Tuesday, June 22, 2010

Promosi 17: Menulis Newsletter Yang Effektif

Newsletter merupakan satu cara promosi yang menggunakan email. Ia dianggap sebagai satu alat yang paling berkesan dalam mempromosikan produk anda. Ia biasanya diterbitkan dengan pelbagai tajuk berlainan dan menarik.

Anda sebagai usahawan Internet perlulah menunjukkan kepakaran anda dengan menerbitkan newsletter sendiri. Dengan hasil titik peluh sendiri akan memberikan kepuasan kepada anda disamping anda belajar untuk menulis sesuatu yang terbaik.

Dalam newsletter itu juga anda boleh memberikan maklumat serta risalah-risalah percuma. Di Internet, sesuatu yang diberikan secara percuma akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelawat. Seberapa kerap anda memberikan sesuatu yang percuma atau bonus akan meningkatkan langganan pelawat kepada newsletter anda.

Satu cara untuk mendapatkan email pelawat dengan keizinan mereka ialah dengan menyediakan satu ruangan khas untuk pelawat mengisi maklumat mereka seperti email dan nama. Melalui senarai email inilah anda boleh menghantar maklumat menarik dan terkini kepada mereka mengikut waktu yang tertentu.

Dengan menyediakan newsletter ini, ia akan meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap produk dan perkhidmatan yang anda jual. Seterusnya akan menaikkan imej perniagaan anda dan pelawat tidak akan ragu-ragu membeli produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan.

Begitu juga anda boleh memberikan diskaun tertentu terhadap produk atau perkhidmatan anda yang akan datang kepada pembeli jika mereka selalu melanggan newsletter anda atau pernah membeli produk-produk anda.

Berlaku beberapa keadaan di mana pelawat tidak lagi datang ke laman web anda. Tetapi mereka masih melanggan newsletter anda. Walaupun mereka tidak lagi melawat laman web anda, anda masih boleh berhubung dengan mereka dengan memberikan maklumat menarik sambil menyelitkan produk dan perkhidmatan anda. Biasanya dengan “follow up” yang berterusan, pelawat akan membeli juga produk anda.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.