Tuesday, October 21, 2014

Siapa Pemain badminton negara gagal ujian dadah?

Seorang pemain badminton negara gagal dalam ujian dadah secara rawak yang dijalankan semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen pada bulan Ogos, lapor akhbar The New Straits Times hari ini.

Bagaimanapun tiada nama disebutkan tetapi akhbar berkenaan berkata, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan lain-lain "pihak berkepentingan" dimaklumkan selepas Sukan Asia baru-baru ini di Incheon, Korea Selatan.

Pemain yang dimaksudkan menurut akhbar harian berbahasa Inggeris itu pernah memenangi pelbagai kejohanan dan turut menyumbang pingat di Incheon.

Memetik satu kenyataan, ujian doping pemain itu menunjukkan kesan dadah peringkat rendah yang diharamkan oleh World Anti-Doping Agency (Wada).

Pemain itu menunggu keputusan daripada sampel "B".

NST juga melaporkan BAM tidak mahu membuat kenyataan sebelum keputusan daripada sampel "B" dikeluarkan.

Di antara mereka yang bermain di Incheon adalah pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Goh Soon Huat, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Tan Boon Heong dan Hoon Thien How.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan membuat pengumuman khas mengenai pemain badminton berkenaan tetapi tidak menyatakan masa dan tempat.

Sementara itu, Twitter dibanjiri pelbagai respons selepas berita ini tersiar di Buletin Utama TV3, pada 1.30 petang ini.

Ramai yang terkejut dengan pendedahan itu tetapi tetap menyokong pemain badminton itu.

Tweet daripada @AdamMinter: "news from Malaysia is absolutely mind-boggling, a low blow in a really lousy year for a country that deserves better."

@cikpeanut dan @eykaatiqah18, kedua-duanya menolak untuk mempercayai berita dengan tweet @Cikpeanut: "Don't care lah. I will still love you!"

@aima32 menambah: "Like seriously? If it is true then i will be sad coz i adore him so much???"

Perkembangan terbaru itu selepas Malaysia terpaksa memulangkan pingat emas Asia yang dimenangi juara wushu Tai Cheau Xuen yang gagal ujian dadah.

Mahkamah Timbangtara Sukan menolak rayuan Cheau Xuan dalam sidang yang diadakan di luar Temasya Sukan Incheon.

Sampel air kencing A dan B milik Cheau Xuen diuji positif bagi bahan terlarang sibutramine.

Seramai lima atlet gagal ujian doping di sukan itu dan dikeluarkan. Menurut laporan, seramai1,900 atlet daripada 9,500 direkodkan di Incheon menjalani ujian dadah. –tmi

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.