Sunday, June 30, 2013

Kuala Besut PANAS!!.PKR sedia letak calonnya..?

Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut menarik perhatian parti politik di negeri ini termasuk PKR, apabila kepimpinan parti di peringkat negeri menyatakan kesediaan kemuka calon bertanding.

Kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar, menyaksikan Terengganu sekali lagi menjadi negeri pertama yang akan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU13, 5 Mei lalu.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail.

“Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya.

Dengan kelebihan dua kerusi diperoleh BN berbanding pembangkang pada PRU13 lalu, Azan tidak menolak keadaan itu akan menjadikan kedudukan BN agak genting.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis rasmi daripada Yang Dipertua Dun Terengganu, Mohd Zuber Embong, berhubung kekosongan kerusi itu.

BN dan PR masing-masing akan berhempas-pulas untuk menang di Dun Kuala Besut. Bagi BN, kekalahannya di Kuala Besut akan meletakkannya seri 16-16 dengan PR.

Selepas PRU13, BN menang 17 kerusi Dun, sementara PR mempunyai 15 kerusi. Azan berkata, perkara itu perlu segera agar urusan pentadbiran portfolio Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri disandang Allahyarham Dr A Rahman tidak tertangguh.

“Urusan pentadbiran berkaitan portfolio akan tergendala. Jadi, kerajaan negeri dan SPR perlu ambil tindakan segera untuk selesaikan kerana kedudukan sekarang 16-15,” katanya ~ SinarHarian

63 comments:
Write comments
  1. UMNO Bahagian Besut yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  2. Barisan Nasional (BN) yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, Rabu.

    ReplyDelete
  3. Ketua UMNO Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh berkata DUN Kuala Besut merupakan kubu kuat BN dan Allahyarham berjaya meraih majoriti lebih 2,400 undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
  4. Kita yakin dapat mempertahankan DUN Kuala Besut, kita di peringkat bahagian Besut akan membuat persiapan rapi dari segi jentera pilihan raya. Kita juga akan bermesyuarat minggu ini dengan kehadiran wakil UMNO pusat,” kata Idris yang juga anggota Parlimen Besut ketika ditemui di luar sidang Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  5. Idris, yang juga Menteri Pendidikan Kedua berkata jentera pilihan raya BN peringkat negeri dan pusat akan bekerja keras bagi mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut.

    ReplyDelete
  6. “Saya cukup kenal rakyat dan amat memahami kawasan ini…biarkan pakatan pembangkang mahu cakap apa saja, yang penting rakyat tahu jasa BN dan saya cukup mengenali rakyat DUN Kuala Besut,” katanya.

    ReplyDelete

  7. A. Rahman, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di Kuala Terengganu pada pukul 10.18 pagi akibat kanser paru-paru. Allahyarham merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri. Pada PRU-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi itu setelah mengalahkan calon Pas Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

    ReplyDelete
  8. BN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 17 kerusi, Pas menguasai 14 kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat satu kerusi.

    ReplyDelete
  9. Program bersemuka dengan pengundi muda antara perancangan yang sedang diatur Pemuda UMNO Besut sebagai persediaan bagi mengahadapi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kuala Besut apabila penyandangnya, Dr Ab Rahman Mokhtar meninggal dunia Rabu lalu akibat kanser paru-paru. Ketua Pemuda UMNO Besut, Mohd Mahadi Musa berkata, walaupun Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi DUN Kuala Besut dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas Napisah Ismail pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) lalu, namun Pemuda UMNO menjangkakan pilihan raya kecil itu perlu diberi perhatian khusus bagi memastikan kerusi DUN berkenaan berjaya dipertahankan.

    ReplyDelete
  10. Pembangkang sudah mula bergerak dan membuat persiapan apabila mendapatkan tahu mengenai keuzuran Allahyarham, mereka memang bercita-cita besar untuk menang di Kuala Besut sebab mereka sudah membuat persiapan awal. Itulah lumrah politik, bagi Pemuda UMNO persiapan untuk PRK Kuala Besut baru sahaja diatur bukannya seperti pembangkang, walaupun kami semua masih merasai kehilangan Allahyarham, persiapan perlu dilakukan juga kerana pilihan raya ini amat penting kepada BN Terengganu,” katanya.

    ReplyDelete
  11. Rabu lalu, Adun Kuala Besut, Dr Ab Rahman Mokhtar meninggalkan dunia di akibat kanser paru-paru di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut. Kuala Besut bukan sahaja menjadi perhatian disebabkan ianya pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU 13, tetapi kedudukan Barisan Nasional di Terengagnu yang berjaya membentuk kerajaan dengan kelebihan dua kerusi dan sudah pasti pembangkang akan bekerja keras untuk merampasnya.

    ReplyDelete
  12. Allahyarham menjadi Adun di Kuala Besut untuk penggal kedua sejak piliharaya umum 2008, dan PRU ke 13 beliau berjaya mempertahannnya kerusi berkenaan dengan mengalahkan calon Pas, Napsiah Ismail dengan majoriti 2,434. Mahadi berkata, 45 peratus pengundi di DUN Kuala Besut adalah di kalangan pengundi muda, berikutan itu Pemuda dan Puteri UMNO akan bekerjasama untuk melaksanakan program untuk bersama golongan berkenaan yang sudah pasti turut mendapat perhatian daripada pembangkang.

    ReplyDelete
  13. Program bersemuka adalah cara yang terbaik untuk kami bersama pengundi muda, program ini akan dilaksanakan dengan skala kecil, melalui cara ini kita lebih dekat dengan mereka berbanding dengan program besar yang sering dilakukan sebelum ini. Kami juga berharap, setiap kali pertemuan itu diadakan, ianya akan membabitkan pengundi yang berbeza, kita tidak mahu ianya dihadiri oleh orang yang sama, kita tidak mahu program syok sendiri, berjaya dari segi kuantiti tetapi hasratnya tidak tercapai,” katanya.

    ReplyDelete
  14. Beliau turut berkeyakinan tinggi bahawa BN akan mampu mempertahankan kerusi Kuala Besut walaupun pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk merampasnya bagi merubah struktur petadbiran kerajaan Terengganu. Terengganu yang dimenangi BN pada pilihanraya mei lepas menunjukkan rakyat akan memberi mandat sekali lagi bagi kawasan DUN tersebut.

    ReplyDelete
  15. Umno Bahagian Besut akan menyenaraikan nama tokoh-tokoh anak tempatan yang disenangi penduduk Kuala Besut kepada Perdana Menteri untuk dicalonkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  16. Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata Umno mempunyai ramai calon yang layak yang berasal dari Kuala Besut untuk dicalonkan.

    ReplyDelete
  17. Kita mempunyai ramai calon yang berkaliber dan disenangi rakyat terdiri dari tokoh pendidik, tokoh agama, pegawai pentadbir yang semuanya akan ditentukan oleh PM selepas ini

    ReplyDelete
  18. Beliau bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan PRK dengan Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan barisan UMNO Perhubungan Negeri di Damai Beach resort

    ReplyDelete
  19. Menurutnya, Kuala Besut masih merupakan kawasan luar bandar dan majoriti penduduknya terdiri dari kaum nelayan yang berfikiran sederhana tetapi mesra

    ReplyDelete
  20. Adakah Pas akan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebagaimana disarankan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng?

    ReplyDelete
  21. Persoalan ini timbul apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyatakan cadangan Guan Eng itu akan diteliti.

    ReplyDelete
  22. Menurut Mustafa, parti itu akan merujuk kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang sebelum mengambil keputusan sama ada bertanding atau memboikot pilihan raya kecil tersebut.

    ReplyDelete
  23. Pimpinan Pakatan kena berbincang dahulu betul-betul kalau hendak memboikot (PRK DUN Kuala Besut), apa-apa keputusan perlu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang

    ReplyDelete
  24. Guan Eng dalam satu majlis di Kulaijaya, Johor hari ini mencadangkan Pas untuk memboikot PRK DUN Kuala Besut ekoran isu dakwat kekal dalam PRU-13 yang dakwanya tidak ditangani oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    ReplyDelete
  25. Kerusi DUN Kuala Besut menyaksikan kekosongan selepas penyandangnya, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru berair pada 26 Jun lalu.

    ReplyDelete
  26. Menurut Mustafa, biarpun cadangan untuk memboikot dikemukakan, Pas akan tetap membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil tersebut.

    ReplyDelete
  27. BARISAN Nasional (BN) terus diberi mandat memerintah negara ini apabila memperolehi majoriti mudah 133 kerusi Parlimen pada PRU13 yang lalu sementara pakatan pembangkang yang dibarisi PKR, DAP dan Pas hanya memperoleh 89 kerusi sahaja.

    ReplyDelete
  28. Pada PRU12 di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, BN memenangi 140 kerusi Parlimen.Pada PRU13, rakyat Malaysia masih lagi mengundi dalam pilihan raya yang disertai pelbagai parti yang menyaksikan 11,257,147 juta (84 peratus) daripada 13,268,002 pengundi berdaftar keluar mengundi bagi 222 kerusi Parlimen.

    ReplyDelete
  29. Dari segi undi popular, daripada keseluruhan pengundi yang keluar mengundi dalam pilihan raya pelbagai parti itu, BN berada di tempat pertama dengan memperoleh undi sebanyak 5,237,699; kedua, PKR (2,254,328), ketiga, DAP (1,736,267), keempat, Pas (1,633,389) manakala parti-parti lain dan Bebas (192,904)

    ReplyDelete
  30. Bagaimanapun, DAP yang berada di tempat ketiga dari segi jumlah undi telah memperoleh 38 kerusi Parlimen, iaitu jauh lebih tinggi daripada PKR.

    ReplyDelete
  31. Berdasarkan analisis Sinar Harian mengenai keputusan pengundian PRU13, BN memperolehi undi popular di Perlis, Kedah dan Perak berbanding PR.

    ReplyDelete
  32. Di Kedah, Umno berjaya menguasai negeri itu dengan memperoleh undian sebanyak 399,890 bersamaan 45.28 peratus.

    ReplyDelete
  33. Manakala, Pas dan PKR pula hanya memperolehi sekitar 24.2 peratus. Perlis juga menjadi kubu kuat Umno kerana memenangi kesemua tiga kerusi Parlimen yang dipertandingkan dengan memperolehi 64,192 undi bersamaan 55.55 peratus.

    ReplyDelete
  34. Umno juga mendominasi Perak apabila memperolehi undi sebanyak 277,859 bersamaan 24.64 peratus mengatasi undi parti lain. Calon BN tewas di beberapa kawasan kerana bilangan pengundi kaum Cina yang ramai.

    ReplyDelete
  35. DAP pula mendapat 261,882 undi, manakala Pas dan PKR masing mendapat 109,913 dan 244,073 undi di Perak.

    ReplyDelete
  36. Bagaimanapun, di Pulau Pinang terutamanya di kawasan bandar dikuasai DAP yang memenangi kesemua enam kerusi Parlimen dan memperoleh undian tertinggi berbanding parti-parti lain.

    ReplyDelete
  37. Sebanyak 13 kerusi Parlimen yang dipertandingkan Pulau Pinang, hanya enam kerusi sahaja dimenangi DAP tetapi jumlah undiannya iaitu 272,664 bersamaan 37.72 peratus berbanding PKR hanya lima kerusi iaitu 177,896 bersamaan 24.61 peratus.

    ReplyDelete
  38. Umno yang bertanding di lima kerusi di Pulau Pinang hanya memperoleh 118,613 undian bersamaan 16.41 peratus.

    ReplyDelete
  39. Agak mengejutkan apabila analisis mendapati Umno mendominasi peratusan undian di kubu kuat Pas di Kelantan iaitu 49.8 peratus berdasarkan jumlah undian sebanyak 402,503 untuk kerusi Parlimen.

    ReplyDelete
  40. Pas memperoleh 41.1 peratus dengan 332,407 jumlah undi. Bagaimanapun, PKR tewas di ketiga-tiga kerusi yang ditandingi dan hanya mendapat 9 peratus undian dengan 73,071 undian sahaja.

    ReplyDelete
  41. Rekod kerusi Parlimen di Terengganu pula menunjukkan Umno mendahului dalam kutipan jumlah undian, iaitu 283,455 dengan 51.5 peratus, hasil daripada kemenangan empat daripada lapan kerusi yang ditandingi.

    ReplyDelete
  42. Sebarang keputusan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak akan membawa kepada perubahan pimpinan kerajaan negeri Terengganu yang kini diterajui BN.

    ReplyDelete
  43. Biarpun kedudukan akan menjadi 16-16 seandainya kemenangan menyebelahi pembangkang namun undi pemutus Speaker DUN, yang kini disandang Mohd Zubir Embong, bakal merubah kedudukan menjadi 17-16 membolehkan BN terus berkuasa di negeri ini.

    ReplyDelete
  44. Bagaimanapun, keputusan ini amat penting bagi BN untuk menjamin kestabilan politik di Terengganu dan berharap keadaan akan menjadi stabil dalam negeri Terengganu.BN bersedia menghadapi pilihan raya kecil itu dan tidak menolak kemungkinan ia akan diadakan dalam bulan Ramadan.Pelbagai kaedah tertentu akan digunakan untuk berkempen bersesuaian dengan bulan yang mulia itu.

    ReplyDelete
  45. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, SPR tiada pilihan lain selain mengadakan pilihan raya itu dalam tempoh 60 hari.

    "Sama ada dalam bukan puasa atau semasa hari raya (diadakan pilihan raya) kita akan bincang," katanya.

    ReplyDelete
  46. The Election Commission (EC) is expected to announce the Kuala Besut by-election date this week and many have speculated that the campaign period and voting will fall after the Hari Raya celebrations.

    ReplyDelete
  47. However, checks at nearby hotels reveal that several have already received room bookings from political parties during Ramadan.

    ReplyDelete
  48. This has led to questions being asked whether the by-election would be held during the fasting month.

    ReplyDelete
  49. One resort near Kuala Besut received bookings for rooms bet-ween July 9 and 22 by a party official based in Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  50. The campaign period for the by-election will likely take about 10 to 15 days, making it possible for it to fall between those dates.

    ReplyDelete
  51. Holding the by-election earlier will also give Muslims ample time to celebrate Hari Raya. Fasting is expected to begin on July 10, with Hari Raya falling on Aug 9.

    ReplyDelete
  52. Umno information chief Datuk Ahmad Maslan did not dismiss the possibility of the by-election being held during Ramadan.

    ReplyDelete
  53. “We have conducted by-elections during Ramadan before, so it’s not an issue,” he said during a working visit to Kuala Besut yesterday.

    ReplyDelete
  54. The Kuala Besut by-election was called following the death of its assemblyman Dr A. Rahman Mokhtar on June 26.

    ReplyDelete
  55. The EC received a notice of vacancy in the state assembly on June 27, so the by-election must be held within 60 days – before Aug 27.

    ReplyDelete
  56. In the May 5 general election, Dr A. Rahman won the seat for Barisan Nasional with a majority of 2,434 votes over Napisah Ismail from PAS.

    ReplyDelete
  57. AT FIRST sight, the general election in Malaysia on May 5th, the closest-fought since independence in 1957, looks encouraging. A lively campaign inspired a remarkable turnout of 85% of the country’s 13.3m voters. The government’s victory seems recognition of Malaysia’s solid economic performance and of the progressive reforms introduced by Najib Razak, the prime minister. He has repealed some oppressive, colonial-era laws.

    He has even begun to dismantle the affirmative-action policies favouring the ethnic-Malay majority over Chinese Malaysians (about a quarter of the population) and Indians (8%). Those policies are at the root of the corruption and cronyism poisoning Malaysian society.

    ReplyDelete
  58. Look again, however, and Malaysian politics seems near breakdown . The opposition coalition led by Anwar Ibrahim alleges electoral fraud and has refused to accept the result. Whether that is true or not, it is certain that the ruling coalition, Barisan Nasional, has huge inbuilt advantages. Gerrymandered constituencies meant that with less than 47% of the popular vote, its worst-ever electoral performance, it still won 60% of the 222 parliamentary seats.

    The state has dispensed cash handouts and other goodies, while much of the civil service works as a party-political tool, and the election commission has long brushed aside allegations of malfeasance. Add in an obsequious mainstream media, and it is rather remarkable that so many Barisan Nasional campaigners still felt the need to resort to blatant vote-buying.

    ReplyDelete
  59. All of this gives rise to two dangers. The first is of a loss of faith in the political process itself. Mr Najib argues that, in a parliamentary system, it is not the popular vote that matters.

    But in any system it is time to redraw boundaries when distortions have reached this level (something for others, such as Britain and Japan, to note). And Mr Najib owes it to Malaysians who backed the opposition—more than half of the electorate—to investigate the alleged frauds.

    ReplyDelete
  60. The second danger is of a rekindling of the ethnic animosities that led to bloody rioting in the 1960s. Mr Najib has said he wants to be prime minister for all Malaysians.

    Sadly, however, he presided over an ugly campaign by his United Malays National Organisation, UMNO, the main component of Barisan. In the rural Malay heartlands, UMNO was as negative, racially divisive and pro-Malay as ever. Barisan’s ethnic-Chinese parties did lamentably at the election. Mr Najib has blamed Barisan’s losses on a “Chinese tsunami”, encouraging disgraceful anti-Chinese headlines in the Malay-language press.

    ReplyDelete
  61. Casting the election in such racial terms is neither wise nor accurate. The tsunami washing over Barisan is of the young and the rising urban middle class, sickened at the unfairness, cronyism and corruption they see around them. Mr Najib has taken to Facebook to court these groups. All things to all Malaysian voters, he is more popular than his party.

    ReplyDelete
  62. The threat he faces now is from UMNO itself. It was quick to dispatch Mr Najib’s predecessor after he did almost as badly in the previous election in 2008. Likewise, UMNO hardliners might argue that what is needed now is to bolster support among its Malay core by replacing Mr Najib with a less bashful Malay supremacist. In fact, if UMNO is to have a future in a prospering Malaysia it needs young urban voters, not poor rural ones.

    To counter his opponents in the party, Mr Najib therefore needs to capitalise quickly on his own popularity to reform more boldly: to complete the demolition of the affirmative-action edifice; to go further in improving civil liberties; and, above all, to make the electoral system fairer

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.