Tuesday, June 4, 2013

Debaran Sidang Parlimen Ke 13

Melihat pada senarai anggota Parlimen yang bakal bersidang 24 Jun ini, perdebatan di Dewan Rakyat pasti hangat dengan pihak kerajaan dan pembangkang dijangka menyambung semula “pertarungan belum tamat” semasa pilihan raya umum yang sudah berlalu.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 133 kerusi berbanding 89 kerusi oleh pakatan pembangkang, perbezaan 44 kerusi.

Jika ditolak 55 wakil BN yang dilantik dalam Kabinet dan mengisi jawatan timbalan menteri, barisan penyokong kerajaan hanya tinggal 78 orang.

Antara muka baru yang dijangka menjadi ‘ayam sabung’ pembangkang ialah Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Mohamed Hanifa Maidin (Pas-Sepang), Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu), Mohamad Idris Jusi (PKR-Batu Pahat), Idris Ahmad (Pas-Bukit Gantang) dan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil).

Bagi pihak BN pula, tiada lagi suara lantang Datuk Mohamad Aziz, bekas anggota Parlimen Seri Gading (tidak bertanding) atau Datuk Abdul Rahman Dahalan yang sebelum ini lantang menyerang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, setelah dinaikkan pangkat sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Begitu juga Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang dilantik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Khairy Jamaluddin yang kini Menteri Belia dan Sukan, dan penyelaras sayap Putera MIC, P. Kamalanathan yang dilantik Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Kedua.

Bagaimanapun beberapa nama seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan), Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (Rompin), Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas), Datuk Noh Omar (Tanjong Karang), Chua Tee Yong (Labis), Datuk Ir Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dijangka memainkan peranan sebagai pertahanan BN di Dewan Rakyat.

Berbeza sebelumnya, tidak ada anggota Parlimen ‘tidak berparti’ (Bebas) dipilih sebagai wakil rakyat dalam Parlimen ke-13. Pertama kali dalam sejarah

Selain itu buat pertama kali dalam sejarah, barisan kabinet tidak mempunyai penyertaan daripada MCA dan Gerakan, selepas kedua-dua parti itu menolak jawatan dalam kerajaan setelah dibadai kekalahan teruk pada PRU13.

Manakala MIC mengisi empat portfolio kementerian dengan dua menteri penuh iaitu Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, timbalannya Dr S. Subramaniam (Menteri Kesihatan), naib presiden Datuk M. Saravanan (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) dan P. Kamalanathan (Timbalan Menteri).

Dengan ketiadaan wakil MCA, G.Palanivel dijangka akan mengisi kerusi bersebelahan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun menurut sumber Parlimen, susunan kerusi di Dewan Rakyat belum muktamad.

Tumpuan juga diberi kepada beberapa muka baru dalam kabinet transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, antaranya tokoh berpengalaman seperti Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Halimah Mohd Saddique manakala muka baharu ialah Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Datuk Paul LowSeng Kuan, P. Kamalanathan, Datuk Mary Yap Kain Cheng dan P. Waythamoorthy serta yang muda seperti Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Abdul Wahid, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (UPE); dan Low, presiden Transparency International Malaysia, juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mengetuai Biro Pengaduan Awam, selain menguruskan hal-hal berhubung rasuah dan integriti.

Sabah dan Sarawak

Selain itu seramai 17 wakil Sabah dan Sarawak turut dipilih menganggotai kerajaan pusat dengan jawatan menteri dan timbalan menteri, mengambil kira sumbangan mereka dalam PRU13.

Sebelum Parlimen dibubarkan untuk PRU13, barisan kabinet dianggotai 11 wakil Sarawak dan Sabah.

Selain itu, tujuh anggota Parlimen wanita turut diiktiraf apabila dua orang dinamakan sebagai menteri iaitu Datuk Rohani Abdul Karim dan muka baru Nancy Shukri, dan lima sebagai timbalan menteri iaitu Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Datuk Noriah Kasnon, Datuk Halimah Mohamad Sadique, Datuk Azizah Mohamad Dun dan pendatang baru dalam arena politik iaitu Datuk Mary Yap Kain Ching.

Senator Low dan Mary Yap merupakan wakil masyarakat Cina dalam kabinet setelah MCA dan Gerakan memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan.

Berdasarkan Peraturan 1 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Majlis Mesyuarat selepas pilihan raya akan melaksanakan urusan-urusan utama pada hari pertama.

Urusan utama itu termasuk memilih Yang di-Pertua Dewan Rakyat; Yang di-Pertua mengangkat sumpah; anggota mesyuarat mengangkat sumpah dan memilih timbalan-timbalan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih di kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan di kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat yang mempunyai kelayakan.

Pada penggal lepas jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat disandang Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dibantu dua timbalan Yang di-Pertua iaitu Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee.

Wan Junaidi, 66, bagaimanapun telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 16 hari bermula 24 Jun depan. -inikalilah
xxx2

Komen Anda

96 Responses to " Debaran Sidang Parlimen Ke 13 "
Bones said...
June 5, 2013 at 12:07 PM

Parlimen adalah badan perundangan bagi Kerajaan Persekutuan yang melulus dan meminda undang-undang Persekutuan, memeriksa dasar-dasar kerajaan serta meluluskan bajet kerajaan dan cadangan cukai yang baru.


Bones said...
June 5, 2013 at 12:08 PM

Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Pertama telah diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang yang kini dikenali sebagai Pusat Pelancongan Malaysia atau MaTiC.


Bones said...
June 5, 2013 at 12:08 PM

Bangunan Parlimen telah dirasmikan pada 2 November 1963. Bilangan Ahli Dewan Negara adalah tertakluk kepada Fasal (1) Perkara 45, Perlembagaan Persekutuan iaitu tidak melebihi daripada 70 orang ahli pada satu-satu masa


Bones said...
June 5, 2013 at 12:09 PM

dua orang ahli bagi setiap negeri yang dipilih mengikut Jadual Ketujuh;


Bones said...
June 5, 2013 at 12:10 PM

dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Labuan, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya;


Bones said...
June 5, 2013 at 12:10 PM

empat puluh orang ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

empat orang ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


Bones said...
June 5, 2013 at 12:10 PM

Tempoh jawatan seseorang Senator (Ahli Dewan Negara) ialah tiga tahun dan boleh dilanjutkan kepada dua penggal yang mana Dewan Negara tidak terjejas dengan pembubaran Parlimen.


Bones said...
June 5, 2013 at 12:11 PM

Bilangan Ahli Dewan Rakyat adalah tertakluk kepada Fasal (1) Perkara 46, Perlembagaan Persekutuan iaitu seramai 222 orang yang dipilih melalui sistem pilihan raya.


Bones said...
June 5, 2013 at 12:11 PM

Orang yang boleh dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah Yang di-Pertua Dewan Negara dilantik berdasarkan kepada Fasal (1) Perkara 56, Perlembagaan Persekutuan dan beliau dilantik daripada kalangan Ahli Dewan Negara itu sendiri


Bones said...
June 5, 2013 at 12:12 PM

Orang yang boleh dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah Yang di-Pertua Dewan Rakyat dilantik berdasarkan kepada peruntukan Fasal (1) (a) Perkara 57, Perlembagaan Persekutuan dan beliau boleh dipilih daripada kalangan Ahli Dewan ataupun seseorang yang layak dipilih menjadi Ahli.


Bones said...
June 5, 2013 at 12:13 PM

Secara umumnya, “penggal” adalah tempoh permulaan sidang Parlimen hingga penghujung persidangan pada setiap tahu


Bones said...
June 5, 2013 at 12:13 PM

Secara lazimnya, Dewan Rakyat dan Dewan Negara masing-masing bermesyuarat 3 kali sahaja dalam satu penggal (satu tahun), yang dikenali sebagai Mesyuarat Pertama, Mesyuarat Kedua dan Mesyuarat Ketiga.


Bones said...
June 5, 2013 at 12:14 PM

Persidangan Majlis adalah satu hari mesyuarat yang bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan disambung semula pada pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang, kecuali diubah dengan Usul oleh Menteri.


Bones said...
June 5, 2013 at 12:14 PM

Pembubaran Parlimen adalah berdasarkan kepada Fasal (3) Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa Parlimen boleh dibubarkan selepas 5 tahun dari tarikh Mesyuarat Pertama atau pada bila-bila masa yang lebih awal.


clover said...
June 5, 2013 at 12:15 PM

Parlimen biasanya bersidang 3 atau 4 kali dalam setahun. Setiap persidangan biasanya lebih kurang 14 hari dan bagi tujuan persidangan belanjawan negara, biasanya lebih kurang 40 hari.


clover said...
June 5, 2013 at 12:17 PM

Keputusan Kabinet membenarkan persidangan Parlimen disiar secara langsung menerusi televisyen bukan untuk kepentingan politik sebaliknya membuktikan keterbukaan kerajaan selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.


clover said...
June 5, 2013 at 12:18 PM

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata melalui siaran langsung sesi soal jawab Persidangan Dewan Rakyat, selama 30 minit setiap hari menerusi RTM1, bermula akhir bulan ini, rakyat diberi peluang menilai wakil rakyat yang mereka pilih secara objektif.


clover said...
June 5, 2013 at 12:18 PM

Dalam sistem negara yang demokratik, seharusnya rakyat diberi peluang untuk mendengar pandangan berkenaan secara rasional dan tersusun,


clover said...
June 5, 2013 at 12:19 PM

Sebagai permulaan siaran langsung itu hanya melibatkan sesi soal jawab dan tidak menolak kemungkinan ia dilanjutkan ke sesi perbahasan sekiranya mendapat reaksi positif penonton.


clover said...
June 5, 2013 at 12:19 PM

Langkah itu juga tidak seharusnya dilihat menguntungkan pembangkang kerana ramai anggota Parlimen dari Barisan Nasional (BN) menyambut baik siaran langsung itu.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 2:07 PM

Dengan kehadiran 'hero-hero baru' dari kerajaan dan pembangkang, ramai yang menjangka sidang Dewan Rakyat akan datang pasti meriah habis.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 2:09 PM

Di pihak kerajaan ramai yang nak tunggu aksi Ahli Parlimen Baling Datuk Azeez Rahim, Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Marican, juga Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 2:10 PM

Manakala di sebelah pembangkang, kehadiran Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sudah pasti dinantikan banyak pihak, selain Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming turut kali pertama masuk ke Dewan Rakyat. Ong merupakan pengarah strategi PRU DAP diakatakan anak didik baru Lim Kit Siang.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 2:11 PM

Selain itu, peguam terkenal PAS, Hanifa Maidin yang juga Ahli Parlimen Sepang turut muncul kali pertama di Parlimen.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 2:12 PM

Sebab itu ramai yang tak sabar nak tunggu bila Sidang Parlimen. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, Sidang Parlimen ke-13 berkemungkinan akan memulakan sesi pertama pada bulan Jun sebelum bulan puasa Ramadhan pada Julai.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 2:15 PM

"Selepas Kabinet dibentuk, barulah kita akan ada majlis angkat sumpah Ahli Parlimen. Amanat YDP Agong juga biasanya akan dihantar selepas majlis itu," katanya semalam.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 2:17 PM

Nazri, yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, berkata Parlimen terlepas peluang untuk bermesyuarat pada bulan Mac lalu dan oleh demikian, sesi baru harus bermula tidak lama lagi.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 2:18 PM

Beliau berkata ia tidak wajib untuk sidang parlimen memenuhi tiga kali setahun.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 2:19 PM

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah berkata, belum ada tarikh yang ditetapkan untuk upacara angkat sumpah setakat ini kerana Perdana Menteri, masih belum memberitahu bila sidang parlimen sesuai dimulakan.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 2:20 PM

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah berkata, belum ada tarikh yang ditetapkan untuk upacara angkat sumpah setakat ini kerana Perdana Menteri, masih belum memberitahu bila sidang parlimen sesuai dimulakan.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 2:23 PM

"Bagaimanapun, kami telah bersedia untuk sesi yang akan datang. Kami sedang dalam proses untuk menubuhkan pangkalan data Ahli Parlimen baru dan mengumpul butiran pengenalan mereka.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 2:24 PM

"Apa-apa maklumat adalah penting kerana kita perlu menghantar notis kepada Ahli Parlimen untuk memberitahu mereka tentang hal ehwal Parlimen," katanya.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 2:25 PM

Roosme berkata pelan tempat duduk di Dewan tidak buat masa ini kerana menteri-menteri masih belum dilantik.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 2:26 PM

"Susunan tempat duduk di dalam Dewan adalah berdasarkan senioriti Ahli Parlimen dan sama ada mereka memegang jawatan-jawatan dalam Kabinet. Walau bagaimanapun, Kabinet belum ditubuhkan pada masa ini," katanya lagi.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 2:27 PM

Memandangkan DAP mendapat kerusi paling banyak di kalangan sekutu Pakatan Rakyat, Roosme berkata pembangkang perlu memaklumkan Parlimen siapa Ketua Pembangkang pilihan mereka.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 2:27 PM

Beliau berkata sidang Dewan masih akan diadakan di dewan sementara kerana kerja-kerja pengubahsuaian ruang yang lama masih berlangsung.


fahmi said...
June 5, 2013 at 6:18 PM

Anggota Parlimen, sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara, hendaklah menunjukkan taat setia yang sebenar kepada Negara serta berazam untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.


fahmi said...
June 5, 2013 at 6:19 PM

Beliau berkata perkara ini penting memandangkan kebelakangan ini, jelas kelihatan berlakunya perbuatan melanggar atau mengingkari beberapa perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan.


fahmi said...
June 5, 2013 at 6:19 PM

Beliau berkata anggota Parlimen perlu mengelak daripada mengeluarkan kata-kata keterlaluan, yang boleh dianggap bukan sahaja melanggar ikrar sumpah dan taat setia, tetapi mempersoal kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan menolak peruntukan Perlembagaan.


fahmi said...
June 5, 2013 at 6:20 PM

Sepatutnya, anggota Parlimen boleh memahami dengan lebih mendalam kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam sistem pemerintahan ‘Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan’, yang telah diterima pakai dengan baiknya sejak kemerdekaan, katanya.


fahmi said...
June 5, 2013 at 6:20 PM

Beliau berkata demikian ketika berucap pada upacara mengangkat sumpah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P.Waytha Moorthy sebagai senator hari ini di bangunan Parlimen.


fahmi said...
June 5, 2013 at 6:21 PM

Abdul Wahid, 49, dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (EPU), manakala Waytha Moorthy, 47, dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.


fahmi said...
June 5, 2013 at 6:22 PM

Abu Zahar turut mengingatkan anggota Parlimen supaya berbahas dengan bijak dan mempraktikkan segala peraturan majlis mesyuarat Dewan Negara dan Dewan Rakyat, agar dapat dilihat sebagai kumpulan yang dihormati dan diyakini rakyat.


fahmi said...
June 5, 2013 at 6:22 PM

“Kebebasan bersuara memang diperuntukkan dalam Perlembagaan tetapi di Malaysia ada had batasannya kerana perkara ini kadang kala boleh mengguris perasaan pelbagai kaum di negara ini.


fahmi said...
June 5, 2013 at 6:23 PM

“Di Malaysia ada Akta Hasutan, walaupun kita bebas berucap tetapi akta ini telah diluluskan dalam dewan ini…juga oleh wakil-wakil rakyat, ” katanya.


fahmi said...
June 5, 2013 at 6:23 PM

Mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-13 akan berlangsung selama 16 hari bermula 24 Jun, selepas pilihan raya umum ke-13 diadakan pada 5 Mei lepas.


fahmi said...
June 5, 2013 at 6:24 PM

Mengulas lanjut, Abu Zahar berkata terdapat banyak perkara dalam Perlembagaan yang mesti dihormati dan dijaga oleh anggota Parlimen seperti Perkara 152 melibatkan Bahasa Kebangsaan.


fahmi said...
June 5, 2013 at 6:25 PM

“Kita tahu, kerajaan sangat prihatin dalam penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perdagangan tetapi kita mesti menghormati dan jangan memperlekeh dan mempersenda Bahasa Kebangsaan kita,” katanya.


fahmi said...
June 5, 2013 at 6:25 PM

Beliau juga berkata Perkara 153 Perlembagaan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, tidak sepatutnya dipersoal oleh anggota Parlimen kerana ia boleh menimbulkan situasi sensitif dan menggugat keamanan negara.


fahmi said...
June 5, 2013 at 6:26 PM

“Perkara ini telah berjalan begitu baik dan jangan sesekali kita mempolitikkannya dan menggugat keharmonian negara ini,” katanya.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:22 AM

Red Bean Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka. Untuk rekod, sebelum ini akhbar melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mera BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:22 AM

Selain itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.Sebuah syarikat elektronik terbesar di Taiwan yang dimiliki seorang rakyat Malaysia sedang disiasat pihak berkuasa negara ini kerana dikenal pasti mempunyai hubungan dengan kegiatan tentera siber Red Bean Army.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:23 AM

Syarikat elektronik itu juga dipercayai mempunyai hubungan yang 'agak rapat' dengan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mempunyai cawangan kilang syarikat tersebut di negeri itu sejak beberapa tahun lalu. Menurut sumber, siasatan pihak berkuasa akan turut menjurus kepada latar belakang Red Bean Army yang dipercayai menerima dana yang disalurkan oleh syarikat elektronik tersebut.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:23 AM

Insiden 'black out' PRU13 nampaknya menjadi begitu heboh dan viral sehingga menular ke segenap lapisan masyarakat. Lebih ironis, sehingga 'profile picture' di lama Facebook juga ramai yang menggunakan gambar hitam gelap sebagai simboliknya kepada insiden black out ketika berlangsungnya pengiraan undi di kawasan yang terlibat. Rata-rata menyalahkan dan menuduh ini adalah konspirasi SPR bersama BN yang kononnya ingin menambah kertas undi untuk memastikan mereka menang di kawasan yang di sasarkan.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:23 AM

Namun hari ini ADUN Kuang, Shukor Idrus meminta pembangkang menyenaraikan semua lokasi pengiraan undi yang didakwa mengalami masalah bekalan elektrik, sehingga membawa kepada manipulasi kertas undi. Beliau berkata dakwaan sebegitu tidak berasas dan menggesa perkara itu dibawa ke muka pengadilan bagi membuktikan tidak berlaku apa-apa 'salah laku' membabitkan Umno Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seperti yang didakwa.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:23 AM

Shukor menambah bahawa dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan jika benar sekalipun dakwaan mereka, beliau meminta untuk pembangkang menyenaraikan kawasan yang terbabit. Hakikanya, bukan Shukor sahaja, ramai yang hendak tahu di mana tempat itu suapaya dapat dipastkan benar ataupun tidak dakwaan yang digembar gemburkan pembangkang.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:24 AM

Dan jika benar perkara itu terjadi, mereka tidak dihalang untuk membuat aduan dan kalau tidak benar itu boleh membuktikan mereka berniat jahat. Mereka juga sengaja membesar-besarkan isu ini dan lebih memeranjatkan mereka sudah bersiap sedia dengan lampu suluh seperti sudah makluam akan terjadinya insiden b;ack out di kawasan itu.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:24 AM

Selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa terdapat manipulasi kertas undi dilakukan bagi memastikan BN memenangi pilihan raya pada Ahad lalu. Manipulasi itu dikatakan dilakukan dengan menggunakan taktik memutuskan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi berlaku.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:24 AM

Bagaimanapun tinjauan di laman sosial Facebook mendapati beberapa petugas SPR menafikan hal itu. Malah mereka menyatakan rasa hairan apabila ejen mengundi Pakatan Rakyat bersedia dengan lampu suluh sejak dari jam 5 petang. Ia seolah-olah telah bersedia untuk kejadian bekalan elektrik terputus. Farah Wulan yang bertugas pada pilihan raya lalu menafikan dakwaan tersebut sekali gus menyifatkan pembangkang terlalu 'paranoid'.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:24 AM

Nampaknya operasi ini adalah sat operasi terancang pembangkang dan menjadikan BN sebagai mangsa untuk dipersalahkan. Red Bean Army yang merupakan cybertroopers DAP juga disyaki terlibat dengan konspirasi operasi black out PRU13 ini apabila video black out disiarkan lima minit selepas 'kejadian'.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:25 AM

Ini menunjukkan persediaan awal telah dilakukan dan persiapan itu ternyata amat rapi sehingga mereka dapat bergerak secara pantas dan sangat efisien.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:26 AM

Kalau ada akal, maka bolehlah menilai mana yang betul mana yang silap.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:26 AM

Tapi kalau akal ada tapi digunakan untuk menebas dan menuding jari saja pun tak ada gunanya. Syabas pembangkang dengan 'game black out' anda!


Anonymous said...
June 8, 2013 at 9:02 AM

Pihak polis telah memanggil lima pemimpin pembangkang untuk tampil dalam soal siasat ekoran kehadiran mereka pada perhimpunan nyalaan lilin yang diadakan di hadapan pintu masuk balai polis Jinjang untuk menunjukkan simpati dan sokongan kepada Adam Adli


Anonymous said...
June 8, 2013 at 9:03 AM

Adam Adli telah ditahan kerana didakwa menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih melalui demonstrasi jalanan.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 9:03 AM

Himpunan lilin ini adalah suatu kesalahan di bawah undang-undang


Anonymous said...
June 8, 2013 at 9:03 AM

Tujuh pendaki yang berjaya menawan puncak Everest di bawah Projek Everest Felda 2013 pada Mei lepas, masing-masing menerima insentif RM50,000, yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak


Anonymous said...
June 8, 2013 at 9:03 AM

Selain itu beberapa pendaki dan anggota sokongan projek berkenaan masing-masing turut menerima insentif RM10,000 sumbangan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pada majlis penghargaan khas yang diadakan di Jabatan Perdana Menteri


Anonymous said...
June 8, 2013 at 9:04 AM

Perdana menteri dalam ucapannya berkata kejayaan anak-anak muda itu adalah cerminan manifestasi kepada usaha transformasi yang sedang diperjuangkan negara.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 9:05 AM

Beliau berkata kalau generasi pertama Felda berjuang dan menempah kejayaan dengan menebas hutan rimba


Anonymous said...
June 8, 2013 at 9:05 AM

kini generasi kedua mencatat kejayaan yang berlainan apabila mereka melihat bahawa sempadan pemikiran dan dimensi ruang lingkup mereka tidak terbatas kepada sempadan kawasan Felda semata-mata, malah merentasi sempadan negara, menjangkau ke puncak tertinggi dunia.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 9:05 AM

Projek Everest-Felda 2013 kendalian Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dengan sokongan serta tajaan Felda, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan Majlis Belia Felda Malaysia itu menyaksikan kejayaan tujuh pendaki yang memulakan ekspedisi pada 2 April, tiba di kemuncak gunung tertinggi dunia dengan ketinggian 8,848 meter, pada Mei lepas.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 9:06 AM

Enam pendaki yang tiba di puncak Everest pada 21 Mei terdiri daripada Mohd Nasuha Shamsudin, 21, dari Felda Tersang 3, Raub, Pahang; Mohamad Asyraf Mohd Halim, 25, (Felda Lok Heng Timur, Kota Tinggi, Johor); Muhammad Hafizuddin Ibrahim, 22, (Felda Chini Timur 1, Pekan, Pahang); Zainudin Lot, 37, (jurulatih; Myrza Fasha Md Hamyrudin, 25, (Felda Tersang 3, Raub, Pahang); serta Muhammad Illaham Ishak, 37, (jurulatih).


Anonymous said...
June 8, 2013 at 9:06 AM

Ketua kumpulan pendaki itu, Siti Hanisah Sharuddin, 23, (Felda Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan) yang tiba di puncak tertinggi dunia itu dua hari kemudian, muncul sebagai wanita termuda negara menakluk Everest.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 9:06 AM

Najib berkata beliau berharap kisah kejayaan pendakian itu dapat dijadikan sesuatu yang merangsang anak muda Felda dan Malaysia keseluruhannya, untuk turut terpanggil bagi melakukan sesuatu yang juga luar biasa, demi mengharumkan nama negara.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 9:06 AM

Siti Hanisah berkata beliau amat gembira dan teruja dengan penghargaan yang ditunjukkan perdana menteri dan juga sokongan semua pihak yang berkaitan.


mantera said...
June 8, 2013 at 9:17 AM

melihat pada senarai anggota Parlimen yang bakal bersidang 24 Jun ini, perdebatan di Dewan Rakyat pasti hangat dengan pihak kerajaan dan pembangkang dijangka menyambung semula “pertarungan belum tamat” semasa pilihan raya umum yang sudah berlalu.


mantera said...
June 8, 2013 at 9:17 AM

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 133 kerusi berbanding 89 kerusi oleh pakatan pembangkang, perbezaan 44 kerusi.


mantera said...
June 8, 2013 at 9:17 AM

Jika ditolak 55 wakil BN yang dilantik dalam Kabinet dan mengisi jawatan timbalan menteri, barisan penyokong kerajaan hanya tinggal 78 orang.


mantera said...
June 8, 2013 at 9:18 AM

Selain itu buat pertama kali dalam sejarah, barisan kabinet tidak mempunyai penyertaan daripada MCA dan Gerakan, selepas kedua-dua parti itu menolak jawatan dalam kerajaan setelah dibadai kekalahan teruk pada PRU13.


mantera said...
June 8, 2013 at 9:18 AM

Manakala MIC mengisi empat portfolio kementerian dengan dua menteri penuh iaitu Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, timbalannya Dr S. Subramaniam (Menteri Kesihatan), naib presiden Datuk M. Saravanan (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) dan P. Kamalanathan (Timbalan Menteri).


mantera said...
June 8, 2013 at 9:18 AM

Dengan ketiadaan wakil MCA, G.Palanivel dijangka akan mengisi kerusi bersebelahan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat.


Liz said...
June 10, 2013 at 10:15 AM

Parlimen dilarang untuk digunakan sewenang-wenangnya oleh badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengadakan sebarang sidang akhbar, seperti yang kerap berlaku sebelum ini.


Liz said...
June 10, 2013 at 10:16 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim yang bertanggungjawab mengendalikan Parlimen menggantikan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, berkata mereka perlu mengadakanya di tempat lain, bukan lagi di Parlimen.


Liz said...
June 10, 2013 at 10:18 AM

“Kita tidak mahu bangunan ini disalah guna dan menjejaskan ahli untuk melakukan tugas serta tanggungjawab masing-masing,” katanya.


Liz said...
June 10, 2013 at 10:19 AM

Shahidan berkata, penambahbaikan perlu dilakukan agar tidak menjejaskan Ahli Parlimen menjalankan tanggungjawab diamanahkan rakyat, malah tahap keselamatan akan dipertingkatkan.


Liz said...
June 10, 2013 at 10:19 AM

“Kita (Ahli Parlimen) dipilih rakyat, jadi adalah menjadi satu tanggungjawab dalam melaksanakan tugas dengan baik di sini dan sebarang bentuk gangguan perlu dihentikan. Walaupun orang ramai boleh melawat Parlimen, institusi itu dan kemudahannya adalah hanya untuk Ahli Parlimen.


Liz said...
June 10, 2013 at 10:20 AM

“Kenyataan pihak tertentu mengatakan bakal terjadi perhimpunan haram pada persidangan pertama Parlimen nanti juga hanyalah satu khabar angin. Namun sekiranya ia berlaku, tindakan tegas akan diambil,” katanya.


Liz said...
June 10, 2013 at 10:20 AM

Mengenai pelantikan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Malaysia (BNBBC), beliau berkata proses pemilihan akan dilakukan selepas selesai proses angkat sumpah semua Ahli Parlimen pada 24 Jun nanti.


Liz said...
June 10, 2013 at 10:20 AM

Shahidan berkata, jawatan berkenaan layak diisi semua anggota atas kredibiliti masing-masing dan keputusan mengenainya akan dimaklumkan nanti.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 10:26 AM

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata parti itu tidak mempunyai rancangan untuk memboikot sidang Parlimen, manakala Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata langkah itu hanya dilihat sebagai penghinaan kepada rakyat yang memilih mereka sebagai Ahli Parlimen.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 10:27 AM

Kedua-dua pemimpin pembangkang itu berkata demikian sebagai mengulas cadangan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memboikot persidangan Parlimen sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).


Anonymous said...
November 11, 2013 at 4:41 PM

Elaborating on the first quarter, Zeti said private consumption recorded a strong growth of 7.5 per cent (4Q 2012: 6.2 per cent) driven by sustained income growth and favourable labour market conditions.


Anonymous said...
November 11, 2013 at 4:41 PM

Zeti said the growth in public consumption, however, moderated to 0.1 per cent (4Q 2012: 1.2 per cent) amid lower spending on supplies and services.


Anonymous said...
November 11, 2013 at 4:41 PM

Despite the weakness in trade-related activities, Zeti said the services sector continued to expand, driven largely by sub-sectors catering to the domestic market.


Anonymous said...
November 11, 2013 at 4:41 PM

growth in the agriculture sector was sustained on account of higher production of palm oil while the mining sector declined due to lower production of crude oil.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx