dilakukan dengan membuat sekatan di pintu pagar dan memutuskan bekalan elektrik.

Anwar hari ini akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya dan seawal 7 pagi para penyokong ketua pembangkang itu telah berkumpul dihadapan Mahkamah sebagai tanda sokongan mereka terhadap Anwar.

Menurut Wartawan Free Malaysia Today (FMT) keadaan masih lagi terkawal dan tiada sebarang provokasi dibuat penyokong.

Katanya, Ketua Pembangkang tiba di Mahkamah kira-kira jam 8.40 pagi sambil ditemani isteri beliau Datin Seri Wan Azizah dan peguam.

-fmt

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.