Thursday, June 17, 2010

Sabah : UMNO & LDP rebut kerusi Dun Merotai?

Sebanyak 191 cawangan Umno Bahagian Kalabakan mahu supaya kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Merotai yang dipinjamkan kepada LDP dikembalikan kepada parti itu.

Ketuanya, Datuk Ghapur Salleh berkata usul ini telah sebulat suara dikemukakan semasa Persidangan Cawangan-cawangan Tahunan Umno bahagian Kalabakan yang berakhir pada 11 Jun lalu.

Beliau berkata rakyat di kawasan Merotai mengeluh mereka dianaktirikan selama dua penggal pilihan raya (PRU 11 dan PRU 12).

“Saya terima banyak aduan dari ahli-ahli Umno dan rakyat di kawasan Merotai, bahawa mereka dianaktirikan dan meminta saya selaku Ketua Umno bahagian untuk memanjangkan aduan mereka kepada pemimpin atasan di peringkat negeri dan pusat supaya kerusi Dun Merotai dikembalikan kepada parti Umno,” jelas Ghapur.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini kelmarin.

Menurut Ghapur dua kali pilihan raya LDP telah diberi mandat untuk menjadi wakil rakyat di sana, apa yang mengecewakan penduduk Melayu dan Bumiputera dianaktirikan.

“Rakyat mahu wakil rakyat yang boleh membantu mereka…saya khuatir pada PRU 13 akan datang Dun Merotai akan jatuh ke tangan pembangkang. Kita sedia maklum Parlimen Kalabakan amat kukuh kepada BN…jangan kerana denyutan nadi rakyat tidak didengari pihak atasan kita akan berputih mata pada PRU 13 akan datang,” tegas Ghapur.

Pada pilihan raya umum 2004 PRU ke 11, Wakil Rakyat Merotai ialah Tan Sri Liew Yun Fah daripada LDP dan pada tahun 2008 PRU 12, Liew tidak terpilih menjadi calon Dun Merotai dan Pang Yuk Min mengganti tempat beliau sebagai Wakil Rakyat di kawasan itu.

Sumber : NST

14 comments:
Write comments
  1. Even so, they still need to follow rules and the procedures.

    ReplyDelete
  2. harap UMNO memikirkan hal ini. jangan sampai jatuh ketangan pembangkang. ini adalah yang penting. suara rakyat haruslah di dengar juga.

    ReplyDelete
  3. Jika betul apa yang ditulis oleh penulis harap ada tindakan yang diambil oleh pihak tertentu. Emmm tapi jangan percaya 100% hasil penilisan kerana saya percaya ianya sedikit sebanyak dipengaruhi oleh emosi penulis.

    ReplyDelete
  4. penduduk di Merotai tidak seharusnya diabaikan, kepentingan mereka haruslah dijaga. ini perlu agar sokongan rakyat terhadap BN terus kukuh.

    ReplyDelete
  5. They should bring this matter to the State BN leadership so that it can be mediated...Both side should not making fuss over this small matter because it will only bad image to the BN coalition as a whole...

    ReplyDelete
  6. perkara ini berpotensi menimbulkan perbalahan antara parti komponen. LDP merupakan parti komponen BN dimana mereka sepatutnya mempunyai perjuangan yang sama, prinsip yang sama serta matlamat yang sama. mereka sepatutnya berkerjasama dan saling berinteraksi untuk mencari penyelesaian.

    ReplyDelete
  7. apapun, untuk mendapatkan sokongan rakyat, kerajaan perlu mengutamakan kepentingan rakyat. jika rakyat diabaikan, sokongan rakyat akan berbelah bagi.

    ReplyDelete
  8. jika benar LDP tidak mampu menyumbang kepada rakyat dan parti pemerintah, diharapkan ada tindakan selepas ini sebelum ianya terlambat.

    ReplyDelete
  9. untuk memastikan penduduk merotai memberi sokongan kepada BN, BN janganlah mengabaikan kepentingan mereka dan mendengar suara penduduk merotai. ini untuk kebaikan BN juga.

    ReplyDelete
  10. pemimpin atasan peringkat negeri perlu turun melihat sendiri apa sebenarnya yang berlaku di Merotai..

    ReplyDelete
  11. masalah yang dihadapi oleh rakyat di Merotai harus didengar dan diselesaikan...wakil rakyat yang berkenaan harus peka dan sensitif dan haruslah sentiasa dekat dengan rakyat agar setiap masalah yang dihadapi boleh diiktiharkan jalan penyelesaian..

    ReplyDelete
  12. diharap agar isu ini tidak dijadikan sebagai alat politik untuk kepentingan segelintir orang...apa yang penting adalah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat dan bukannya siapa yang berhak kepada kerusi Merotai.

    ReplyDelete
  13. Rakyat mestilah undi parti ayng terbaik...Janganlah rebut ini rebut itu. tanpa ikhlas, susahlah nak majukan negara.

    ReplyDelete
  14. Yes, I do hope the politicians would not bring up issues merely to be politicized. It annoys me to see them bickering and in the end, nothing is done to solve it.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.