Friday, December 2, 2011

Transfomasi 1Malaysia, 'rasuah mega' berterusan

http://1.bp.blogspot.com/_wPXhUnYSKTI/S9iBX4YrBaI/AAAAAAAAHTg/iUw3PUTFoNA/s400/rasuah440.jpgUsaha baru dan berterusan kerajaan BN untuk memerangi gejala rasuah gagal menyaksikan negara daripada terus terjerumus dari tangga Indeks Persepi Rasuah (CPI) yang dikelolakan Transparency International.

Ini kerana Malaysia dikatakan gagal bertindak ke atas "rasuah besar".

Menurut badan integriti global itu antara punca kemerosotan adalah kerana amalan lazim dalam pemberian projek-projek mega tanpa tender terbuka, perolehan tentera yang melambung dan pertalian rapat antara ahli perniagaan dan ahli politik yang diselubungi rahsia.

Setiausaha Agung, Transparency International Malaysia (TI-M) Josie M Fernandez berkata meskipun pendakwaan dijalankan terhadap mereka yang terbabit namun "ikan besar" masih tetap bebas.

"Saya diberitahu betapa menyedihkan apabila ada beberapa pegawai kecil yang menerima jumlah wang yang kecil tetapi diheret ke mahkamah dan disiarkan di televisyen. Tetapi pegawai-pegawai atasan dengan gaya hidup mewah tidak diseret ke mahkamah," katanya. -MK

5 comments:
Write comments
  1. Inilah yg berlaku dalam pentadbiran umno/bn. kewajiban rakyat malaysia adalah utk menukar kerajaan pada pru nanti. pentadbiran PR di beberapa negeri sudah terbukti baik sekali. mengapa tidak beri peluang kepada PR untuk perintah negara pula. kuasa adalah di tangan kita.

    ReplyDelete
  2. TBH [disyaki terlibat dgn RM2,400] vs NFC [RM250juta]...tahniah, UMNgOk!!!

    ReplyDelete
  3. dimana sumber yang sahih mengenai laporan ini?sekadar laporan sebegini..amat mudah dilakukan.

    ReplyDelete
  4. Banyak sumberlah pencinta negara laki menteri dapat 250 juta salah satu daripadanya. Suruh ternak lembu dalam ladang nak ternak lembu dalam kondo pula dan beli mercedes nak bawa lembu! Entah dari mana mereka dapat idea mahu menternak lembu di dalam kondo!

    ReplyDelete
  5. rasuah di malaysia dah macam satu "BUDAYA" yang teramat parah situasinya.....seperti kudis yang dah merebak besar.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.