Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 tengah malam tadi sedangkan harga minyak mentah dunia terkini mengalami penurunan mencecah USD90.73 setong.
Berdasarkan semakan yang dilakukannya juga, ahli parlimen Pokok Sena turut mendapati harga minyak mentah dunia pada Julai berharga USD103 setong.
Kecewa dengan tindakan terkini kerajaan, Mahfuz berkata tidak sewajarnya kerajaan bertindak merasionalisasi subsidi petrol sewaktu rakyat boleh menikmati "berita gembira" ekoran penurunan harga minyak mentah dunia.
"Saya minta kerajaan memberi penjelasan mengapa harga minyak dunia jatuh, tetapi secara tiba-tiba kerajaan menaikkan harga minyak di negara ini.
"Sepatutnya kejatuhan (harga minyak dunia) itu memberi berita gembira (kepada kita)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.-mk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.