Sunday, June 27, 2010

Promosi 20: Menggunakan Perkhidmatan Technorati.com

Satu daripada blog direktori yang terkenal ialah “technorati.com”. Ia merupakan satu direktori yang mendapat perhatian tinggi dari enjin carian kerana mempunyai maklumat terkini dan sentiasa dikemaskini.

Adalah satu penyesalan apabila anda tidak submit blog anda di technorati ini. Oleh itu, anda perlu submit blog anda ke direktori ini kerana ia cepat di “index” oleh enjin carian. Ini bermakna apabila enjin carian membuat crawling, blog anda juga akan di masukkan bersama ke dalam database enjin carian.

Di technorati ini ping boleh berjalan secara automatik setiap kali blog anda telah dikemaskini. Ini memboleh maklumat blog anda di index dengan cepat oleh enjin carian.

Melalui Technorati juga anda boleh mencari rakan (prospek), membentuk kumpulan, menghantar masej dan pelbagai lagi perkara yang boleh anda lakukan. Dengan cara ini ia akan dapat meningkatkan jumlah pelawat ke laman web anda seterusnya meningkatkan jumlah pendapatan anda.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.