Thursday, October 23, 2014

Video fitnah menyerupai ‘Ustaz UAI’ tersebar

PETALING JAYA: Klip video pendek yang menunjukkan seorang lelaki mirip Ustaz terkenal di katil dengan seorang wanita muda mula tersebar di laman sosial di Facebook dan YouTube.

Ustaz ini juga mempunyai pengaruh yang sangat besar dan tidak pernah gagal untuk menarik ramai peminat apabila memberi ceramah-ceramah agama di masjid atau majlis-majlis agama.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan daripada sumber yang berdekatan mengatakan wanita muda di dalam video tersebut mungkin isteri ketiganya.

“Tetapi kerana ketiga-tiga isterinya yang dilihat menutup aurat dan menutup di bahagian atas muka, ia agak sukar disahkan identitinya, lapor The Star Online.

Sementara itu, menurut Ustaz Hakim Mohd Nor beliau terkejut apabila melihat gambar di dalam video itu menyerupai gambar Ustaz Azhar Idrus (UAI).

“Saya sangat terkejut melihat gambar ‘super impose’ UAI , daie sejuta ummah dalam keadaan yang begitu aib dan memalukan di beberapa group whatsapps dan laman facebook.

“Saya percaya ianya adalah fitnah yang sangat keji. Semoga laknat Allah buat pencipta dan penyebar fitnah ini,” ujarnya.

-fmt

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.