Friday, December 2, 2011

Lagi Penipuan Dalam Daftar Pemilih Dikesan

Seorang lelaki terpaksa membatalkan hasratnya mendaftar sebagai pengundi buat sementara waktu apabila mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai seorang pengundi dengan menggunakan nama individu lain.

Walaupun lelaki berusia 38 tahun itu menetap di Petaling Jaya, Selangor, namun sema­kan menggunakan laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai pengundi di Kuala Krai, Kelantan.

Lebih aneh, apabila nama individu yang tertera dalam senarai berkenaan iaitu Zulkifly Mohamed Yusof dikategorikan sebagai berjantina perempuan.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata, ia hanya disedari apabila lelaki terbabit ke DAP Melaka untuk mendaftar sebagai pe­ngundi baru.

Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa tidak pernah menetap di Kelantan.

“Apabila mendapati nombor kad pengenalan barunya telah didaftarkan, kami memeriksa nombor kad pengenalan lamanya pula kerana memikirkan ia mungkin satu kesilapan.

“Bagaimanapun, nombor kad pengenalan lamanya turut didaftarkan atas nama orang berkenaan,” katanya kepada media selepas membawa perkara itu untuk perhatian SPR Melaka di Menara Persekutuan, di sini, semalam.

Poay Tiong berkata, aduan rasmi telah dibuat semasa pertemuannya dengan pegawai SPR Melaka bagi membolehkan SPR menyiasat perkara berkenaan.

Sementara itu, seorang jurucakap SPR ketika mengesahkan laporan itu berkata, siasatan akan dijalankan sebelum tindakan susulan diambil. -SH

5 comments:
Write comments
  1. Penipuan dalam daftar pemilih ini ternyata bukan satu dua kes sahaja kerana saya juga mengalami kes yang sama, cuma bezanya kes yang melibatkan saya belum pun didedahkan walhal saya sudah pun menyerahkan hal ini kepada ahli PAS untuk melakukan tindakan lanjut. Saya pernah mendaftar di Sembulan Kota Kinabalu, tetapi apabila saya menyemak pendaftaran terkini saya melalui internet saya dapati tempat mengundi saya di Larkin Johor Bahru sedangkan saya orang Sabah. Soalnya, Kenapa hal ini berlaku kalau tidak ada agen tertentu yang terlibat berbuat demikian pedahal saya tidak pernah pun mengubah tempat mengundi saya. Kes ini menjelaskan bahawa UMNO-BN selaku pemegang amanah rakyat jelas semakin tidak relevan dan harus direhatkan dari melaksanakan amanah rakyat agar sebuah kerajaan baru memainkan peranan bagi membetulkan semua sistem negara berada di tempat yang betul dan meyakinkan rakyat.

    ReplyDelete
  2. umno/bn kena rehat dulu la

    ReplyDelete
  3. SPR tidur ka? mungkin BERSIH 3.0 mampu membersihkan daftar pemilih SPR kan???

    ReplyDelete
  4. SPR sudah menyenaraikan senarai status yang meragukan sebanyak 30,000 lebih..Ini bermakna mungkin ada kesilapan teknikal dan pengundi hanya perlu datang kpd SPR utk membetulkan sebarang kesilapan.Isu pengundi hantu ini hanya bersifat populis semata-mata.

    ReplyDelete
  5. Penghuni hantu bersifat populis! Hal ini pun pernah dibawa ke mahkamah yang mana YTL terpaksa kehilangan kerusi Likas! Bukankah itu satu bukti yang kukuh!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.