Thursday, October 16, 2014

Peguam berarak bantah Akta Hasutan

Hampir 1,000 peserta - sebahagian besarnya peguam - berkumpul di Padang Merbok, Kuala Lumpur untuk berarak membantah Akta Hasutan.

Mereka dilihat berlegar-legar di padang tersebut sejak seawal jam 9.30, dan memulakan perarakan mereka pada 11.40 pagi selepas melaungkan pelbagai bantahan dan mendengar ucapan daripada wakil Majlis Peguam.

Antara yang hadir ialah Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, yang kelihatan menyambut ketibaan para peserta, dan bekas pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga; Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan dan ahli Parlimen pembangkang - Teo Nie Ching, Nga Kor Ming, dan Gobind Singh Deo termasuk pengamal media.

Sepuluh wakil Majlis Peguam yang diketuai Leong berada di Parlimen untuk bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong untuk menerima memorandum daripada peserta.

Cuaca terik 30 darjah Celsius dengan sedikit tiupan angin dan awan yang bertaburan. Polis turut kelihatan di padang itu untuk mengawal lalulintas

Bagaimanapun, kebanyakan peguam yang hadir memakai kot masing-masing dan meluangkan slogan di luar parlimen.

Antaranya "Hidup Rakyat! Mansuhkan Akta Hasutan" dan mereka juga membawa kain rentang dan plakad anti-Akta Hasutan, sementara menunggu pemimpin mereka pulang.-mk

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.