Monday, June 21, 2010

Promosi 16: Menggunakan Kuasa Instant Masengger (IM)

Instant Messanger (IM) atau mesej segera adalah satu bentuk komunikasi web atau komunikasi secara maya. Ia adalah satu kemudahan untuk berchating dengan rakan, ahli keluarga, pelanggan, rakan niaga dan sesiapa sahaja.


Nampaknya aplikasi IM terus mendapat perhatian pengguna Internet di seluruh dunia kerana boleh berkomunikasi menggunakan PC dengan kos yang rendah. Sesiapa sahaja boleh menggunakan perkhidmatan IM tanpa mengira batas sempadan sesebuah Negara. Sebahagian daripada aplikasi IM kini membolehkan anda berkomunikasi menggunakan suara dan video.


Contoh perkhidmatan Instant Messanger yang terdapat di Internet ialah seperti AOL Instant Messanger, Yahoo! Messanger, Google Talk (GTalk), ICQ, MSN Messanger, Jabber, dan iChat. Instant Messanger ini menyediakan dua pilihan samada menggunakan aplikasi yang dipasang di PC anda seperti “Yahoo! Messanger” atau yang berasaskan web seperti “AOL Instant Messanger”.


Kebanyakan daripada perkhidmatan Instant Messanger ini memerlukan anda mendaftar akaun email terlebih dahulu sebelum anda menggunakan pekhidmatan tersebut.


Komunikasi Internet ini penting apabila melibatkan dua pihak yang jauh dari segi lokasi atau rakan yang tidak dapat bertemu kerana sibuk atau kesuntukan masa. Perhubungan melalui IM juga boleh dijadikan satu altenatif dalam mengembangkan dan mempromosikan perniagaan Internet anda.

Jika anda mempunyai rakan dan mereka suka berchating, anda dan rakan anda boleh menggunakan aplikasi Instant Messanger ini. Kebiasaannya, rakan-rakan online mempunyai kecenderungan untuk bertanyakan perkembangan mengenai diri kita. Oleh itu, anda boleh mewar-warkan website anda kepada rakan anda itu. Apa sahaja kata-kata atau URL yang kita letakkan sebagai status kita semasa online pasti akan menarik minat mereka untuk mengetahuinya.


IM juga sebagai tempat yang mudah untuk membentuk keyakinan pembeli terhadap produk atau perkhidmatan yang anda jual. Ini kerana mereka dapat bantuan dan khidmat pelanggan secara terus daripada anda tehadap sesuatu persoalan yang timbul.


Perkara yang penting dalam menggunakan perkhidmatan ini, anda dinasihatkan supaya tidak mempromosikan perniagaan anda secara melulu terutamanya kepada mereka yang anda tidak kenali. Bertindak secara bijak dan beretika dalam berbincang sambil mempromosikan produk atau pekhidmatan anda. Berikan mereka keyakinan terhadap diri anda, produk dan perniagaan anda.


Jangan lupa memberikan URL anda kepada mereka untuk maklumat lanjut tentang perniagaan anda.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.