Monday, June 17, 2013

Usulkan Undi Tidak Percaya Terhadap Najib

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sumpah, lafaz dan tindak-tanduk beliau [Datuk Seri Najib] semenjak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri mengukuhkan lagi justifikasi untuk usul undi tidak percaya terhadap beliau dibentangkan dalam sidang Parlimen yang akan datang ini.

“Usul yang dicadangkan adalah di atas pertimbangan salah laku dan ketidakpatuhan kepada peruntukan Perlembagaan dan undang-undang negara dan bukan di atas pertimbangan politik,” katanya dalam surat terbuka kepada Anwar.

Surat sama dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau juga berpendapat bahawa kenyataan “tsunami Cina” yang diutarakan Najib selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak sepatutnya dilafazkan oleh seorang Perdana Menteri berbilang kaum.

Tambah Mat Zain, Najib telah menghina Yang di-Pertuan Agong [Tuanku Mizan Zainal Abidin] ketika upacara majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada 3 April 2009 dengan menggunakan sumpah yang direka sendiri.

‘Membelakangkan Perlembagaan’

“Tindakan Datuk Seri Najib sedemikian itu bukan sahaja membelakangkan peruntukan Perlembagaan, bahkan beliau turut menghina kepercayaan YDP Agong terhadap beliau,” katanya.

Menurut beliau, sekiranya di hari pertama memegang jawatan tersebut Najib telah sanggup berbohong di hadapan YDP Agong dan rakyat Malaysia, maka apatah lagi, di hari-hari yang berikutnya.

“Justeru itu, beliau tidak layak melaksanakan fungsi jawatan Perdana Menteri semenjak 3 April 2009 lagi. Sebarang perkara yang beliau lakukan atas sifat seorang Perdana Menteri boleh dianggap sebagai tidak sah kerana tidak mengikut sepertimana peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Menambah burukkan lagi, tambah Mat Zain, ialah apabila Najib mengikrarkan dua afidavit di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah pada 21 dan 23 Sept 2011, yang difailkan dan dikemukakan dalam Mahkamah Tinggi berkaitan kes liwat yang kini berada di peringkat rayuan.

“Dalam affidavit-affidavit berkenaan, Datuk Seri Najib telah mengikrarkan nama seperti yang terkandung dalam kad pengenalan beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Nama ini adalah bercanggah dengan nama yang beliau lafazkan di hadapan YDP Agong ketika mengangkat sumpah jawatan iaitu Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak,” katanya.

Tambah beliau, selain daripada percanggahan nama, Najib telah mengikrarkan dua kenyataan mustahak berasingan yang boleh dibuktikan sebagai kenyataan yang tidak benar atau palsu.

‘Keterangan palsu’

“Membuat kenyataan secara bersumpah yang tidak benar adalah sama dengan memberi keterangan palsu di mahkamah.

“Bukan sahaja beliau telah melakukan kesalahan jenayah terhadap keadilan awam kerana membuat kenyataan bersumpah palsu, malahan beliau turut boleh disifatkan sebagai telah mengingkari atau membelakangkan hukum Islam,” katanya.

Tambah Mat Zain, keengganan Najib menjadi saksi dalam perbicaraan yang dinyatakan di atas telah menyebabkan kedua-dua pihak yang menuduh dan tertuduh tidak mendapat pembicaraan yang adil dan sempurna.

“Mengikut kefahaman saya, dengan sengaja mengelakkan diri daripada menjadi seorang saksi yang adil adalah dosa besar, kerana boleh membawa kezaliman kepada orang dituduh melakukan kesalahan,” katanya. -FMT

13 comments:
Write comments
  1. Anwar tidak dapat menjadi PM kerana Najib!October 17, 2013 at 10:45 PM

    Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memfitnah dan menyerang peribadi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pemimpin nombor dua negara itu merupakan penghalang besar untuk Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  2. Anwar tidak dapat menjadi PM kerana Najib!October 17, 2013 at 10:46 PM

    Bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, Anwar menggunakan taktik tersebut dengan matlamat mencemarkan imej dan maruah Najib bagi mengelakkan Najib menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  3. Anwar tidak dapat menjadi PM kerana Najib!October 17, 2013 at 10:46 PM

    Menurut Ezam, semasa masih berkuasa dalam kerajaan dan UMNO, Anwar pernah mengakui bahawa Najib merupakan seorang pemimpin yang pintar, cerdik dan berwibawa.
    “Anwar pernah menceritakan beberapa kali kepada saya mengenai kepintaran dan kecerdikan Najib sebagai seorang ahli politik.

    ReplyDelete
  4. Anwar tidak dapat menjadi PM kerana Najib!October 17, 2013 at 10:46 PM

    Bagi saya, inilah puncanya Anwar bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Najib lebih-lebih lagi dalam keadaan Anwar semakin terdesak sekarang,” kata Ezam kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    ReplyDelete
  5. Anwar tidak dapat menjadi PM kerana Najib!October 17, 2013 at 10:47 PM

    Beliau menambah: “Semasa Anwar menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada awal 1980-an, beliau mengakui tahap kebijaksanaan Najib yang ketika itu merupakan salah seorang Exco Pemuda yang jauh lebih bijak jika dibandingkan dengan exco-exco yang lain.”

    ReplyDelete
  6. Anwar tidak dapat menjadi PM kerana Najib!October 17, 2013 at 10:47 PM

    Mengulas siri tindakan Anwar yang kini berhadapan dengan krisis peribadi ekoran laporan liwat yang dibuat oleh pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan baru-baru ini, Ezam berkata: “Anwar sememangnya mengakui kehebatan yang ada pada Najib.’’

    ReplyDelete
  7. Anwar tidak dapat menjadi PM kerana Najib!October 17, 2013 at 10:47 PM

    Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda PKR memberitahu, serangan yang dilakukan oleh Anwar terhadap Najib terutama berkaitan isu Altantuya Shaariibuu telah lama bermula sejak sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu tetapi ia tidak seagresif sekarang.
    “Kedudukan Najib pada masa ini cukup selesa iaitu hanya menunggu proses peralihan kuasa berlaku dan haluan perjalanan politik Najib berbeza dengan Anwar.

    ReplyDelete
  8. Anwar tidak dapat menjadi PM kerana Najib!October 17, 2013 at 10:48 PM

    Anwar sekarang berada dalam keadaan buntu dan terdesak. Dia kata sebanyak 30 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) akan lompat parti sedangkan dakwaan itu tidak berlaku.
    “Bulan September semakin hampir dan peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kini semakin samar kerana strateginya untuk menarik ahli Parlimen BN menyertai pembangkang tidak menjadi,’’ katanya.

    ReplyDelete
  9. Anwar tidak dapat menjadi PM kerana Najib!October 17, 2013 at 10:48 PM

    Berdasarkan maklumat yang diterimanya, Ezam mendedahkan tidak sampai sepuluh orang ahli Parlimen BN ‘mungkin’ akan lompat parti.
    Jumlah itu tidak cukup untuk membolehkan pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar membentuk kerajaan kerana pada masa ini BN mempunyai 140 ahli Parlimen manakala pakatan pembangkang hanya memiliki 82 orang wakil rakyat.

    ReplyDelete
  10. Anwar tidak dapat menjadi PM kerana Najib!October 17, 2013 at 10:49 PM

    “Saya guna istilah ‘mungkin’ kerana kemungkinan ia berlaku mungkin ya dan mungkin tidak. Pas sendiri menekan Anwar iaitu Pas mahu memastikan mereka yang lompat parti adalah orang Melayu. Masalah ini juga merunsingkan Anwar,’’ ujarnya.
    Sehubungan itu, Ezam berkata, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menggunakan taktik serangan peribadi terhadap Najib berhubung isu Altantuya walaupun faktanya terlalu longgar.

    ReplyDelete
  11. Anwar tidak dapat menjadi PM kerana Najib!October 17, 2013 at 10:49 PM

    Beliau berkata, semua pihak dalam UMNO harus bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mempertahankan kewibawaan dan imej UMNO.
    “Jangan biarkan UMNO terus diserang dengan tuduhan yang bukan-bukan.

    ReplyDelete
  12. Anwar tidak dapat menjadi PM kerana Najib!October 17, 2013 at 10:52 PM

    Yang diserang sekarang ialah pemimpin nombor dua negara dan parti. Jangan biarkan Anwar menyerang pemimpin dan parti kita dengan sewenang-wenangnya. Kita wajib mempertahankan maruah pemimpin dan parti kita,’’ tegasnya.
    Beliau berkata, umum mengetahui Anwar seorang ahli politik yang licik

    ReplyDelete
  13. Anwar tidak dapat menjadi PM kerana Najib!October 17, 2013 at 10:54 PM

    war bijak membentuk persepsi yang mana dengan persepsi ini beliau mampu mempengaruhi rakyat. Sebagai pemimpin parti, kita tidak boleh membiarkan persepsi itu berleluasa.
    “Pemimpin UMNO wajib bangun berikan penjelasan bahawa persepsi itu tidak betul. Najib tiada kaitan langsung dengan Altantuya. Apa yang dibangkitkan oleh Anwar itu adalah satu rekaan semata-mata,’’ katanya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.