Sunday, June 13, 2010

SURAT TERBUKA WARTAWAN KEPADA SPRM SABAH



Tuan Pengarah, SPRM SABAH

MEMOHON SIASATAN TERHADAP ASP BONG KUET KHIUN

02. Saya Uhim Wong, No K/P: 410815-12-5254 selaku Pengurus Interior Journalist Agency Keningau juga mantan Pengerusi Wartawan Pendalaman Sabah pada hari ini (07 Mei 2010) jam 2.30 telah berjumpa dengan Tuan ASP Bong Kuet Khiun di Kedai Kopi Thien Wah berdekatan Pasaraya Milimewa lama yang sedang minum kopi bersama orang yang berkenaan. Beliau juga membawa sebuah beg berwarna hitam.

03. Apakah tujuan beliau datang ke Keningau pada setiap bulan terpulanglah kepada pihak berkuasa untuk menyiasatnya. Saya hanya bertanya bagaimana perkembangan kes kebakaran kereta saya daripadanya kerana sebelum ini kes tersebut adalah di bawah ASP Bong Kuet Khiun namun sehingga kini masih belum diselesaikan. ASP Bong Kuet Khiun menjawab, “Saya tidak lagi bertugas di Keningau, kau bertanya OCPD yang sekarang.”

04. Beliau juga berkata “CP telah memberi saya (Bong) surat. Saya (Uhim) tidak ada terima apa-apa surat. Saya (Uhim) berkata, “Kau ada kes pada tahun 1992 di Kota Kinabalu, dan pada tahun 1993 kau datang ke Keningau untuk bertugas. Saya sentiasa memberi sokongan kepada kau kerana kau sebagai seorang polis.” Saya pernah menyokong ASP Bong Kuet Khiun menjadi seorang pengerusi persatuan dan penasihat persatuan di Keningau malah semasa beliau (Bong) berkahwin, saya juga menjadi MC beliau.

05. Saya bertanya “Mengapa sehingga hari ini, tuan tidak mahu selesaikan kes kebakaran kereta yang telah berlaku.” Beliau berkata, “Saya tidak tahu, saya telah berpindah ke Lahad Datu.” Saya (Uhim) memberitahu ASP Bong Kuet Khiun, “Kau mempunyai banyak kes di Keningau dan tidak pernah membawa kes ke mahkamah. Jika banyak kes tidak dibawa ke mahkamah, bekas pegawai siasatan jenayah boleh diambil tindakan tatatertib dan diberhentikan tugas.

06. Saya berkata, “Kau uruskan kes pada tahun 2001 dan juga kes culik tetapi tidak dapat menang di mahkamah. Kedua-dua suspek ini akhirnya dibebaskan dan kau (Bong) tidak berpuas hati kerana mereka tidak memberi apa yang kau minta.” ASP Bong Kuet Khiun hanya berdiam dan tidak mahu bercakap apa-apa. Apabila saya menelefon kepada OCPD yang ada sekarang, (DSP Zahari Bin Mohamed) dan mahu beliau (Bong) menjelaskan mengapa sering datang ke Keningau, walaupun dua kali panggilan dibuat namun beliau masih enggan untuk bercakap di telefon dengan OCPD.

07. Dengan ini, saya meminta pihak polis mengambil tindakan dengan serius dan menyiasat adakah pegawai seperti ASP Bong Kuet Khiun telah menyalah guna kuasa untuk mengaut kekayaan kepada diri sendiri. Saya juga berharap pihak atasan mengambil tindakan serius dan diharap pihak polis juga dapat menyelesaikan kes kebakaran kereta saya SU 3703 dan juga kerosakan enjin kereta SAA 222# # (jenis Isuzu Trooper) agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini amat saya harapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

(UHIM WONG )
Pengurus Interior Journalist Agency
Keningau.

(NOTA: Surat ini telah dihantar kepada SPRM pada 7 Mei 2010, namun menurut pengadu belum ada sebarang siasatan terhadap pegawai yang dimaksudkan sehingga beliau mengirimkan sesalinan untuk disiarkan.)

Sumber : Sabahkini

13 comments:
Write comments
  1. kelakuan atau tindakan mana2 polis yang mencurigakan perlu disiasat. atau mana2 polis yang tidak mampu melindungi orang awam malah menyusahkan orang awam, perlu dikenakan tindakan. kita tidak mahu masalah2 seperti ini akan terus menjadi budaya sehingga memberi kesan negatif kepada negara.

    ReplyDelete
  2. SPRM perlu menyiasat dakwaan yang dibuat dalam surat tersebut. pihak polis yang terlibat dalam penyelewangan perlu diambil tindakan dgn segera.

    ReplyDelete
  3. SPRM haruslah mengambil tindakan dalam kes ini. Jangan biarkan pihak lain terlepas dengan begitu saja. Pihak yang terlibat dengan penyelewenagan kuasa haruslah ditangani.

    ReplyDelete
  4. SPRM harus siasat hal ini. SPRM harus mencari bukti adakah betul orang ini cakap. kemungkinan adalah betul kata2 ini, oleh itu SPRM cuba cari kenyataan orang ini.

    ReplyDelete
  5. kes ini perlu disiasat bagi mengesahkan maklumat yang ditulis.

    ReplyDelete
  6. kadang tu media boleh menulis perkara yang betul jadi tidak betul, dan yang salah boleh jadi betul, panas dan sensasi. sprm perlu menjawab perkara ini...dan jika sprm tidak dapat jawab dalam masa 2 minggu...lebih baik revise balik KPI sprm yang mementingkan mutu perkhidmatan!

    ReplyDelete
  7. salah guna kuasa patut dibawa ke muka pengadilan!

    ReplyDelete
  8. Power abuse. No surprise there. Sometime these kind of people doesn't know that karma and justice will hit them back in the nose. Maybe not justice but karma can be a b****..As they say, you can run from karma but you can never hide from it..If a policeman from higher rank found suspicious, he should be reported and investigated. I hope something can be done about this.

    ReplyDelete
  9. itulah yang terbaik..pesalah harus di bawa kemuka pengadilan..jangan dibiarkan saja..

    ReplyDelete
  10. SPRM harus bertindak dan mengabil tindakkan siasatan dalam kes ini. kemungkinan ini adalah benar atau kemungkinan salah. apa pun penyiasatan haruslah dilakukan terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  11. diharapkan pihak SPRM dapat membuat penyiasatan terhadap kes ini. setiap laporan yang dibuat adalah sesuatu yang patut disiasat bagi menentukan pihak tersebut adalah di tempat yang benar ataupun salah. selalunya kes2 kecil inilah yang menjadi bukti kesalahan pihak2 atasan yang mempunyai pangkat tinggi. Walaubagaimanapun, silakan pihak SPRM menjalankan tangunggjawab demi menegakkan keadilan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  12. Jika hal mencurigakan berlaku, bagus buatlah siasatan. Selepas siasatan dibuat barulah kita dapat pastikan apa yg salah & apa yg betul.

    ReplyDelete
  13. Stiap luahan yang wujud akibat tidak puas hati belum tentu benar kerana sudah lumrah manusia bila marah emosi menguasai akal fikiran. Apapun saya harap sprm akan beri perhatian serius terhadap hal ni demi kebaikan semua pihak.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.