Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dalam laporan awalnya hari mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan warga asing diberikan kerakyatan membolehkan mereka menjadi pengundi.
Dalam laporannya itu, PSC menyatakan bahawa syor itu dibuat berikutan banyak aduan berhubung Projek IC yang diterima jawatankuasa itu semasa inkuiri awam di Kota Kinabalu minggu lalu.
"Walaupun perkara ini meliputi ruang yang luas dan di luar terma rujukan jawatankuasa ini, tetapi kami mencadangkan pembentukan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu sebagai penyelesaian jangka panjang," petik laporan itu.
Projek IC didakwa dijalankan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Projek operasi rahsia dan bersepadu itu bertujuan memberikan kad pengenalan kepada rakyat asing dengan niat untuk mengubah demografi Sabah supaya penduduknya menyokong Umno.
Semasa inkuiri awam PSC, selama dua hari di Kota Kinabalu bermula 25 November lalu, kecuali Umno, semua wakil-wakil parti komponen BN dan pembangkang mendesak supaya suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu.
Laporan awal itu juga mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan pengesahan semua nama-nama dalam daftar pemilih di Sabah.
Bagi daftar pemilih yang lain, jawatankuasa itu mencadangkan supaya SPR melantik Mimos Berhad, sebuah agensi teknologi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjalankan audit dengan terma-terma rujukan berikut:
# Dua orang dengan nombor kad pengenalan yang samaPengundi yang telah meninggal dunia tetapi masih dalam daftar pemilih
# Pengundi berumur 90 dan ke atas
# Pengundi bukan tempatan
# Bilangan besar pengundi di alamat yang sama
# Pengundi yang telah hilang kelayakan untuk mengundi -mk
Friday, December 2, 2011
PSC : S'jaya Diraja perlu siasat 'Projek IC'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RCI ini mmg perlu di sabah. kalau ada org sabah yg tidak setuju RCI ini, sahlah org tu asalnya PTI yg dapat IC haram dari UMNO/BN.
ReplyDeletehisapputing, brp banyak lg bukti yg diperlukan utk RCI???
ReplyDeleteSemua parti komponen BN Sabah menyeru penubuhan RCI ini hanya UMNO Sabah saja yang diam sebab UMNO itu pembela PATI tersohor negara.
ReplyDeletedi sabah ramai ahli umno memang PATI.itu sebab mereka diam.mungkin juga menteri umno kat sabah ada bini rahsia pilak.mampus kau umno.
ReplyDeleteSepatutnya 10 tahun yg lepas perkara ini sudah ditangani dgn serius dan jujur oleh semua pihak2 yg berwajib atau yg telah diberikan amanah. Sebagai contoh, dulu di sekitar tahun 60-an dan 70-an kampung2 di daerah saya hanya ada penduduk berketurunan Dusun dan Bajau serta sebilangan org2 Cina. Di samping suku2 kaum asal Sabah yg lain. Tetapi pada masa ini saya merasa seperti berada di daerah yg lain apabila memandu di sekitar pekan2 seperti Telipok, Menggatal, Inanam, KK dan lain2 lagi.
ReplyDeleteBung Moktar tak nak RCI sebab kawasan perlimen kinabatangan antara penyimpan PATI yang terbanyak sehingga tanah2 milikan bumiputera juga telah dibeli oleh PATI. Tak percaya datanglah kinabatangan dan anda akan bertemu dgn PATI di mana2. mrk telah diberi IC dan layak utk mengundi. Jahanam negeri sabah tanah air ku. Musnah oleh BN.
ReplyDeletePRU 13 jangan sesekali anda mengundi untuk UMNO. org Sabah bukan org Melayu knapa anda mesti mengundi parti Melayu. Undilah Parti Untuk Islam.
ReplyDeletekalau nak pakai kementerian baik tak payah! mcm suruh polis siasat polis atau perompak siasat perompak...perlu RCI..baru dpt cerita sebenar..menteri yg bertanggung jwb dah meninggal tapi kepala dia maseh hidup dan bersara nak tunggu saat di panggil ALLAH..SEMUA YG BERLAKU SUDAH TAK DAPT DI BENDDUNG SAMPAI HARI INI...tahu tak berapa ramai pegawai imigresen yg kaya raya sampai ke hari ini...di beri IMBUHAN oleh UMNO/BN..apa yg hendak dilakukan terhadap pakatan rakyat serupa apa yg dilakukan UMNO/BN untuk menjatuhkan PBS...Sama saja beri kad pengenalan kepada seberapa ramai pendatang yg boleh....SAMPAI HARI INI DIA TAK DPT MEMBETULKAN KEADAAN....
ReplyDeleteSabah mempunyai keanggotaan paling ramai dalam UMNO kerana PATI dan tahap PENDIDIKAN, PENGETAHUAN serta KESEDARAN masih RENDAH berbanding di negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dll. Rakyat Sabah hanya bersumberkan TV 1,2 &3 serta media arus perdana yang pro pemerintah saja untuk mendapatkan informasi. Negeri Sabah adalah negeri TERMISKIN di Malaysia kerana hasil buminya DISEDUT oleh Persekutuan tetapi disebabkan KEBODOHAN rakyat Sabah mereka masih BERTUHANKAN Umno.....sehinggakan Najib Razak tanpa segan silu melabelkan Sabah sebagai 'FIXED DEPOSIT'... DI MANA MARUAH RAKYAT JATI SABAH?????
ReplyDeleteMemang betul apa yang diperkatakan di Sabah rakyatnya ramai menyertai UMNO termasuk 1.2 juta PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) yang ada Mykad seperti orang2 Bugis 60% filipin 30% dan Pakistan 10% ini cukap kuat BN/UMNO untuk Pru 13 nanti
ReplyDeletehanya org melayu bodoh shj yg msih menerima PATI Umno ... klu hasrat nk bela rkyt x kan lah org melayu hanya berada di ceruk kmpng dgn motong getah, nelayan dan pling tinggi kerja kerajaan shj... yg kaya hanya pemimpin PATI bangsat nie... oleh itu, bangunlah semua org melayu dan tumbangkan umno/BN di PRU13 utk kesejahteraan kita....
ReplyDeleteberapa kali mahu saya bilang bah..ini semua sudah lama berlaku..zaman nak jatuh kan PBS....sekarang nah rasakan...kita menang tapi kampung tergadai....orang politik mahu fikir itu semua..penting duit....duit...macam itu lagu..'DUIT...DUIT..DI MANA DUIT'=HATAN...apa lah nasib kita.....labu dan labi..pak kaduk...pak pandir.....c pusong...
ReplyDelete