Saturday, June 19, 2010

Ambulans terbakar, dua wanita mengandung selamat

TAWAU, – Dua wanita yang sarat mengandung nyaris maut apabila ambulans yang mereka dinaiki terbakar selepas bertembung dengan sebuah kereta di simpang empat dekat Takada di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Tawau Supt Imran Abd Rahman berkata insiden pukul 1.40 petang itu dipercayai berpunca daripada sikap pemandu kereta tidak mengendahkan siren ambulans yang membawa kedua-dua wanita ke Hospital Tawau.

Beliau berkata pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 28 tahun, cedera ringan manakala anaknya yang berusia tujuh tahun, patah tangan kiri.

Kesemua mangsa yang cedera, pemandu dan penumpang ambulans terbabit termasuk seorang jururawat dan pembantunya, kemudiannya dibawa ke hospital berkenaan oleh orang awam yang kebetulan lalu di tempat kejadian.

Sementara itu, tiga unit kediaman tingkat tiga sebuah rumah kedai di Bandar Sabindo musnah dalam satu kebakaran kira-kira pukul 12 tengah hari.

Pegawai Kanan Bomba Tawau Rosli @ Ambrose Tuzan, pihaknya menerima panggilan pada 12.14 tengah hari dan dua jentera dengan 20 anggota yang dikerah ke tempat kejadian berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 40 minit.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih disiasat. – Bernama

8 comments:
Write comments
  1. Other road users are suppose to make way for ambulance when they heard the sirens. This is the law.

    ReplyDelete
  2. diharapkan, semua orang awam tahu apa yang patut dilakukan sekiranya terbegar bunyi siren kecemasan. berilah keutamaan untuk memberi laluan kepada kenderaan kecemasan tersebut.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. pengguna jln raya seharusnya memberi laluan kepada ambulans yang membunyikan siren, bagaimanapun, syukurlah mereka selamat,

    ReplyDelete
  5. Road users should know better to make way for the ambulance.. they should not ignore the siren.

    ReplyDelete
  6. Syukur jugalah semua selamat.. Jadi harap2 hal ni bagi pengajaran kepada semua pengguna jalan raya utk lebih bertoleransi sesama sendiri terutamanya bila dengar bunyi siren :)

    ReplyDelete
  7. Apapun, next time janganlah ignore bunyi siren ya, nanti lain pula kejadiannya... palis2..

    ReplyDelete
  8. Luckily the two pregnant woman are fine. I hope the public will take this as a lesson to be learned.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.