Saturday, October 25, 2014

Kongkong mahasiswa bersuara satu politik kolot

PETALING JAYA: Tindakan Universiti Malaya (UM) keluar surat tunjuk sebab kepada terhadap Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol bukti kebebasan akademik, kebebasan bersuara mahasiswa dikongkong politik kolot.

Menurut, Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fahmi Fadzil tindakan UM mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap Fahmi semalam atas “cubaan mencemarkan imej universiti” adalah satu tindakan yang amat dikesali dan wajar dikecam.

“Tindakan UM ini bersifat autokratik, anti-demokratik, dan memperlekeh kebolehan serta keupayaan mahasiswa untuk berfikir dan menyatakan pendapat mengenai perkembangan senario sosio-politik tanah air terkini.

“Ia adalah satu langkah ke belakang buat menara gading tertua di Malaysia, berusaha mengongkong mahasiswa di bawah tempurung politik kolot, dan pasti akan mencemar nama baik UM di mata institusi-institusi pengajian tinggi yang lain di dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, kenyataan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Prof Datuk Dr Rohana Yusof bahawa UM tidak akan sesekali membenarkan atau menyokong program seumpama itu membuatkan kedudukan beliau sendiri sebagai seorang akademik dan pentadbir dipandang serong.

“Adakah UM dan beliau khususnya diberi tekanan politik yang kuat dari luar, khususnya dari Putrajaya, untuk menghalang program tersebut dari diteruskan? Tidakkah UM perlu bebas dari campurtangan politik sebegini?.

“Umum juga perlu tahu, apakah sebenarnya pendirian UM berkenaan hak asasi termasuk hak untuk bersuara dan berhimpun secara aman, yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan?” jelasnya.

Katanya, Fahmi Zainol merupakan antara penganjur program “40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara” pada 27hb Oktober ini yang menjemput Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berucap di alma mater beliau sendiri sehari sebelum rayuan kes Fitnah 2 berlangsung di Mahkamah Persekutuan.

-fmt

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.