Saturday, June 15, 2013

Video Seks, Wakil Rakyat DAP Jadi Sasaran

Adun Senawang dari DAP, P Gunasekaran menafikan dirinya adalah individu dalam video seks yang tersebar dalam Youtube.

Dua video seks berdurasi 1 minit 18 saat dan 3 minit 15 saat yang bertajuk 'Wakil Rakyat DAP Guna Scandal' dan ‘Wakil Rakyat DAP Guna Scandal 03’ itu dimuat naik di Youtube pada 1 dan 2 Mei lalu.

Video pertama memaparkan seorang lelaki yang didakwa menyerupai Gunasekaran sedang duduk memakai tuala sambil memegang telefon bimbit di sebuah bilik.

Manakala video kedua menunjukkan lelaki itu mula membuka tualanya dan melakukan 'aksi panas' dengan seorang wanita.

Bagaimanapun, wajah lelaki itu kelihatan kurang jelas berikutan suasana yang bilik gelap.

Gunasekaran berkata, beliau dimaklumkan tentang penyebaran video seks itu oleh rakan-rakannya sebelum kempen PRU13 lalu.

"Saya sudah melihatnya dan lelaki dalam video itu, bukan saya.

Saya juga tidak kenal wanita dalam video itu.

"Saya percaya kewujudan video ini adalah bermotif politik kerana disebarkan ketika musim kempen PRU lalu,” katanya.

Gunasekaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, video itu disebar untuk memfitnah dirinya di samping menjatuhkan karier politik beliau.

“Saya tidak tahu siapa yang buat dan sebarkan video ini.

Boleh jadi orang politik yang mahu menjatuhkan karier saya.

“Mungkin ia dilakukan parti lawan dan boleh jadi juga dilakukan orang dalaman parti saya sendiri,” katanya.

Menurutnya, satu laporan polis akan dibuat dan dia bercadang melantik peguam untuk bawa perkara itu ke muka pengadilan.

“Saya sedih dengan penyebaran video ini, begitu juga isteri dan dua anak saya.

"Penyebaran video ini telah menjejaskan maruah keluarga saya," katanya.

Katanya, beliau tetap akan teruskan khidmat sebagai wakil rakyat meskipun penyebaran video tersebut telah menjejaskan imej bersihnya sebelum ini.

“Rakyat menjadi keutamaan saya.

Mereka kenal siapa saya kerana sudah lama saya terlibat dalam dunia politik," katanya.

Gunasekaran berkhidmat sebagai wakil rakyat di Dun Senawang sejak PRU12 dan berjaya mengekalkan kerusi yang disandangnya pada PRU13 lalu apabila menang dengan memperoleh 9,010 undi mengalahkan calon BN, Choong Vee Hing (4,205 undi) dan calon Bebas, S Karthigesan (120 undi).

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke Siew Fook mendakwa, video itu sengaja disebarkan sebelum kempen PRU13 yang lalu bagi menjatuhkan imej dan reputasi Adun Senawang itu.

“Video tersebut telah disebarkan sejak sebulan yang lalu dan digembar-gemburkan untuk menjatuhkan imej bersih Gunasekaran.

“Saya percaya lelaki dalam video tersebut bukanlah Gunasekaran dan ia sengaja direka untuk memfitnah beliau," dakwanya.

Siew Fook berkata, beliau telah menasihatkan Gunasekaran supaya membuat laporan polis segera berhubung penyebaran video tersebut.

“Setakat ini kita tidak tahu siapa yang membuat dan menyebarkan video itu.

"Kita serah kepada polis untuk buat siasatan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai bijak menilai apa yang berlaku.

"Saya fikir rakyat tahu perkara sebenar dan tidak akan layan tuduhan dan fitnah sebegini," katanya lagi. -SH

35 comments:
Write comments
  1. Rakyat disaran untuk menolak terus politik yang berbentuk ganas dan lucah agar keadaan itu tidak menjadi budaya politik di negara ini.

    ReplyDelete
  2. Gejala politik ganas dan lucah seperti serang peribadi lawan dalam kempen politik dengan fitnah seks bertujuan aibkan dan menjatuhkan maruah individu yang disasarkan semakin menjadi-jadi.

    ReplyDelete
  3. Rakyat harus mengisytiharkan perang ke atas politik seperti ini yang akan menghina maruah dan integriti politik negara di mata dunia

    ReplyDelete
  4. Menurut Presiden Teras, Mohd Azmi Abd Hamid, semua pihak terutamanya pihak berkuasa tidak sepatutnya membiarkan budaya intimidasi agar huru-hara tidak berlaku di negara ini.

    ReplyDelete
  5. Mengulas mengenai memilih kepimpinan yang tepat dan menolak serangan peribadi yang berbentuk lucah, Mohd Azmi berpendapat, rakyat perlu bijak menilai dengan diselarikan amalan demokrasi yang dituntut Islam.

    ReplyDelete
  6. Agama menolak untuk kita membudayakan politik fitnah dan lucah ini, bukan sahaja individu itu saja yang malu tetapi seluruh negara juga mendapat aib

    ReplyDelete
  7. Paling mutakhir dan terkini serta yakin dengan slogan ‘Ini Kalilah’ Pas terus gagal walaupun terpaksa menumpang kekuatan DAP dan PKR. Sebagai parti paling senior dalam Pakatan Rakyat dan keanggotaan terbesar, Pas hanya mampu memperoleh 21 kerusi Parlimen berbanding DAP dan PKR yang masing-masing peroleh 38 dan 28 kerusi.

    ReplyDelete
  8. Begitulah takdir menimpa Pas. Di sebalik doa demi doa, solat Hajat demi solat Hajat daripada pemimpin berimej agama yang cukup tebal dan jarang menanggalkan jubah dan serban, Pas terus gagal menunjukkan peningkatan nyata, baik ketika berlawan secara sendirian atau bergabung dengan orang lain.

    ReplyDelete
  9. Walaupun sudah tersurat bagi Pas ‘habuk pun tarak’, namun pemimpin, ahli dan penyokong Pas nampaknya enggan menerima takdir walaupun mempercayai qadak dan qadar adalah satu daripada Rukun Iman.

    ReplyDelete
  10. Nampaknya sementara Anwar boleh menerima takdir yang baik menjadi TPM, namun enggan pula menerima takdir malang dipecat dari jawatan kerajaan dan parti serta dipecat dari Umno pada 1998. Anwar mencetuskan kegelisahan awam dan menyebabkan kacau-bilau dengan kempen ‘reformasinya’.

    ReplyDelete
  11. Tanpa disedarinya, orang mula sangsi tentang Anwar yang selama ini mempergunakan ayat Quran dan hadis bagi mengaburi mata rakyat, terutama orang Melayu apabila terang-terang cuba menentang perjalanan takdir. Dalam keghairahan memetik kata-kata Abul Ala Al-Maududi, Yusof Qardawi, Anwar terlupa kata-kata Kahlil Gibran, “Manusia tidak boleh mengubah takdir sebagaimana bintang di cakerawala tidak boleh mengubah orbitnya.”

    ReplyDelete
  12. Kini, bak kata orang, secara retrospektif, rakyat mula menyangsikan keupayaan Anwar menjadi TPM waktu dalam Umno jika dibanding dengan Tun Ghafar Baba. Ghafar sebenarnya memang jauh lebih hebat. Ia setia pada parti dan tidak rosakkan parti berbanding Anwar. Dari aspek moral, semua tahu Pak Ghafar seorang insan yang mulia.

    ReplyDelete
  13. Begitulah mekanisme takdir yang bersifat halimunan. Jika ditentang sekalipun, ia tetap tidak mengubah apa-apa. Apakah peluang Anwar dalam PRU14 nanti? Ketika itu usianya sudah menjangkau 71 tahun. Kalau berdasarkan peristiwa yang memberikan justifikasi kepada kejayaan dan kegagalan masa lalu, nampaknya jalan untuk Anwar ke Putrajaya dihalang tembok-tembok tebal dan kabus gelap.

    ReplyDelete
  14. kempen Black 505 yang dicetuskan oleh beliau sebagai bantahan kepada takdir Tuhan mungkin disokong oleh mereka yang imannya mengenai qadak dan qadar adalah cakap tak serupa bikin, tapi hakikat sebenarnya Black 505 adalah catatan pendahuluan kepada episod hitam terakhir bagi Anwar sebelum terus pudar dan lenyap serta terpadam sama sekali dalam sejarah politik Malaysia. Mungkin ketika itu nanti Anwar akhirnya dapat menerima takdir betapa kerusi PM bukan ditentukan untuknya

    ReplyDelete
  15. Penyokong anwar sudah pasti tidak ada qada dan qadar...kebykan kafir...yg ada mungkin iman boleh dibeli....

    ReplyDelete
  16. Dibelakang anwar skrg hanyalah org2 cina. Kebanyakan bumiputra sudah nmpk bersatu. Hanya segelintir yg bersama pakatan

    ReplyDelete
  17. Anwar ibarat berita basi, baik sahaja di buang kedalam tong sampah.

    ReplyDelete
  18. akhirnya anwar keseorangan menangisi nasib badan...hikk hikk

    ReplyDelete
  19. Amat malang sekali apabila media digunakan sewenang-wenangnya oleh parti berkuasa untuk memburukkan parti lawan serta menaikkan imej parti sendiri. Kebebasan media hanya jadi omongan kosong saja waktu ini. Berita yang seharusnya jadi wadah penyebar maklumat bertukar menjadi agen parti berkuasa yang paling rakus menyebar segala propaganda busuk penguasa.

    ReplyDelete
  20. Rakyat yang dikekang selama ini dengan budaya porno, kini dihalalkan demi pengekalan kuasa politik. Video sumbang kini jadi tontonan hadirin yang datang menghadiri ceramah kempen. Tidak cukup sekadar itu, sumpah seranah, cercaan dan makian semua dihalalkan sempena kempen pilihanray

    ReplyDelete
  21. Sesungguhnya kempen berunsur lucah dan kotor melalui strategi politik telanjang serta kempen menakut-nakutkan rakyat dengan bermacam strategi hasutan adalah ketinggalan. Pengundi muda hari ini menuntut politik yang matang lagi bijak. Rakyat muda mahukan politik yang membentangkan rajah hakikat serta angka fakta.

    ReplyDelete
  22. Bo sdra mabuk todi kah apa kaitan ulasan anda dengan tajuk artikel di atas

    ReplyDelete
  23. bo..dah ambil ubat kahhh..meroyan semacam

    ReplyDelete
  24. Gitu lh bila kesalahan di biar berlaku berulang ulang..maka ia d anggap sudah tidak lagi menjadi kesalahan ..

    Hari ini orang menganggap perkara itu perkara biasa..x sape ambil peduli....

    Walhal yg melakukan itu salah yang menghebahkan itu salah dan yang membiarkan itu pun salah...

    Jadi semua serba salah....

    Kah kah kah

    Jgn Maree.....

    ReplyDelete
  25. pemimpin pembangkang mmg suka buat sex

    ReplyDelete
  26. China Doll + DAP = DAPigOctober 20, 2013 at 9:08 PM

    The entertainment for an organized DAP dinner near Kg. Telemong, Bentong on 17 Novembers 2012 was foiled. It was abruptly cancelled by the organizers because local PAS members strongly opposed the concert.

    ReplyDelete
  27. China Doll + DAP = DAPigOctober 20, 2013 at 9:12 PM

    According to insider sources, part of the dinner event planned was a forum where DAP and PAS leaders share a stage designed to spread their politics to local folks.

    ReplyDelete
  28. China Doll + DAP = DAPigOctober 20, 2013 at 9:12 PM

    The dinner plus the planned entertainment was supposed to hype the event and tens of thousands Ringgit was spent to get several Chinese singers and songstress to entertain audience. One of the songstress was ‘dressed inappropriately’ and local PAS members protested as soon as she finished performing.

    ReplyDelete
  29. China Doll + DAP = DAPigOctober 20, 2013 at 9:13 PM

    Kg. Telemong is a Chinese new village.

    As a consequence, on 11 December 50 local Chinese kampung folks staged a demonstration in anticipation the arrival of DAP Supremo Emperor-for-Life Lim Kit Siang.

    ReplyDelete
  30. China Doll + DAP = DAPigOctober 20, 2013 at 9:14 PM

    Their leader, a village head Lee Shu Ren tried to complain to Lim about the abrupt cancellation of the enetrtainment during the 17 November concert but the latter ignored the matter.

    ReplyDelete
  31. China Doll + DAP = DAPigOctober 20, 2013 at 9:14 PM

    The abrupt cancellation of the entertainment for the dinner is a demonstration that DAP Chinese Chauvinists ways are not acceptable to the conservative PAS especially in the rural areas and it is obvious between the two, they don’t have a middle point.

    ReplyDelete
  32. China Doll + DAP = DAPigOctober 20, 2013 at 9:14 PM

    The two parties are ideologically, culturally and set values on the opposing end. They don’t seem to have a common focal point except the desire to oust BN for power.

    ReplyDelete
  33. China Doll + DAP = DAPigOctober 20, 2013 at 9:15 PM

    Most importantly, Emperor-for-Life Lim are not ready to meet the grouses of DAP grassroots even in a Chinese turf like Kg. Telemong.

    ReplyDelete
  34. China Doll + DAP = DAPigOctober 20, 2013 at 9:15 PM

    In Pahang, they are the minority. Even if the Opposition Pact manage to wrest over the state, the Menteri Besar would naturally comes from PAS.

    ReplyDelete
  35. China Doll + DAP = DAPigOctober 20, 2013 at 9:16 PM

    It is obvious that DAP leaders would not attend to the political grievance of local Chinese at the expense of their relationship with PAS masters.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.