Friday, October 31, 2014

Liwat : Saiful mengaku takut pada Anwar

Shafee berkata Jude tidak mendapat apa-apa keuntungan sekiranya mengganggu sampel berkenaan.

Pendakwa itu berkata, Jude berterus terang mengenai hal tersebut sejak awal, dan IO itu juga mengaku memasang penyaman udara di tempat simpanan sampel selama 24 jam untuk memastikannya dalam keadaan dingin.

Hakim Ariffin menangguhkan persidangan mahkamah untuk hari ini, dan menambah persidangan akan disambung semula pada hari Isnin dengan hujah pendakwaan.

Persidangan pada hari Isnin mungkin hanya berlangsung setengah hari kerana satu urusan hakim Ariffin. Ini bermakna, persidangan mungkin akan berterusan pada hari Selasa.

12pm: Shafee membangkitkan bahawa pendakwaan tidak meminta Jude menjelaskan perkara itu ketika saksi berkenaan memberi keterangan – berhubung kemungkinan bahawa sampel tersebut diganggu.

Sebaliknya, pendakwaan hanya membuat dakwaan tersebut kemudian, ketika Jude tidak dapat mempertahankan dirinya.

Shafee seterusnya mengulangi hujah bahawa tiada gangguan dilakukan ke atas bahan bukti tersebut, seperti didakwa.

"Tuduhan ke atas IO (Jude) adalah tindakan memperolok-olokkan undang-undang yang serius,” katanya.

11.55am: Shafee berkata tindakan Jude bukanlah gangguan ke atas sampel, dan menyatakan beberapa kes untuk membuktikan sebab sampel tersebut perlu diterima.

Beliau seterusnya bertanya bagaimana seseorang boleh mendapatkan sampel spermatozoa Anwar untuk membolehkan sampel itu diganggu.

"Sekiranya seseorang berpendapat (bahawa DNA tersebut) boleh dimasukkan daripada sampel yang diambil daripada sel Anwar, ia tidak boleh dilakukan kerana ia berlangsung dalam tempoh masa berbeza,” katanya.

Samep Saiful dihantar pada 30 Jun manakala sampel Anwar diambil dan dihantar kepada ahli kimia pada 17 Julai.

11.45am: Shafee berkata tindakan doktor HKL, Dr Siew Sheue Feng yang menandatangani sampul spesimen dan juga mendapatkan tandatangan Saiful adalah memadai untuk mengelakkannya daripada diusik.

Katanya, sampel itu seterusnya dimaterai dengan materai polis.

11.35am: Shafee mengemukakan hujah bahawa Jude hanya menanda sampel "intim” dan polis hanya mematuhi IGSO.

"Ringkasnya, ketika Seah menerima sampel tersebut, beliau ditanya sama ada materai HKL masih utuh di sampel berkenaan, dan beliau menjawab ia masih utuh,” katanya.

11.20am: Shafee membacakan sebahagian daripada IGSO yang menetapkan bahawa setiap sampel perlu dibungkus berasingan dan setiap sampel perlu disertakan dengan borang Polis 31.

"Apa yang dilakukan oleh pegawai penyiasat (IO) adalah memotong plastik, meletakkan sampel berasingan di dalam sampul dan meletakkannya di dalam beg.

"P27 ini dijadikan isu dan ini menyebabkan tertuduh bebas,” katanya.

Shafee menegaskan bahawa IO tidak mengusik sampel tersebut tetapi hanya meletakkannya berasingan.

"Sampel intim ini dihantar kepada Seah pada 30 Jun, manakala sampel kedua (Anwar) dihantar pada 17 Julai dan diberikan kepada seorang lagi ahli farmasi ((Noraidora Saedon).

"Dari mana IO boleh dapatkan sampel mani di antara (30 Jun dan 17 Julai) untuk mengubah (sampel pertama)?,” soalnya.

11.15am: Shafee meneruskan hujahnya di mana beliau menunjukkan beg plastik telus P27.

Beliau berkata IO (pegawai penyiasat) memotong plastik dan membiarkannya tergantung bagi menunjukkan beliau tidak ada niat lain yang tidak diduga.

Beliau membacakan 'swab' yang diambil dari Saiful di Hospital Kuala Lumpur.

Katanya bekas plastik dimeterai (sealed) dan Dr Siew Sheue Feng memberi keterangan beliau memeteraikannya dan menandatangan di atasnya dan meminta Saiful untuk menandatanganinya.

Menurut Shafee, ia adalah "tamper proof"

"Saksi pembelaan mengatakan semua ini adalah 'tamper proof', tetapi tidak plastik besar (P27). IGSO menyatakan setiap sampel mesti dipisahkan dan dibungkus," tambahnya.

IGSO ialah Perintah Tetap Ketua Polis Negara.

11.12am: Mahkamah disambung semula.

11.05am: Bapa Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berada di mahkamah bersama dengan cucunya, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Mahkamah bersedia untuk menyambung pendengaran.

10.50am: Di tengah-tengah hujan lebat, kira-kira 200 penyokong
Anwar Ibrahim dibenarkan berlindung di khemah sementara di depan Istana Kehakiman.

Makanan dan minuman disediakan oleh pegawai PKR. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di situ.

10.47am: Hakim Arifin meminta mahkamah berihat seketika.

10.41am: Shafee kini berhujah tentang beg plastik P27 yang mengandungi semua spesimen yang diambil dari Saiful.

Shafee menegaskan bahawa ia tidak ditutupkan secara 'heat sealed'.

Merujuk kepada keputusan hakim yang membebaskan Anwar, Shafee berkata hakim membuat kesilapan tentang gangguan pada beg plastik tersebut.

Hujahnya, apabila meterai luar rosak, meterai di dalam tetap utuh.

10.37am: Mengenai KY jelly tidak dijumpai di atas karpet yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan, Shafee berkata keterangan Saiful menyatakan bahawa ia mungkin jatuh ke atas permaidani atau tuala yang mereka pakai semasa melakukan seks itu.

Shafee juga menegaskan bahawa karpet tidak dijumpai dari unit kondominium di mana Anwar dan Saiful melakukannya.

"Ironinya karpet itu ditemui di unit lain," kata Shafee.

-mk

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.