Wednesday, June 23, 2010

Promosi 18: Gunakan kemudahan Lelong.com

Satu lagi pusat jualan Internet yang terkenal di Malaysia ialah “lelong.com.my”. Ia bertindak sebagai perantara antara anda sebagai pihak penjual dengan pihak pembeli. Terdapat pelbagai produk yang dijual di sini termasuklah produk fizikal dan produk maya seperti ebook.

Melalui perkhidmatan yang disediakan oleh Lelong.com, anda boleh membeli atau menjual produk yang anda inginkan sama ad produk fizikal atau produk digital. Anda mungkin dikenakan sedikit bayaran untuk setiap produk yang anda iklankan.

Anda perlu mendaftar dahulu sebelum anda boleh mengiklankan produk anda di “lelong.com.my” ini. Anda juga boleh mengikuti forum yang terdapat di sini sebagai langkah promosi yang lebih berkesan.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.