Thursday, October 30, 2014

Tiada kesan air mani pada seluar dalam Saiful

PUTRAJAYA: Peguambela Ram Karpal Singh berkata, tiada kesan air mani pada seluar dalam yang dipakai Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas insiden beliau mendakwa diliwat.

Tambah beliau, kesan air mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak diguna beliau (Saiful) semasa insiden berlaku.

“Jika kesan air mani ditemui pada seluar dalam sebelum itu, ia patut sama dengan kesan pada seluar yang digunakannya pada hari insiden,” tambahnya.
Pada masa sama beliau mempertikai keputusan ahli kimia kerajaan yang bertindak berat sebelah apabila tidak menjawab soalan yang ditanya peguam bela.

Dalam hujahnya semalam, Ram mempersoal mana datangnya air mani yang ditemui dari dubur Saiful sedangkan doktor Mohd Osman Abdul Hamid menjelaskan dubur pengadu berada dalam keadaan normal dan tiada kesan tembusan berlaku.

“Bagaimana kamu temui air mani dalam rektum apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration),” kata Ram.

Ram sebelum itu berkata, Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa ia berlaku selama 30 minit.

“Bagaimana tiada sebarang luka pada rektumnya sedangkan dia mendakwa telah diliwat secara rakus dan laju pada masa itu?” soalnya.
Menurutnya keterangan Saiful telah menimbulkan keraguan jelas.

-fmt

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.