Monday, June 28, 2010

Promosi 21: Menyertai Program PPC

Program Pay-Per-Click (PPC) adalah program pengiklanan berbayar yang disediakan oleh pihak enjin pencari. Pemilik laman web membayar sejumlah bayaran tertentu untuk membolehkan laman web mereka diiklankan di enjin pencari seperti Google atau Yahoo. Biasanya iklan berbayar ini akan muncul di sebelah kanan enjin pencari semasa anda membuat carian.

Terdapat banyak program Pay-Per-Click (PPC) yang berada di pasaran masa kini. Namun demikian, ada beberapa program PPC yang terkenal dan berkualiti dalam meningkatkan jumlah trafik ke laman web anda.

Antara program PPC tersebut ialah :

1. Google Adword – merupakan program PPC yang terkenal pada masa kini. Kepada mereka yang mempunyai modal yang sedikit adalah sesuai mengiklankan produk dan perkhidamatan mereka dalam program ini.

2. Yahoo Overture – program PPC Yahoo ini merupakan yang kedua terkenal di Internet. Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai modal yang sedikit.

3. MSN AdCenter – program PPC ini baru diperkenalkan dalam tahun 2006. Ini merupakan program pembangunan yang cepat yang dimiliki oleh syarikat Microsoft. Ia mempunyai ciri-ciri yang berkesan dalam mengiklankan produk dan perkhidmatan anda.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.