Tuesday, June 29, 2010

Muis cadang sesi sekolah petang ditamat awal bulan Ramadan

TAWAU Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), Datuk Syed Abas Syed Ali mencadangkan kepada kerajaan supaya sesi persekolahan petang di Sabah ditamatkan lebih awal pada bulan Ramadan bagi membolehkan pelajar dan ibubapa menjalani ibadah puasa dengan selesa.

Syed Abas berkata ada sesetengah kawasan di Sabah, khususnya di Pantai Timur negeri itu yang waktu berbukanya ialah kira-kira 5.48 petang namun persekolahan sesi petang biasanya cuma selesai pada jam 6 petang.

Katanya ramai pelajar sekolah sesi petang di Sabah terpaksa berbuka di sekolah dengan hanya memakan gula-gula kerana sesi persekolahan mereka belum selesai.

“Di Sabah, ini bukan masalah kecil tetapi masalah besar. Jadi saya minta kerajaan supaya membenarkan pelajar pulang lebih awal dengan masa tersebut dipotong daripada masa rehat. Maknanya sesi pembelajaran pada masa rehat diteruskan,” katanya. Ataupun katanya masa persekolahan yang diambil untuk membolehkan pelajar balik awal pada bulan berkenaan digantikan pada hari Sabtu bulan yang lain.

Beliau berkata sekiranya waktu balik bekerja ibu bapa diawalkan sejam iaitu kira-kira 4.30 petang manakala sesi persekolahan berakhir pada jam 5 petang pada bulan Ramadan ibu bapa dan anak-anak mereka akan dapat berbuka puasa dan melaksanakan ibadah lain bersama-sama.

“Saya sudah bercakap berkenaan perkara ini berulang kali. Saya rasa kerajaan perlu lakukan ini. Selaku pengerusi Muis, kita berilah penghormatan kepada agama (Islam),” katanya.

Syed Abas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Mini Ekspo Kerjaya dan Latihan anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Sabah di Kampung Blok 31, di sini kelmarin.

Mengenai isu Sungai Balung yang tercemar disebabkan penyaluran bahan kotoran dari sebuah pusat ternakan babi berhampiran, Syed Abas berharap pihak Majlis Perbandaran Tawau dapat mengambil tindakan memindahkan kawasan ternakan itu ke tempat lain.

Katanya lokasi kandang babi berkenaan tidak sesuai di kawasan itu kerana ramai penduduk kampung masih menggunakan sumber air dari Sungai Balung untuk aktiviti harian mereka. -NST

14 comments:
Write comments
  1. kerajaan wajar mempertimbangkan cadangan yang dibuat oleh pengerusi muis ini memandangkan waktu berbuka di Sabah tidak sama dengan negeri2 lain. lagipun ianya hanya untuk sementara dan tidak akan menjejaskan proses pembelajaraan..

    ReplyDelete
  2. Biasanya pihak sekolah akan membenarkan murid pulang awal jika ada apa-apa ibadah ataupun perayaan istimewa.

    ReplyDelete
  3. cadangan tersebut harus diteliti oleh kementerian berkenaan sebelum melaksanakannya...

    ReplyDelete
  4. selain itu, berhubung dengan isu sg.balung yang tercemar, harap kerajaan akan segera mengambil tindakan yang sewajarnya........

    ReplyDelete
  5. harap cadangan ini akan diterima bagi memudahkan pelajar2 muslim berbuka puasa.

    ReplyDelete
  6. cadangan ini memang patut difikirkan oleh kerajaan. ini berkaitan dengan perhubungan dan kemesraan ibubapa dan anak-anak semasa bulan ramadhan. harap cadangan ini akan dapat dipertimbangkan oleh kerajaan untuk ekabikan semua rakyat sabah.

    ReplyDelete
  7. Cadangan pengerusi Muis harus dipertimbangkan. Kesian juga tengok ramai pelajar sekolah sesi petang terpaksa berbuka di sekolah dengan hanya memakan gula-gula.

    ReplyDelete
  8. Saya tak kisah, mana2 ja yang penting semua pihak puas hati :)Apapun buatlah pertimbangan yg sewajarnya k.

    ReplyDelete
  9. Good proposal. I hope this should be considered by the Ministry and Govt. :)

    ReplyDelete
  10. Cadangan ini boleh dipertimbangkan. Lagipun kesian budak-budak sekolah.Maka kerajaan boleh mengkaji cadangan ini dengan teliti.

    ReplyDelete
  11. Terpenting semua orang gembira.

    ReplyDelete
  12. Saya berpendapat agar cadangan ini dapat dipertimbangkan untuk menamatkan masa tamat sekolah di awalkan hanya pada bulan Ramadhan ini sahaja.

    ReplyDelete
  13. Saya juga mencadagkan masa tamat sekolah dapat diawalkan pada pukul 5.00 petang setiap hari dan tidak hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Ia bagi mengelakkan sebarang kemungkinan akan berlaku terhadap pelajar sekolah terutamanya bagi mereka yang terpaksa balik ke rumah dengan berjalan kaki.

    ReplyDelete
  14. Lokasi ternakan babi yang diusahakan oleh pihak2 tertentu perlu dipindahkan ke kawasan yang lebih jauh daripada kawasan perkampungan dan tidak dibina berhampiran dengan sungai. Ia bagi mengelakkan dari pelbagai pencemaran berlaku seperti bau busuk dan pencemaran sungai dari sisa buangan ternakan dan mengundang pelbagai penyakit seperti JE dan sebagainya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.