Sunday, June 13, 2010

Piala Dunia: England 1 Amerika Syarikat 1

RUSTENBURG: Kesilapan penjaga gol England, Robert Green memaksa England berkongsi mata dengan Amerika Syarikat pada perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Royal Bafokeng, Afrika Selatan, awal pagi tadi.

PENJAGA gol England, Robert Green kecewa selepas kesilapannya pada  minit ke-40 menyebabkan England berkongsi mata dengan Amerika Syarikat  pada perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Royal  Bafokeng, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Keputusan England, 1,  Amerika  Syarikat, 1. - Foto AFP

Cubaan pemain Amerika Syarikat, Clint Dempsey pada minit ke-40 yang menuju terus ke penjaga gol England gagal ditangkap kemas penjaga gol itu. England yang kerap mengasak kubu Amerika Syarikat selepas gol penyamaan itu bagaimanapun gagal membolosi gawang lawan dan memaksa perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Sebelum itu, pemain tengah England, Steven Gerrard berjaya menceriakan kem England selepas cubaannya pada minit keempat permainan menghasilkan gol pertama pasukannya.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.