Thursday, June 6, 2013

Jangan Sekat Demokrasi Dalam UMNO

Walaupun pemilihan UMNO masih jauh, tetapi seperti terdapat usaha untuk menyekat pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang bakal diadakan hujung tahun ini. Semalam UMNO Negeri Sembilan meluluskan resolusi agar kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan atas alasan sebagai persiapan awal UMNO menghadapi PRU 14.

Sehari sebelum itu pula, Ahli MT UMNO yang kalah bertanding di Batu Pahat, Fuad Zarkashi mencadangkan agar Najib dan Muhyiddin dikekalkan bagi kedua jawatan tertinggi UMNO kerana gandingan keduanya sudah cukup baik bagi UMNO.

Hari ini Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO turut menyokong cadangan agar kedua-dua jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO itu tidak dipertandingkan.

Sementara Najib cuba menjadi seorang jantan dengan mengatakan beliau sedia dicabar dalam pemilihan parti hujung tahun ini, apa yang berlaku sebaliknya pula iaitu terdapat pula pemimpin lain yang seolah-olah takut dengan pertandingan dan cuba menyekat demokrasi dalam UMNO.

Kalau mengikut tradisi UMNO, Najib bukan saja harus dilawan tetapi wajib disingkirkan. Ini kerana beliau telah gagal dalam pilihanraya lalu. Walaupun menang dengan 133 kerusi, Najib ternyata lebih teruk dari Pak Lah yang menang 140 kerusi pada 2008, hilang undi popular, gagal menawan Selangor, ditolak oleh pengundi Cina dan pelbagai kegagalan yang lain lagi.

Lagi pula Najib yang terkenal dengan pelbagai transformasi telah juga memperkenalkan peraturan baru dalam proses pemilihan UMNO yang memberi hak kepada lebih ramai pemimpin peringkat cawangan menentukan siapa pemimpin yang mereka kehendaki. Jika benar inginkan transformasi, pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden adalah salah satu usaha ke arah itu.

Tidaklah berguna segala pindaan dan peraturan baru yang dibuat oleh Najib jika akhirnya muncul pembodek-pembodek dalam UMNO hanya mahu menentukan Najib terus kekal sebagai pemimpin dan mengelakkan pertandingan daripada mahu memastikan UMNO itu terus relevan sebagai wadah perjuangan orang-orang Melayu.

Berilah peluang sepenuhnya kepada pemimpin peringkat cawangan dan akar umbi menentukan pilihan mereka kali tanpa dipengaruhi atau diganggu-gugat hak mereka oleh mana-mana pemimpin atasan. Adalah diharapkan selepas ini pemimpin tertentu dalam UMNO berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang mahu menghalang berlakunya pertandingan jawatan tertinggi dalam UMNO.

Kepada pemimpin yang gemar menjadi pembodek Najib ini, sedarlah bahawa keputusan PRU 13 lebih buruk daripada pilihanraya 2008 dan tidak sewajarnya keputusan yang buruk itu mahu dipaksakan kepada pemimpin UMNO peringkat cawangan dan ahli akar umbi untuk meraikannya pula. Untuk pertama kali dalam sejarah UMNO, berilah kebebasan sepenuhnya mereka menentukan siapa pemimpin yang terbaik untuk UMNO.

Tentang kedudukan Najib dan Muhyiddin, berilah juga kebebasan kepada ahli dan pemimpin akar umbi yang menentukannya.

Biarlah demokrasi terus hidup subur dalam UMNO dan biarlah juga kuasa menentukan pemimpin benar-benar diberi kepada akar umbi UMNO, sesuai dengan transformasi yang dijanjikan Najib. Lagi pula, UMNO sudah begitu lama tidak menyaksikan pertandingan jawatan Presiden UMNO di mana kali terakhir ia berlaku ialah pada 1987 ketika Tengku Razaleigh menentang Mahathir.

Setelah 26 tahun tidak pernah berlaku pertandingan dalam UMNO, biarlah 2013 ini berlaku pertandingan itu. Tambahan pula, UMNO baru sahaja selesai menghadapi pilihanraya, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan jika berlaku pertandingan di peringkat tertinggi dalam UMNO.

Jika pemimpin baru yang terpilih nanti, masa yang mencukupi masih ada untuk merapatkan semua barisan sebelum pilihanraya seterusnya diadakan pada 2018. Jadi, tiada apa yang perlu dirisau dan digundah-gulanakan untuk menghadapi PRU 14.

Bahkan, berbanding kerisauan terhadap perubahan pucuk pimpinan UMNO yang mungkin menjejaskan peluang dalam PRU 14, kebimbangan juga seharusnya lebih tinggi jika Najib terus kekal memimpin parti dan kerajaan menghadapi PRU 14 nanti.

Ini kerana Najib yang terbukti telah mengalami pelbagai kegagalan dalam PRU 13, mungkin menjerumuskan BN ke lembah yang lebih buruk dalam pilihanraya lima tahun lagi.

Oleh Shahbudin Husin (DD)

36 comments:
Write comments
  1. Wayang dn kezaliman UMNO/BN smkin mncrlah dn jels dilihat!!!!

    ReplyDelete
  2. UMNO harus kenal pasti masalahnya.

    ReplyDelete
  3. Baguslah adanya pertandingan dalaman UMNO. Membuktikan UMNO juga berubah.

    ReplyDelete
  4. Suara majoriti yang akan menentukan siapakah yang benar berkelayakan.

    ReplyDelete
  5. Pertandingan sihat harus ada juga.

    ReplyDelete
  6. Serahkan kepada ahli yang menentukannya.

    ReplyDelete
  7. Yang tinggal dalam Umno orang bingung dan half-past six – Tun Mahathir

    ReplyDelete
  8. demokrasi dalam UMNO perlu dikekalkan

    ReplyDelete
  9. kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri sejak April 2009, telah membina kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  10. itulah juga menjadi faktor utama yang menenangkan keadaan politik di dalam negara secara keseluruhannya pada masa sekarang.

    ReplyDelete
  11. Datuk Seri Najib sangat jujur dan ikhlas berusaha untuk membantu meninggikan taraf keselesaan hidup rakyat terutama bagi golongan rendah pendapatan dan miskin.

    ReplyDelete
  12. Setiap warga kita berhak hidup dalam keadaan aman, selesa, bebas dan makmur.

    ReplyDelete
  13. Mereka mahu kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab. Dan bagi majoriti rakyat, tugas dan tanggungjawab kerajaan adalah menyediakan kemudahan-kemudahan asas, peluang ekonomi yang adil, keamanan, keselamatan dan kebebasan.

    ReplyDelete
  14. 4 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. 4 tahun sebenarnya, adalah masa yang singkat bagi kita menilai seseorang pemimpin, namun tidak bagi pemimpin seperti Dato’ Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  15. Dalam hanya 4 tahun, Dato’ Seri Najib telah berjaya membuktikan kredibiliti dan kebijaksanaannya mentadbir negara, dan angka-angka ekonomi serta kepuasan hati rakyat adalah buktinya.

    ReplyDelete
  16. Lihat saja di media-media massa yang terpaksa menyediakan ruang yang agak besar untuk menyenaraikan segala pencapaian Dato’ Seri Najib bermula dari memperkenalkan konsep 1Malaysia sehinggalah kepada GTP, ETP dan pemberian-pemberian tunai kepada rakyat.

    ReplyDelete
  17. Begitu juga dengan pencapaian dari segi GDP dan juga indeks keyakinan pelabur, pembentarasan rasuah dan berbagai-bagai lagi yang mana tidak mungkin tercapai jika Dato’ Seri Najib bukan seorang pemimpin yang benar-benar berkesan.

    ReplyDelete
  18. Walau apapun yang dituduh dan diperkatakan tentang beliau, namun Dato’ Seri Najib ternyata seorang yang sukar untuk digoyah. Sifat tenang beliau membolehkan beliau mengendali setiap situasi dan cabaran dengan baik.

    ReplyDelete
  19. Jika dahulu bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dijadikan sasaran fitnah hebat serta kutukan dan cemuhan pembangkang yang masih berterusan sehingga kini, namun tidak keterlaluan dikatakan bahawa apa yang perlu dilalui oleh Dato’ Seri Najib adalah lebih hebat lagi.

    ReplyDelete
  20. Fitnah yang melanda Dato’ Seri Najib begitu dahsyat, iaitu termasuk terlibat dalam pembunuhan. Malah isteri dan anak menantu beliau juga menjadi sasaran fitnah yang bukan-bukan sehingga kepada tuduhan mengamalkan ilmu hitam. Beliau juga difitnah memakai tangkal di Mekah serta memakai rantai emas.

    ReplyDelete
  21. Apa yang menarik ialah, ketika pembangkang giat memfitnah beliau, Dato’ Seri Najib meneruskan tugasnya memimpin negara seperti biasa. Akibat keengganan beliau untuk melayan karenah pembangkang, maka pembangkang terpaksa menggiatkan lagi usaha fitnah sehingga akhirnya pembohongan mereka menjadi terlalu besar dan tidak terkawal.

    ReplyDelete
  22. Pendek kata, fitnah-fitnah yang ditujukan kepada beliau lama-kelamaan menjadi begitu melampau-lampau lalu menyerlahkan betapa bobrok, buruk atau jahatnya puak pembangkang.

    ReplyDelete
  23. setelah 4 tahun berlalu, kita menyaksikan bagaimana satu demi satu fitnah yang melanda beliau terbongkar sendirinya sebagai pembohongan pembangkang tanpa perlu beliau membalas atau melatah pun.

    ReplyDelete
  24. Tidak cukup dengan cabaran fitnah, usaha berterusan pembangkang untuk menimbulkan huru-hara akhirnya tercapai sedikit di saat-saat pilihanraya semakin hampir. Ia berlaku di Lahad Datu, Sabah di mana pembangkang telah dikenalpasti sebagai dalang yang mengundangnya.

    ReplyDelete
  25. Namun, keganasan itu juga berjaya ditangani oleh Dato’ Seri Najib dengan tenang. Malah keprihatinan beliau terhadap rakyat dan wira-wira negara juga terserlah melalui episod ini, sekali gus memberi peluang rakyat untuk menilai sendiri siapa pemimpin kita dan siapa atau apa jenis pembangkang yang kita ada.

    ReplyDelete
  26. Dato’ Seri Najib ternyata berjaya mengembalikan Malaysia ke kedudukannya yang istimewa di persada dunia seperti ketika berada di bawah pemerintahan Tun Mahathir. Jika nama Malaysia dikhuatiri ‘pudar’ sedikit sebelum ini, nama itu kini kembali gah sebagai pembawa keamanan dan penyebar kasih sayang demi sebuah dunia yang lebih baik.

    ReplyDelete
  27. Walaupun dunia menyaksikan angka ekonomi yang tidak stabil, tetapi rakyat Malaysia kekal hidup dalam keadaan sejahtera tanpa merasai sedikit pun dari ‘gegaran’ ekonomi itu.

    Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada negara, andainya bukan Dato’ Seri Najib dan bukan Barisan Nasional yang menjadi peneraju di kala semua cabaran ini melanda.

    ReplyDelete
  28. Kita harap penyelesaian dalam parti ini akan dapat dibuat. Jangan biarkan masalah kecil seperti ini terus menghantui parti. Jika seorang ketua itu masih dan mampu memberikan yang terbaik kepada parti rasanya perlulah dipertahankan. Tapi begitu juga sebaliknya.

    ReplyDelete
  29. The leading independent credit research provider noted that the vibrant M&A exercises anticipated for next year would be realised by cash-rich companies seeking for opportunities to expand their footprints and gain strategic advantages, locally and regionally.

    ReplyDelete
  30. This is partly in response to the increased opportunities presented by the creation of the single market under the Asean Economic Community by 2015

    ReplyDelete
  31. Yeah said corporate M&A activities in Malaysia were sustained at a healthy level this year, despite an adverse external environment, stemming from the ongoing Eurozone sovereign debt crisis, as well as persisting weakness in the US and Japanese economies.

    ReplyDelete
  32. There was only a slight decline of 18 per cent in the total number of deals to 244 this year from 250 last year, remaining healthy at RM52.1 billion, while factors for the vibrant M&A activities have been the resilient domestic economy, healthy corporate balance sheets and a liquidity-fl ushed, low interest rate environment.

    ReplyDelete
  33. Notable M&As in 2012 were that of Petroliam Nasional Bhd (Petronas), which announced its US$5.8 billion proposed acquisition of Canada’s Progress Energy Resources Corp, while Genting Bhd turned heads by trying to launch a US$4 billion casino at the Aqueduct Racetrack in New York and another big project in Miami.

    ReplyDelete
  34. In the plantation sector, Felda Global Ventures Holdings Bhd, which made one of the world’s biggest initial public offerings this year, is expected to use some of the US$3.3 billion it raised to buy agricultural assets worldwide

    ReplyDelete
  35. Sime Darby Bhd has teamed up with property developer SP Setia Bhd and the Employees Provident Fund to acquire Battersea Power Station.

    ReplyDelete
  36. CIMB Group Holdings Bhd this year purchased the Asian equities franchise of Royal Bank of Scotland Group plc for US$142 million after closing several other deals in its quest to become Asia’s newest financial powerhouse.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.