Monday, June 17, 2013

Pendatang haram dapat dokumen M'sia di Filipina

Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang asing di Sabah hari ini diberitahu bahawa pendatang haram boleh mendapatkan dokumen Malaysia ketika masih berada di Filipina lagi.

Macarius Sabinus - pegawai lapangan yang ditugaskan mendaftar pendatang haram di Sabah dan mengeluarkan resit sementara (kad burung-burung) kepada mereka - menemukan bahawa mereka mendapat dokumen itu di Bongoa, Tawi-Tawi, walaupun belum didaftarkan.

Bagaimanapun Macarius - juga penyelidik di badan pemikir Institut Kajian Pembangunan (Sabah) atau IDS badan bawah Jabatan Ketua Menteri (JKM) - berkata, resit itu mempunyai nombor siri dan cop berbeza.

IDS, sebelum ini dikenali sebagai Institut Analisis Dasar Awam (IPPA), ditugaskan mengkaji pendaftaran pendatang haram secara besar-besaran di Sabah antara 1986 dan 1988.

17 comments:
Write comments
  1. hok alohh.. PATI nak i.c bayar aje rm10 ribu pada Cikgu Murni - kerani di jbtn pendaftaran negara sabah! dulu di jbtn pdftrn tawau! lor ni, dia di jbtn pdftrn lahad datu! no money, no talk maa!!

    bila kerani tu kena tangkap, kerani tu salah aje pada sapa2 yg di atas!! padahal duit mmg hok `si bugis` ni + `suami bajau`nya. `salah2 pihak atas` adalah antara modus operandi staf2 jbtn pdftrn negara yg sangkut sbb rasuah yg berleluasa di sabah.

    senang,kan??!! orang2 bugis di tawau khususnya ahli2 PAS mmg tau lama dah. lalalala

    ReplyDelete
  2. Pihak berkuasa mula menghalau rakyat Projek i.C!October 17, 2013 at 10:19 PM

    Ketika rakyat Malaysia di Sabah giat membuat persediaan menyambut Hari Kemerdekaan sepanjang bulan depan, pendatang tanpa izin (PATI) di negeri ini menghitung hari-harinya.

    ReplyDelete
  3. Pihak berkuasa mula menghalau rakyat Projek i.C!October 17, 2013 at 10:19 PM

    Mereka tidak lagi bermain-main sembunyi dengan pihak berkuasa Malaysia—tinggal tanpa diganggu oleh pihak itu di Sabah.

    ReplyDelete
  4. Pihak berkuasa mula menghalau rakyat Projek i.C!October 17, 2013 at 10:19 PM

    Pendatang tanpa izin yang sentiasa mengelak daripada pihak berkuasa akan menghadapi operasi untuk menangkap mereka bagi di hantar pulang ke negara asalnya.

    Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Razak Abdul Ghani mengesahkan hari ini bahawa operasi besar-besaran berintegrasi pertama akan dilancarkan pada minggu pertama bulan depan.

    ReplyDelete
  5. Pihak berkuasa mula menghalau rakyat Projek i.C!October 17, 2013 at 10:20 PM

    “Kita akan bekerja rapat membanteras pendatang tanpa izin Sabah. Buat permulaan, kita akan menumpukan operasi kita di pantai barat Sabah terutamanya di Kota Kinabalu sebelum memperluaskannya ke pantai timur,” kata beliau kepada Bernama di sini.

    ReplyDelete
  6. Pihak berkuasa mula menghalau rakyat Projek i.C!October 17, 2013 at 10:20 PM

    Abdul Razak berkata sekurang-kurangnya 200 anggota terdiri daripada anggota polis, tentera, imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Rela akan dikerah pada bila-bila masa operasi itu dijalankan.

    ReplyDelete
  7. Pihak berkuasa mula menghalau rakyat Projek i.C!October 17, 2013 at 10:21 PM

    “Kita sudah bersiap sedia dengan anggota untuk menjalankan tugas ini dan kita telah kenal pasti dan menyenaraikan kawasan operasi tersebut termasuk Penampang. Kali ini kita rancang operasi kita dengan baik supaya setiap pendatang tanpa izin di Sabah akan dihantar pulang ke negara asal mereka,” kata beliau.

    ReplyDelete
  8. Pihak berkuasa mula menghalau rakyat Projek i.C!October 17, 2013 at 10:21 PM

    Operasi besar-besaran membanteras pendatang tanpa izin dilakukan oleh kerajaan persekutuan yang menyahut dengan positif seruan tidak putus-putus tokoh politik negeri dan mereka yang ingin menyelesaikan masalah ini sama sekali.

    Apa yang dilihat sebagai kelegaan bagi lebih tiga juta penduduk di Sabah, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan baru-baru ini bahawa operasi menghantar pulang antara 100,000 dan 150,000 pendatang tanpa izin di Sabah akan bermula bulan depan.

    ReplyDelete
  9. Pihak berkuasa mula menghalau rakyat Projek i.C!October 17, 2013 at 10:21 PM

    Rancangan besar-besaran untuk membanteras pendatang tanpa izin, dengan peruntukan kira-kira RM50 juta, bertujuan untuk menangkap semua warga asing yang tidak memiliki dokumen pengenalan sah, sama ada dari Filipina atau Indonesia.

    ReplyDelete
  10. Pihak berkuasa mula menghalau rakyat Projek i.C!October 17, 2013 at 10:22 PM

    Semua kelompok masyarakat, khasnya penduduk tempatan mengalu-alukan tindakan ini, dengan harapan masalah pendatang tanpa izin tidak lama lagi akan ditangani keseluruhannya.

    Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak berkata tindakan ini menunjukkan komitmen kerajaan persekutuan untuk membebaskan Sabah daripada pendatang tanpa izin.

    ReplyDelete
  11. Pihak berkuasa mula menghalau rakyat Projek i.C!October 17, 2013 at 10:22 PM

    “Kita harap tindakan ini akan membawa satu cahaya harapan kepada penduduk di negeri ini. Pada masa ini penduduk Sabah pada hakikatnya mahu masalah ini tamat sama sekali,” kata beliau kepada Bernama, di sini kelmarin.

    ReplyDelete
  12. Pihak berkuasa mula menghalau rakyat Projek i.C!October 17, 2013 at 10:22 PM

    Salleh, yang juga presiden Pertubuhan Bersatu Bajau Sabah (Usbo) mencadangkan operasi besar-besaran terhadap pendatang tanpa izin dilakukan pada setiap masa untuk mencapai hasrat yang didinginkan bagi kebaikan penduduk dan negeri ini.

    ReplyDelete
  13. Pihak berkuasa mula menghalau rakyat Projek i.C!October 17, 2013 at 10:23 PM

    Bagaimanapun, kerajaan menghadapi banyak cabaran dalam menangani isu pendatang tanpa izin, dan masalah paling besar yang akan dihadapi negeri ini ialah mereka akan kembali lagi kerana mereka sangat sukar memperoleh pekerjaan di Filipina.

    ReplyDelete
  14. Pihak berkuasa mula menghalau rakyat Projek i.C!October 17, 2013 at 10:23 PM

    Dilihat sebagai sebuah lombong emas oleh pendatang tanpa izin, Sabah ialah lokasi yang paling strategik dan mudah untuk mereka datang ke sini dengan majoritinya dari Filipina dan Indonesia.

    Sungguhpun Sabah dibanjiri dengan pendatang tanpa izin, masih ramai pekerja asing yang memasuki negeri ini secara sah.

    ReplyDelete
  15. Pihak berkuasa mula menghalau rakyat Projek i.C!October 17, 2013 at 10:23 PM

    “Saya masuk dan keluar dari Sabah sejak 20 tahun lepas dan saya tidak pernah cuba masuk ke negeri ini secara tidak sah. Bila saya datang ke sini, saya gunakan pasport saya dan mohon untuk pas kerja,” kata Mienral Tadlan Bundaon, 38, dari Sanga-Sanga Bongao, Tawi-Tawi, selatan Filipina.

    Beliau berkata warga asing tidak ada masalah bekerja di sini jika mereka datang dengan dokumen yang diperlukan.

    ReplyDelete
  16. Pihak berkuasa mula menghalau rakyat Projek i.C!October 17, 2013 at 10:24 PM

    “Pada hakikatnya, sejak dua dekad lepas, pihak berkuasa Malaysia tidak pernah mengganggu saya, hanya kerana saya ada pas kerja. Saya boleh ke sini dan ke sana dengan bebas tanpa sebarang gangguan. Kita semua perlu menghormati undang-undang negara ini,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum menaiki pesawat ke Clark, Manila.

    ReplyDelete
  17. Pihak berkuasa mula menghalau rakyat Projek i.C!October 17, 2013 at 10:24 PM

    Ditanya apa rasionalenya melancarkan operasi besar-besaran ini untuk membanteras pendatang tanpa izin di Sabah, Mienral berkata undang-undang imigresen ialah satu undang-undang yang diterima di seluruh dunia, sambil menambah “rakyat Malaysia juga perlu memiliki pasport dan mohon pas kerja jika mereka mahu bekerja di Filipina dan sebab itulah selama ini saya tidak pernah melanggari undang-undang imigresen Malaysia”.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.