Friday, June 7, 2013

Pencacai tuduh Guan Eng yang luluskan projek jambatan?

Semalam sebahagian daripada struktur jambatan kedua Pulau Pinang telah runtuh dalam satu kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 7 malam.

Laporan berserta gambar-gambar dari tempat kejadian sila lihat di SINI....

Oleh kerana projek tersebut terletak di negeri Pulau Pinang yang pentadbirannya dikuasai oleh Pakatan Rakyat, bagai dijangka macai-macai UMNO tanpa usul periksa telah menyalahkan Kerajaan Negeri.

Seorang pencacai yang merasakan dirinya bijak padahal bodoh telah meminta penjelasan mengenai insiden tersebut dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ini kerana beliau mendakwa Kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd. Telah dilantik oleh PDC yang Pengerusinya adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.



Sedikit fakta yang rakyat Malaysia perlu tahu mengenai projek ini..

~ Jambatan Kedua Pulau Pinang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) sebagai sebahagian daripada pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah Utara.

~ Pembinaannya membabitkan perbelanjaan RM4.5 bilion melalui pembiayaan bank. Sejumlah RM1 bilion daripada perbelanjaan itu bagaimanapun diperoleh oleh syarikat dari China, China Harbour Engineering (CHEC) yang turut terlibat di dalam pembinaan jambatan itu.

~ Penglibatan CHEC adalah bertujuan membangunkan sebahagian struktur Jambatan Kedua, memandangkan syarikat itu mempunyai kepakaran antarabangsa di dalam aspek pembinaan jambatan berteknologi tinggi.

~ Jambatan itu dibina dengan teknologi penyerapan gegaran gempa bumi sehingga mencecah bacaan 7-8 pada Ritcher.

~ Tempoh konsesi dan kadar tol yang akan dikenakan kepada pengguna yang melalui jambatan ini, masih lagi sedang diteliti oleh Jawatankuasa Penswastaan di Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri .

~ Kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah seperti berikut:-
1. Chec Contructions (M) Sdn. Bhd ~ Negara Asal: Republik China. Tarikh Milik Tapak 8 November 2008;
2. UEM Builders Berhad ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 8 Jun 2009;
3. Cergas Murni Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 19 Mei 2010;
4. IJM Contructions Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Selangor. Tarikh Milik Tapak: 28 Jun 2010; dan
5. HRA Teguh Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 19 Mei 2010

~ Setakat 30 September 2010 seramai 106 subkontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 26 subkontraktor atau 24.5% merupakan kontraktor yang berdaftar di Negeri Pulau Pinang.

Dan ianya adalah projek.. tengok gambar di bawah ni..



Ini jawapan Guan Eng mengenai tuduhan macai UMNO ini..



Bila ditanya sekali lagi..



Itulah.. bila dah bodoh malas nak membaca pula begitulah jadinya..

Biarpun fakta-fakta mengenai projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini telah berulang kali disiarkan oleh Utusan ( lihat di SINI ) yang menjadi lidah rasmi UMNO dan juga TV3 di SINI sendiri.. kebebalan mengatasi segala..

-http://darisungaiderhaka.blogspot.com

58 comments:
Write comments
  1. hahahah....kan dah kantoi, nampak sangat kebodohan kamu,lain kali bila nak hantam tu biar berfakta kan sekarang kena batang hidung sendiri.....maluuuuuuu......

    ReplyDelete
  2. The collapse of the ramp at the Batu Maung Interchange section of the Second Penang Bridge could be due to the failure of the formwork support, said the Department of Safety and Health (DOSH).

    ReplyDelete
  3. Penang DOSH director Mohd Anuar Embi said early investigations by its team had found that this was the cause of the collapse of the ramp.

    ReplyDelete
  4. Formwork is a term for a temporary or permanent mould in which concrete or similar materials are poured.

    ReplyDelete
  5. He said DOSH was now investigating the safety operating procedures of the project.

    ReplyDelete
  6. “Our team of investigating officers arrived at the scene last night to conduct investigations into this incident but for now we have to give way to the rescue work first,” he said at a press conference at the site this morning.

    ReplyDelete
  7. He said this was a high-risk work and DOSH will investigate if all safety measures were taken.

    ReplyDelete
  8. “If we have evidence that no proper safety measures were taken, we will take court action against the contractor,” he said.

    ReplyDelete
  9. Rescue work to remove at least one victim buried in the rubble work is still ongoing as cranes and hydraulic cutters are being used to clear the hundreds of tonnes of concrete.

    ReplyDelete
  10. Mohd Anuar said DOSH will commence full investigations into the incident once the rescue work was completed.

    ReplyDelete
  11. “All the support for the formwork is supposed to be done on good engineering practices and this collapse could also be due to design failure or maintenance failure,” he said. DOSH will take between one to two months to complete a full investigation into the incident.

    ReplyDelete
  12. Syabas kerajaan P.Pinang kerana segera bertindak..inilah contoh terbaik...keselamatan rakyat diutamakan, bukan cari publisiti....

    ReplyDelete
  13. Aku harap Kementerian Kewangan Diperbadanankan yg memegang konsesi projek akan memberi kenyataan..rakyat sudah bosan.. semuanya runtuh...apa kah jaminan projek perumahan PR1MA tidak mengalami nasib yg sama..?? Kjaan Pusat mesti bertanggung jawab...pasal tu aku tengok tidak ada kenyatan 'kenen' pada kjaan negeri sebab terkena batang hidung kroni sendiri..

    ReplyDelete
  14. Projek poyo selalu benar kita dengar runtuh terutamanya tranganu.inilah akibatnya.

    ReplyDelete
  15. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din, membidas kepimpinan DAP yang mendakwa bahawa parti tersebut mengamalkan demokrasi, kebebasan dan ketelusan dan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai sesuatu yang memalukan parti itu sendiri.

    Menurut beliau, biarpun kepimpinan DAP cuba menyakinkan rakyat bahawa parti tersebut terbuka dan cuba membentuk persepsi rakyat dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti rasis, namun hakikatnya rakyat di negara ini tidak buta untuk melihat sikap rasis, tidak telus dan bersikap tidak adil yang diamalkan oleh kepimpinan DAP hari ini.

    ReplyDelete
  16. “Di mana kebebasan dan keadilannya apabila DAP sendiri menghalang akhbar tertentu daripada menghadiri program mereka dan amat takut dikritik?

    “Di mana pula keadilan di dalam DAP apabila peniaga-peniaga kecil di Pulau Pinang ditindas dan dinafikan hak mereka? Adilkah DAP apabila lebih menumpukan kepada pembangunan hartanah mewah dan melupakan rakyat miskin di Pulau Pinang?

    ReplyDelete
  17. “Di mana demokrasi di dalam DAP yang dilaung-laungkan oleh pemimpin mereka apabila pemilihan CEC parti mereka sendiri penuh dengan penyelewengan?,” tegasnya.

    Tambahnya lagi, jika benar UMNO sebuah parti yang bersikap rasis, sudah pastinya Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO tidak akan menjaga kepentingan semua rakyat di negara ini sebaliknya hanya akan menjaga kepentingan bangsa Melayu saja.

    ReplyDelete
  18. “Biarpun UMNO sebuah parti berteraskan bangsa, namun presiden UMNO adalah Perdana Menteri Malaysia dan jelas beliau mewakili semua kaum di negara ini. Kita tidak pernah meminggirkan mana-mana pihak dan bersikap rasis terhadap mana-mana kaum.

    “Kita berusaha untuk berlaku adil terhadap semua kaum dan agama. UMNO hanya akan bersikap rasis terhadap parti yang rasis dan cauvinis seperti DAP yang tidak tahu menghormati undang-undang dan perlembagaan negara, serta bercakap ikut sedap tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain,” jelasnya.

    ReplyDelete
  19. Justeru itu, beliau menasihati kepimpinan DAP agar memperbetulkan diri dan parti mereka terlebih dahulu, sebelum menuduh orang lain tidak adil, tidak telus dan tidak mengamalkan prinsip demokrasi yang sebenar.

    “Saya yakin, rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu tidak mudah tertipu dengan permainan DAP yang konon-kononnya parti untuk semua kaum. Kita tidak dapat menerima prinsip DAP yang jelas nampak bersikap rasis dan suka mempertikaikan hak-hak orang Melayu dan Islam yang sudah termaktub di dalam perlembagaan.

    “DAP berusaha untuk menghapuskan Raja-Raja Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu. Inilah sikap rasis dan cauvinis DAP yang tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada negara selain akan timbulnya perselisihan faham dan pergeseran antara kaum. Inilah sebenarnya sikap rasis dan cauvinis DAP yang cuba diselindungkan mereka,” ujarnya.

    ReplyDelete
  20. kalau begitu, MIC pun boleh jadi PM sbb MIC pun mcm PIC juga parti berteraskan bangsa. saya percaya PM MIC akan mewakili semua kaum'' so, mcm mana? UMNO ok kah?

    ReplyDelete
  21. kalau begitu, MIC pun boleh jadi PM sbb MIC pun mcm UMNO juga parti berteraskan bangsa. saya percaya PM MIC akan mewakili semua kaum'' so, mcm mana? UMNO ok kah?

    ReplyDelete
  22. Mngkin stadium dn masjid yg runtuh di TGanu ...sebab Guan Eng juga.

    ReplyDelete
  23. Tak tau bila pula DAP cuba mnghapus kistimewaan raja melyu dn org melyu. Yg aku tau umno brmula zaman mahathir lg cuba hakis semua tuh....

    ReplyDelete
  24. Semua runtuh... bumbung stadium runtuh, jambatan runtuh, jeti runtuh.... entah apa lagi yang tak runtuh... rumah pencacai lembu tu kot yang belum runtuh...

    ReplyDelete
  25. Bumbung masjid juga runtuh.... ha ha ha.... kerja lembu gila...

    ReplyDelete
  26. pastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi

    ReplyDelete
  27. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.

    ReplyDelete
  28. Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

    ReplyDelete
  29. Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

    ReplyDelete
  30. Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

    ReplyDelete
  31. Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

    ReplyDelete
  32. Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

    ReplyDelete
  33. Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

    ReplyDelete
  34. Penyokong DAP yang tiba-tiba menyalak salahkan UMNO dan pertahankan tuannya iaitu Guan Eng dalam isu jual tapak masjid

    ReplyDelete
  35. Mengapa Guan Eng tak nak jawab isu ini dan serahkan DAP Melayu seperti KMPP ? Kerana Guan Eng tahu pelan asal pembangunan di Bayan Mutiara dibuat PDC terdapat syarat bahawa tapak khas untuk masjid dan sekolah ada. Bila Pemuda UMNO dedahkan isu ini , maka meroyan la mereka rahsia skandal ini diketahui.

    ReplyDelete
  36. Realiti – DAP mencapai keputusan cemerlang di dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu dengan menyapu bersih kesemua 13 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia yang komposisi pemilihnya terdiri daripada pemilih bukan Melayu melebihi 80%.

    ReplyDelete
  37. DAP kemudiannya menguasai 63% atau 11 kerusi parlimen di konstituensi pemilih bukan Melayu di antara 60-79%% dan menguasai 11% atau 2 kerusi di konstituensi Parlimen yang pemilih bukan Melayunya antara 50-59%.

    ReplyDelete
  38. Realiti – Daripada 51 kerusi parlimen majoriti pemilih bukan Melayu lebih dari 50%, DAP menguasai 26 kerusi, PKR 10, PAS 1 dan BN 14. Daripada jumlah itu, jika dilihat dari segi komposisi kaum, ia menterjemahkan kepada 34 ahli parlimen berketurunan Cina, 12 ahli parlimen berketurunan India dan lain-lain dan 4 ahli parlimen Melayu.

    ReplyDelete
  39. Bagaimana pula prestasi DAP di dalam PRU akan datang. Hakikatnya, DAP mungkin hanya dapat menambah tidak lebih dari 6 buah kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia melainkan mereka dapat memujuk PKR untuk menyerahkan beberapa kerusi majoriti bukan Melayu yang sebelum ini ditandingi oleh PKR.

    ReplyDelete
  40. Di Sarawak DAP berpotensi untuk memenangi 6 buah kerusi Parlimen dan dua lagi di Sabah.

    ReplyDelete
  41. Oleh yang demikian, di dalam PRU ke 13 akan datang, paling banyak DAP akan dapat menguasai 40 kerusi parlimen. Secara kasar, ini tentu sekali tidak mungkin dapat menggugat kedudukan UMNO apalagi mencabar penguasaan Melayu di Malaysia.

    ReplyDelete
  42. Projek RM 152,718,868.55, tempoh 19th May 2010 to 18th May 2012..sekarang 2013 sudah.

    ReplyDelete
  43. Jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Dosh) menjangkakan siasatan berhubung insiden runtuhan tanjak jambatan kedua di Batu Maung selesai dalam tempoh sebulan.

    Pengarah Dosh Pulau Pinang Mohd Anuar Embi berkata pihaknya akan memanggil kontraktor terlibat secepat mungkin dan menjalankan siasatan dari segala aspek.

    ReplyDelete
  44. Kita telah membuat siasatan bermula Khamis lepas melibatkan 13 anggota termasuk lima dari Jabatan Forensik Pulau Pinang dan Putrajaya untuk mengenal pasti punca keruntuhan struktur itu," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

    Beliau berkata setakat ini pihaknya telah mengumpulkan kira-kira 10 peratus data berkaitan insiden itu.

    ReplyDelete
  45. Katanya fokus siasatan akan meneliti reka bentuk struktur binaan, cara serta kaedah pemasangan, penyeliaan pekerja, faktor tanah dan sistem keselamatan yang digunakan untuk melihat sama ada berlaku pelanggaran Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

    "Sekiranya terdapat pelanggaran akta itu tindakan undang-undang akan diambil kepada pihak berkenaan," katanya.

    ReplyDelete
  46. Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan supaya kerja-kerja pembersihan dihentikan sementara waktu sehingga siasatan selesai sepenuhnya.

    Beliau turut menggesa kontraktor yang terlibat dalam kerja pembinaan struktur seumpama itu agar melakukan pemantauan di tapak projek mereka dan memastikan kawasan persekitaran selamat kepada orang ramai untuk mengelak tragedi sedemikian berulang.

    ReplyDelete
  47. Menteri Kerja Raya Datuk Fadilah Yusof berkata punca sebenar insiden runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang perlu segera dikenalpasti bagi mengelak berulangnya kejadian seumpamanya.

    Beliau berkata sebuah pasukan penyiasat bebas terdiri kumpulan pakar akan diwujudkan untuk mengenal pasti sama ada runtuhan itu disebabkan ketidakpatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), kompetensi pekerja atau masalah lain.

    ReplyDelete
  48. Ditanya mengenai kesan insiden tersebut kepada keseluruhan projek jambatan yang dijangka dibuka September depan, Fadilah berkata ia bergantung kepada hasil siasatan pasukan penyiasat yang ditubuhkan dan tindakan DOSH sendiri.

    Pada Khamis, tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu runtuh pada kira-kira 6.40 petang.

    ReplyDelete
  49. Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM4.3 bilion itu mungkin disiapkan lebih lambat daripada yang dijadualkan susulan kejadian tanjakan runtuh Khamis lalu, namun Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), berkata mereka akan berusaha mengikut jadual.

    Pengarah Pembinaan JKSB, Mohd Ashari Alias, berkata pihaknya kehilangan masa kerja berikutan pemberhentian kerja-kerja pembinaan selepas lokasi kejadian diserah kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) untuk tujuan siasatan.

    ReplyDelete
  50. UEM Builders berkata, syarikat itu hanya bertanggungjawab bagi kerja-kerja struktur besar rentangan bagi jambatan (Pakej 2) dan tidak terlibat dalam pembinaan bahagian lain jambatan berkenaan.Daripada laman sesawang Jambatan Kedua Sdn Bhd, senarai menunjukkan kontraktor bagi Pakej 3A ialah Cergas Murni Sdn Bhd.

    ReplyDelete
  51. Ketika menjadi nazir sekolah dan Timbalan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kurikulum pada dekad 1980-an dan awal 1990-an, satu daripada tugas utama penulis ialah melawat sekolah, termasuk di luar bandar.

    ReplyDelete
  52. Tujuannya untuk menilai proses pembelajaran guru dan kemudahan sekolah. Sebelum dan selepas lawatan, biasanya kami berbincang dengan guru besar atau pengetua, mencadangkan langkah memperbaiki kemudahan dan prestasi sekola

    ReplyDelete
  53. Isu berkaitan kedaifan sekolah luar bandar di negara ini memang sentiasa diberi perhatian oleh pelbagai pihak. Wakil rakyat di Sabah dan Sarawak sentiasa membangkitkan isu terbabit di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, sekali gus memperlihatkan komitmen serta keprihatinan mereka untuk memastikan kualiti dan kemudahan pendidikan di negeri berkenaan setaraf dengan negeri lain di Semenanjung.

    ReplyDelete
  54. Mantan Timbalan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Puad Zarkashi yang banyak melawat sekolah di luar bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak tentu lebih arif masalah sekolah terbabit, dan aspirasi penduduk serta pelajarnya. Tidak dinafikan, kedaifan sekolah dan kekurangan kemudahan persekolahan di kedua-dua negeri ini sedikit banyak menjejaskan minat serta kesungguhan pelajar, seterusnya kualiti dan prestasi dalam peperiksaan.

    ReplyDelete
  55. The SAVE programme, launched in 2011 includes rebates of RM200 on the purchase of refrigerator units, RM100 on air-con and RM200 per tonne of chiller for commercial use.

    ReplyDelete
  56. The rebates are the first of many initiatives to increase public awareness on efficient energy use.

    structural increase in commodity prices over the past six or seven years.

    ReplyDelete
  57. The challenge for Malaysia going forward is to ensure investments in non-commodity sectors, such as manufacturing and knowledge-intensive services, also pick up.

    ReplyDelete
  58. RAM Holdings Bhd Group chief economist Dr Yeah Kim Leng said the positive economic and investment climate outlook would support corporate merger and acquisition (M&A) activities as investor sentiments in the equity and debt capital markets were anticipated to remain buoyant

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.