Monday, October 13, 2014

Subsidi: Kenapa orang luar yang dapat

SHAH ALAM - RM40.5 bilion. Itu jumlah pelbagai subsidi yang ditanggung kerajaan bagi tahun ini, seperti dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2015, Jumaat lalu.

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding 10 tahun lalu apabila kerajaan hanya memperuntukkan RM588 juta untuk subsidi pada 1994.

Najib berkata, subsidi sebanyak RM23.5 bilion diberikan pada 2013 semata-mata untuk mengekalkan harga runcit petrol yang rendah akibat peningkatan jumlah kenderaan daripada 13.6 juta unit pada 2008 kepada 23.7 juta unit pada 2013.

Tetapi adakah pertambahan jumlah kenderaan satu-satunya sebab utama mengapa subsidi petrol meningkat?

Bagaimana pula dengan kebanjiran warga asing yang berada di negara ini dan rakyat negara jiran yang datang semata-mata untuk membeli barang bersubsidi yang sepatutnya hanya layak dinikmati rakyat Malaysia?

-sinar harian

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.