Saturday, June 1, 2013

Dikambinghitam : Khir Toyo Selangkah Ke Penjara

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa dirinya menjadi mangsa “kambing hitam” dimanipulasi untuk kepentingan politik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semalam Mahkamah Rayuan menolak rayuan Dr Mohamad Khir dan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan berhubung kes rasuahnya.

“Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah,” kata beliau dalam tulisan di blognya www.drkhir.com.

“Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya,” tambah beliau lagi.

Menurut Dr Mohamad Khir, beliau didakwa melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Sepanjang perbicaraan, keterangan pegawai PKNS jelas menunjukkan saya menyokong puluhan surat cadangan memajukan tanah PKNS secara usahasama. Ada sokongan saya yang diluluskan dan yang ditolak oleh jawatan kuasa teknikal.

“Sebab tu saya dituduh melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun SPRM dengan bangganya menyatakan bahawa kejayaan pendakwaan ke atas saya merupakan bukti kerajaan serius membanteras rasuah,” katanya.

Semalam panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan hakim perbicaraan tidak membuat apa-apa kesilapan dalam membuat keputusan berhubung kes rasuah bekas menteri besar Selangor itu.

Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk Mahkamah Rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Disember, 2011.

Beliau berkata setelah meneliti semua rekod rayuan, serta hujah daripada kedua-dua pihak, panel bersetuju bahawa hakim perbicaran telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan itu.

Dr Mohamad Khir didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember, 2011 kerana dikatakan membeli dua bidang tanah dan rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam lebih murah dari harga sebenar di pasaran.

Beliau didapati bersalah menggunakan pengaruhnya sebagai menteri besar untuk membeli kediaman mewah dan tanah sehingga potongan sebanyak RM3 juta lapan tahun lalu.

Peguamnya, Muhammad Shafee memberitahu pemberita semalam beliau akan memfailkan satu notis rayuan di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan hari ini. TMI
xxx2

Komen Anda

81 Responses to " Dikambinghitam : Khir Toyo Selangkah Ke Penjara "
awang samiun said...
June 2, 2013 at 9:07 AM

Toyo nak main politik walhal era politiknya dah berakhir! Ada baiknya dia diam sahaja!


Anonymous said...
June 3, 2013 at 1:57 PM

Ambik kau macam tidak tau permainan umno kan syaitan mana kenal kawan.


gag said...
June 3, 2013 at 2:14 PM

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.


gag said...
June 3, 2013 at 2:14 PM

Keputusan oleh Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin itu dibuat sebulat suara. Panel hakim lain ialah Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.


gag said...
June 3, 2013 at 2:14 PM

Hakim Azahar, ketika membaca penghakiman itu, berkata mereka mendapati tidak ada keperluan untuk mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) apabila beliau menolak semua alasan rayuan yang dikemukakan oleh peguam Khir.


gag said...
June 3, 2013 at 2:15 PM

"Berdasarkan rekod rayuan, kami berpuas hati untuk menolak rayuan itu kerana kami merasakan bahawa perayu harus didapati bersalah seperti yang didakwa.


gag said...
June 3, 2013 at 2:15 PM

Mahkamah Tinggi, pada 23 Disember 2011, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas khir dan melucuthak harta tersebut. Khir merupakan menteri besar Selangor yang kedua disabitkan kesalahan rasuah, selepas Datuk Harun Idris.


gag said...
June 3, 2013 at 2:15 PM

Walaupun pihak pembelaan mengemukakan 33 alasan rayuan, tetapi mahkamah menggabungkannya kepada enam perkara, iaitu Persoalan sama ada dia adalah seorang penjawat awam; Sama ada pembayaran sebanyak RM3.5 juta untuk membeli harta itu mengikut harga pasaran; Sama ada dia mempunyai hubungan dengan pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni; Sama ada Shamsuddin telah menjadi rakan kongsi dalam jenayah; Kredibiliti kontraktor Nasir Ismail; dan Sama ada pembelaan Khir boleh diterima


gag said...
June 3, 2013 at 2:15 PM

Kepada semua soalan tersebut, Hakim Azahar berkata hakim Mahkamah Tinggi betul berhubung fakta bahawa Khir adalah seorang penjawat awam - iaitu bekas MB dan bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - dan mahkamah berpuas hati dengan kredibiliti Shamsuddin, yang menjual rumah untuk Khir, bersama-sama dengan Nasir sebagai kontraktor yang mengubahsuai harta tersebut.


gag said...
June 3, 2013 at 2:15 PM

Khir telah menunjukkan minat dalam harta yang dinyatakan di atas sebelum Shamsuddin menjual kepadanya, malah dia juga telah membayar terlebih dahulu kos pengubahsuaian. Menurutnya, RM3.5 juta itu bukan jumlah yang adil dan munasabah untuk membelinya kerana Shamsuddin telah membeli hartanah itu pada harga RM5.5 juta beberapa tahun sebelumnya.a,


gag said...
June 3, 2013 at 2:16 PM

Hakim Azahar berkata, adalah perlu bagi Mahkamah Rayuan untuk tidak mengganggu penghakiman Mahkamah Tinggi. Mengenai hukuman ke atas Khir, Hakim Abu Samah berkata petang ini bahawa hukuman itu adalah budi bicara mahkamah dan "kita tidak cenderung untuk mengganggu hukuman (oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam), termasuk pelucutan hak, kerana subjek pertuduhan adalah harta yang berharga. "


gag said...
June 3, 2013 at 2:16 PM

"Kami mengekalkan hukuman dan pelucutan hak tersebut," Hakim Abu Samah memerintah.Shafee berkata, beliau menerima arahan supaya merayu keputusan itu dan memohon penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.


Anonymous said...
June 3, 2013 at 2:48 PM

Media Massa sering melaporkan mengenai kes pecah amanah yang amat menyedihkan hati serta jiwa masyarakat. Gambar individual dan organisasi yang dikatakan dapat membantu berhubung siasatan kes pecah amanah jelas terpampang di dada akhbar, menyaksikan kes pecah amanaah hampir masuk fasa kronik


Anonymous said...
June 3, 2013 at 2:48 PM

Berita seumpaman ini memang menjadi tarikan magnetik kepada masyarakat yang ingin tahu mengenai penyebab terjadinya kes pecah amanah dikalangan pemimpin serta pegawai-pegawai kerajaan.


Anonymous said...
June 3, 2013 at 2:48 PM

Masyarakat pembaca bukanlah hakim yang akan mengadili benar atau salah kes berkenaan tetapi sikap ingin tahu, lihat dan faham mengapa kes berkenaan menjadi isu atau ''pecah panggung' yang tentunya mengundang persepsi dan reaksi emosi.


Anonymous said...
June 3, 2013 at 2:48 PM

Kes pecah amanah yang berlaku bukanlah puluhan ribu ringgit akan tetapi melibatkan jutaan ringgit. Hati siapa yang tidak terkedu. Soal kerjaya boleh menyumbang kepada terjadinya kes ini kerana sifat yang menginginkan kuasa dan pengaruh dalam kerja, seseorang itu sanggup melakukan pecah amanah dengan memberi maklumat sulti kepada mereka yang berkepentingan asalkan ada ganjaran dan imbuhan yang lumayan.


Anonymous said...
June 3, 2013 at 2:48 PM

Ada yang melakukan pecah amanah sebagai imbuhan untuk bekalan di hari tua dan waktu pencen, sekali pecah amanah membabitkan puluhan ribu ringgit dan sekali lepas, sikap tamak menguasai diri dan kali kedua pecah amanah, jutaan riggit menjadi pertaruhan dan cukup untuk hidup senang lenag seumur hidup.


Anonymous said...
June 3, 2013 at 2:48 PM

oal komuniti dalam sosialsasi pelaku juga menjadi pendorong kepada pecah amanah seperti perumpamaan, "sahabat baik memandu ke arah kebaikan, sahabat jahat memandu kearah kejahatan" boleh menjadi ingatan dan ikutan pelaku pecah amanah.


Anonymous said...
June 3, 2013 at 2:49 PM

Slogan "Pandai makan, pandailah simpan" dan sekali simpan bukan ribuan tetapi jutaaan ringgit, ini yang menjadikan pelakunya gelap mata dan akhirnya ditnagkap maka gelaplah masa depan serta malu seluruh keluarga malahan juga kepada rakan taulan.


Anonymous said...
June 3, 2013 at 5:15 PM

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pertuduhan terhadap Dr Mohamad Khir Toyo dibuat berdasarkan keterangan yang kukuh dan bukan atas faktor politik atau untuk menjadikan bekas Menteri Besar Selangor itu sebagai ‘kambing hitam’.

Beliau berkata Dr Mohamad Khir diwakili barisan peguam ternama serta berpengalaman dan kes melibatkan bekas pemimpin itu sudah ke peringkat Mahkamah Rayuan dan didengar tiga hakim kanan.

“Seharusnya Khir Toyo berhati-hati dan bijak dalam membuat sesuatu andaian, apatah lagi andaian tidak berasas. Tambahan pula kes ini telah dibicarakan dengan sepenuhnya dan telah diputuskan berdasarkan prinsip undang-undang dan sistem keadilan jenayah Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Abdul Gani membuat kenyataan itu susulan tulisan Dr Mohamad Khir dalam blognya berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 30 Mei lepas yang menolak rayuannya bagi mengetepikan sabitan serta hukuman penjara 12 bulan terhadap beliau kerana kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam pada 2007.

Dalam pada itu, Peguam Negara menegaskan tidak pernah ada sebarang bentuk campur tangan politik ke atas dirinya.

Abdul Gani berkata beliau membuat keputusan untuk mendakwa Dr Mohamad Khir berdasarkan keterangan yang diperoleh hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan bersandar kepada peruntukan undang-undang sedia ada.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa Perdana Menteri tidak pernah campur tangan dalam soal mengenakan pertuduhan terhadap sesiapapun.

“Tidak pernah ada campur tangan politik dan tidak akan dibiarkan campur tangan politik dalam perkara-perkara melibatkan Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Beliau berkata daripada menuding jari kepada mana-mana pihak kononnya wujud unsur konspirasi atau tekanan, langkah terbaik yang perlu diambil Dr Mohamad Khir ialah menyediakan pembelaan di peringkat akhir rayuan di Mahkamah Persekutuan.


Anonymous said...
June 3, 2013 at 8:37 PM

Tak apalah Khir. Tuan pun dah lama "sapu" bersih wang rakyat semasa menjadi MB. Mungkin di dalam penjara tuan boleh "berriadah" memperbanyakkan ibadah menyuci diri dan kemudiannya siapa tahu diterima semula ke dalam masyarakat macam Mokhtar Hashim yang pernah jadi seorang Menteri kabinet kemudian, dihukum gantung sampai mati, kemudian mendapat keampunan dari Yang Di Pertuan Agong dengan cuma dipenjara seumur hidup. Kemudian setelah menjalani 10 tahun dalam penjara, beliau mendapat keampunan daripada Agong untuk dibebaskan.


Anonymous said...
June 3, 2013 at 8:38 PM

Ketika Hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Mahkamah Tinggi Shah Alam..Dr Mohamad Khir atau Khir Toyo...

Sepatut nya membayangkan KERIANGAN,KESERONOKAN,KEBAHAGIAN,KEBANGGAAN pada ketika atau di saat diri nya bersama keluarga dapat memiliki Tanah dan Rumah Banglo sehebat itu sedangkan orang lain Jangan harus bermimpi dapat seperti apa yg mereka perolehi ...

Ketika itu dia juga harus ingat kembali..ada kah dia sujud Syukur memuji kebesaran keagungan atas sifat pemurah Allah kepada nya dan keluarga?

Nah jika Dr Mohamad Khir Bangga dapat harta itu hari ini di perlihatkan bahawa semua yg ada itu tidak kekal dan jika pada waktu itu dia tidak mensyukuri nikmat Allah maka hari ini Allah tunjukan sedikit balasan nya bagi memperingatkan bahawa apa jua milik kita hanya hiasan dunia..yang pada bila bila masa akan luput jika Allah s.w.t mengkehendaki nya.

Yang kekal hanya lah Amalan sedekah n anak anak yg soleh.

Jgn maree.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:54 AM

Dr Mohd Khir Toyo telah meluahkan ketidakpuasan hati beliau terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat pada 30.5.2013, dan dalam banyak hal, beliau mempertikaikan beberapa isu yang telah diputuskan oleh mahkamah berkenaan.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:55 AM

Beliau menegaskan untuk kesekelian kali bahawa beliau telah membeli rumah atau hartanah yang berkenaan berdasarkan kepada harga pasaran semasa iaitu RM3.5 juta. Khir Toyo juga menyatakan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, khususnya kesalahan rasuah dalam kes ini.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:56 AM

Beliau juga menyatakan beliau tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada Shamsuddin Haironi iaitu saksi kedua pendakwaan yang menjual rumah tersebut dengan harga RM3.5 juta kepada beliau. Segala urusan di antara PKNS yang mana Khir Toyo adalah Pengerusinya ketika itu dan syarikat Bidara Lumayan Sdn Bhd, yang mana Shamsuddin adalah Pengarahnya, dikatakan mengikut prosedur.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:56 AM

Namun, itu hanyalah secarik fakta dari keseluruhan fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan di mahkamah sehingga meyakinkan pihak hakim bahawa tiada keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa Khir Toyo bersalah di bawah pertuduhan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:57 AM

Keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap Khir Toyo dan hasil penelitian keterangan atau bukti oleh Hakim iaitu dari peringkat Mahkamah Tinggi sehinggalah ke peringkat Mahkamah Rayuan, telah memutuskan harga pasaran bukanlah kayu pengukur dalam menentukan pengertian pembalasan yang mencukupi (sufficient consideration) di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:57 AM

Para hakim telah memutuskan bahawa ia berdasarkan kepada ‘keadaaan kes’ atau circumstances of the case. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada nas-nas undang-undang yang sedia ada dan juga semangat di sebalik kewujudan peruntukan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:58 AM

Dalam kes ini, Pendakwaan bukan sahaja telah membuktikan bahawa RM3.5 juta itu tidak memadai atau mencukupi bagi harta yang dibeli oleh Khir Toyo daripada Shamsuddin, malahan juga telah membuktikan wujud perancangan teliti Khir Toyo untuk memiliki hartanah tersebut sejak tahun 2004 (tahun di mana Khir Toyo mula bertanyakan harga rumah tersebut) sehinggalah Mei 2007 iaitu tahun di mana perjanjian jual beli rumah tersebut ditandatangani antara Khir Toyo dan Shamsuddin.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 10:14 AM

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan tiada campurtangan politik terhadap pendakwaan yang dikenakan kepada Dr Mohamed Khir Toyo dalam kes rasuahnya, sebaliknya mengingatkan bekas Menteri Besar Selangor itu


Anonymous said...
June 8, 2013 at 10:14 AM

Abdul Gani juga turut menegaskan pertuduhan terhadap Khir Toyo adalah berdasarkan kepada keterangan yang kukuh dan bukan atas faktor politik atau menjadikan Khir Toyo sebagai ‘kambing hitam’.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 10:14 AM

Seharusnya Khir Toyo berhati-hati dan bijak dalam membuat sesuatu andaian, apatah lagi andaian yang tidak berasas. Tambahan pula kes ini telah dibicarakan dengan sepenuhnya dan telah diputuskan berdasarkan prinsip undang-undang dan sistem keadilan jenayah Malaysia


Anonymous said...
June 8, 2013 at 10:15 AM

Mahkamah Rayuan juga sebelum ini menolak rayuan beliau dan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan berhubung kes rasuahnya.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 10:15 AM

Abdul Gani sebaliknya menegaskan, tiada sebarang bentuk campur tangan politik ke atas dirinya semasa mengendali kes berkenaan, sebaliknya, keputusan dibuat berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Pencehan Rasuah Malaysia


Anonymous said...
June 8, 2013 at 10:15 AM

Peguam negara itu bagaimanapun menegaskan, dakwaan Dr Mohamad Khir bahawa kes “di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan merupakan satu kesalahan berjadual (prescribed offence) di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 (pada ketika kesalahan dilakukan), berhubung kesalahan yang dilakukan oleh seorang pegawai atau kakitangan kerajaan yang menerima atau memperolehi sesuatu daripada seseorang yang beliau mengetahui mempunyai urusan rasmi dengan beliau tanpa balasan yang mencukupi.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 10:15 AM

Seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah dikategorikan sebagai kesalahan rasuah juga kerana ia berhubung penyalahgunaaan kedudukan secara tidak langsung terhadap individu berkenaan


Anonymous said...
June 8, 2013 at 10:16 AM

Hukuman maksimum bagi kesalahan ini adalah dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekala. Ia berbeza dengan kesalahan rasuah yang nyata yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun


Anonymous said...
June 8, 2013 at 10:16 AM

beliau juga turut menasihati Dr Mohamad Khir supaya menyediakan pembelaan beliau di peringkat rayuan Mahkamah Persekutuan.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 10:16 AM

Dr Mohamad Khir didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember, 2011 kerana dikatakan membeli dua bidang tanah dan rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam lebih murah dari harga sebenar di pasaran.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 10:16 AM

Beliau didapati bersalah menggunakan pengaruhnya sebagai menteri besar untuk membeli kediaman mewah dan tanah sehingga potongan sebanyak RM3 juta lapan tahun lalu.


avast said...
July 1, 2013 at 12:28 PM

Dr Mohamad Khir Toyo telah meluahkan ketidakpuasan hati beliau terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat pada 30 Mei 2013 dan dalam banyak hal, beliau mempertikaikan beberapa isu yang telah diputuskan oleh mahkamah berkenaan.


avast said...
July 1, 2013 at 12:29 PM

Beliau menegaskan untuk kesekelian kali bahawa beliau telah membeli rumah atau hartanah yang berkenaan berdasarkan kepada harga pasaran semasa iaitu RM3.5 juta. Khir Toyo juga menyatakan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, khususnya kesalahan rasuah dalam kes ini.


avast said...
July 1, 2013 at 12:30 PM

Beliau juga menyatakan beliau tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada Shamsuddin Haironi iaitu saksi kedua pendakwaan yang menjual rumah tersebut dengan harga RM3.5 juta kepada beliau. Segala urusan di antara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mana Khir Toyo adalah Pengerusinya ketika itu dan syarikat Bidara Lumayan Sdn Bhd, yang mana Shamsuddin adalah Pengarahnya, dikatakan mengikut prosedur.


avast said...
July 1, 2013 at 12:30 PM

Namun, itu hanyalah secarik fakta dari keseluruhan fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan di mahkamah sehingga meyakinkan pihak hakim bahawa tiada keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa Khir Toyo bersalah di bawah pertuduhan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.


avast said...
July 1, 2013 at 12:31 PM

Keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap Khir Toyo dan hasil penelitian keterangan atau bukti oleh Hakim iaitu dari peringkat Mahkamah Tinggi sehinggalah ke peringkat Mahkamah Rayuan, telah memutuskan harga pasaran bukanlah kayu pengukur dalam menentukan pengertian pembalasan yang mencukupi (sufficient consideration) di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.


avast said...
July 1, 2013 at 12:31 PM

Para hakim telah memutuskan bahawa ia berdasarkan kepada ‘keadaaan kes’ atau circumstances of the case. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada nas-nas undang-undang yang sedia ada dan juga semangat di sebalik kewujudan peruntukan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.


avast said...
July 1, 2013 at 12:31 PM

Dalam kes ini, Pendakwaan bukan sahaja telah membuktikan bahawa RM3.5 juta itu tidak memadai atau mencukupi bagi harta yang dibeli oleh Khir Toyo daripada Shamsuddin, malahan juga telah membuktikan wujud perancangan teliti Khir Toyo untuk memiliki hartanah tersebut sejak tahun 2004 (tahun di mana Khir Toyo mula bertanyakan harga rumah tersebut) sehinggalah Mei 2007 iaitu tahun di mana perjanjian jual beli rumah tersebut ditandatangani antara Khir Toyo dan Shamsuddin.


avast said...
July 1, 2013 at 12:32 PM

Fakta kes ini bukanlah semudah yang dinyatakan oleh Khir Toyo. Namun, yang menjadi teras adalah Khir Toyo telah membeli hartanah tersebut dengan harga RM3.5 juta daripada Shamsudin sedangkan Shamsudin telah membeli hartanah tersebut dengan harga RM6.6 juta.


avast said...
July 1, 2013 at 12:32 PM

Suatu jumlah yang tidak akan dijual oleh sesiapa kecuali atas sebab yang munasabah atau kerana terdesak atau kerana masalah kewangan, yang mana tidak berlaku dalam kes ini. Pembelian oleh Shamsuddin itu pula adalah atas arahan Khir Toyo sendiri.


avast said...
July 1, 2013 at 12:33 PM

Setelah hartanah tersebut dibeli oleh Shamsuddin, Khir Toyo telah mengarahkan Shamsuddin untuk menguna khidmat seorang kontraktor yang bernama Nasir Ismail iaitu saksi ketiga Pendakwaan untuk mengubah suai rumah yang sedia ada di atas tanah tersebut kepada reka bentuk Bali.


avast said...
July 1, 2013 at 12:33 PM

Pada peringkat awal ubah suai ini, Nasir telah menerima bayaran secara peringkat sehingga berjumlah RM1.5 juta daripada Shamsuddin atas arahan Khir Toyo dan bayaran seterusnya dibuat oleh Khir Toyo sendiri.


avast said...
July 1, 2013 at 12:34 PM

Ini berlaku dalam tahun 2006, yang mana ketika itu hartanah tersebut masih berdaftar atas nama syarikat Ditamas Sdn Bhd, yang mana Shamsuddin adalah salah seorang Pengarahnya


avast said...
July 1, 2013 at 12:34 PM

Dalam tahun 2007, Khir Toyo telah menyatakan hasrat kepada Shamsuddin bahawa beliau ingin membeli hartanah tersebut. Pada ketika ini, Shamsuddin telah membelanjakan RM1.5 juta untuk mengubah suai rumah berkenaan mengikut kehendak Khir Toyo sendiri.


avast said...
July 1, 2013 at 12:35 PM

Memandangkan Shamsuddin telah menggunakan wang beliau sejumlah RM6.5 juta untuk membeli rumah tersebut dari pemilik asal, maka Shamsuddin pada awalnya bersedia untuk menjual hartanah tersebut kepada Khir Toyo pada harga RM5 juta hingga RM5.5 juta. Namun tidak dipersetujui oleh Khir Toyo.


avast said...
July 1, 2013 at 12:35 PM

Selanjutnya Khir Toyo menyatakan beliau akan membeli pada harga RM3.5 juta sahaja. Keterangan Shamsuddin di mahkamah menunjukkan beliau telah bersetuju dengan harga itu kerana bimbang urusan perniagaan beliau dengan PKNS akan terjejas sekiranya tidak bersetuju. Keterangan ini menyangkal wujudnya elemen ‘willing buyer willing seller


avast said...
July 1, 2013 at 12:36 PM

Khir Toyo seterusnya telah melantik HSBC untuk membuat pinjaman bagi membiayai pembelian rumah tersebut. Khir Toyo sendiri telah memaklumkan kepada pegawai bank berkenaan iaitu saksi pendakwaan ke-14 yang beliau ingin membuat pinjaman sebanyak RM3.5 juta


avast said...
July 1, 2013 at 12:36 PM

Pihak HSBC seterusnya telah melantik Rahim and Co untuk membuat laporan penilaian dan ternyata laporan tersebut menyatakan harga hartanah adalah RM3.5 juta seperti yang dikehendaki Khir Toyo.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:02 PM

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:03 PM

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:03 PM

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.

Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:04 PM

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:04 PM

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:04 PM

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:05 PM

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:05 PM

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:05 PM

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:06 PM

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:06 PM

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:08 PM

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:08 PM

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:08 PM

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam penghakimannya, Mohtarudin berkata harga RM3.5 juta yang dibayar Dr Mohamad Khir untuk hartanah itu adalah "inadequate consideration" dan "adalah jelas tertuduh berminat atas hartanah itu sejak dulu lagi."


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:09 PM

Beliau berkata pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie terhadap intipati pertuduhan yang dihadapi tertuduh iaitu tertuduh adalah seorang penjawat awam dan mendapat suatu barangan berharga daripada syarikat Ditamas Sdn Bhd menerusi pengarahnya, Shamsuddin Hayroni dengan suatu balasan diketahui tidak mencukupi.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:09 PM

Katanya prima facie turut ditimbulkan ke atas kes tertuduh yang mengetahui Shamsuddin mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi beliau sewaktu menjadi menteri besar.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:10 PM

Mohtarudin berkata berdasarkan kenyataan saksi pendakwaan kedua, Shamsuddin yang juga Pengarah Urusan Roniaga Sdn Bhd, beliau (Shamsuddin) mengenali rapat tertuduh dan mempunyai hubungan perniagaan dengannya sebab pernah membuat permohonan untuk membangunkan projek perumahan.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:10 PM

"Dalam kes ini, apabila berlaku pertembungan antara public interest (kepentingan awam) dan private interest (kepentingan peribadi), maka public interest perlu diutamakan.

"Ini jelas menunjukkan mahkamah tidak bertolak ansur dalam kes seperti ini. Denda tidak sesuai dijatuhkan dalam kes ini dan hukuman penjara ke atas seorang ketua eksekutif kerajaan negeri perlu diberi penekanan.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:10 PM

"Maka, mahkamah mendapati tertuduh menyalahgunakan kedudukan beliau (dalam kes ini) dan saya putuskan hukuman penjara 12 bulan mulai hari ini dikenakan", kata beliau.

Berhubung hujahan pihak pembelaan yang mempertikaikan keterangan Shamsuddin yang memberikan tiga kenyataan bercanggah dalam dua rakaman percakapannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas desakan Dr Mohamad Khir, Mohtarudin berkata beliau menganggap kenyataan itu 'reasonable explanation' sebab pembelaan tidak membuat permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan
Shamsuddin.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:11 PM

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh memandangkan kesnya melibatkan kepentingan awam dan mampu mengundang kepada perlakuan rasuah serius.

"Dalam kes ini, tertuduh bukannya tidak sengaja dan tidak sedari jika beli hartanah itu pada harga sebegitu rendah (RM3.5 juta), malahan ada rancangan memiliki harta itu sejak 2004 hingga 2007.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:11 PM

"Meskipun tiada permintaan direct (untuk hartanah) daripada tertuduh, namun tertuduh perlu sedar (kesannya) jika terima sesuatu daripada seseorang yang mempunyai urusan dengannya.

"Jadi, hukuman setimpal wajar dikenakan agar penjawat awam berhati-hati ketika melaksanakan tugas mereka," katanya.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:11 PM

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:12 PM

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai menteri besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007.


Tamak punca Karier Khir Toyo hancur! said...
October 20, 2013 at 10:12 PM

Sementara itu, peguambela Dr Mohamad Khir, M Athimulan ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihaknya akan memfailkan rayuan ke mahkamah sebelum 5 petang ini.

Dr Mohamad Khir pula berkata beliau akan membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan dan akan terus berjuang untuk membersihkan namanya.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx