Tuesday, June 15, 2010

Piala Dunia: Itali 1, Paraguay 1

CAPETOWN: Juara Piala Dunia 2006, Itali dipaksa berkongsi mata dengan Paraguay selepas seri 1-1 dalam perlawanan bola sepak kumpulan F Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan di Stadium Green Point, sebentar tadi.

Paraguay mengejutkan pasukan Azzurri dengan mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil tandukan Alcaraz pada minit ke-39 daripada sepakan percuma.
Bagaimanapun, De Rossi menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-63 hasil sepakan sudut dengan mudah menolak masuk selepas tidak dikawal pemain Paraguay. -BH

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.