Saturday, June 26, 2010

Promosi 19: Promosi di ebay.com.my

Ebay merupakan syarikat pengiklanan, penjualan dan pengedaran melalui internet yang terbesar di dunia. Ia adalah pusat jualan yang porpular pada masa kini. Transaksi jualan mencecah ratusan ribu malah jutaan dollar setiap hari.

Pelbagai jenis produk dan perkhidmatan dijual di sini. Ini termasuklah ebook, barang elektrik, perabot, kapal terbang, pakaian, perhiasan dan sebagainya.

Melalui ebay, anda boleh menjual atau membeli sebarang produk yang anda inginkan. Dengan jumlah pelawat yang tinggi mengunjungi ebay, peluang untuk meningkatkan jumlah jualan produk anda adalah tinggi.

Masa kini ramai usahawan internet yang berjaya memperolehi pendapatan lumayan melalui ebay. Dikatakan juga ada diantara mereka yang telah menjadi jutawan senyap melalui perniagaan di laman web ebay ini.

Bagi anda yang melakukan perniagaan tempatan atau dengan kata lain produk yang dikhususkan untuk tempatan sahaja, pengiklanan di ebay Malaysia (www.ebay.com.my) sudah memadai.

Penyertaan pengiklanan percuma di “ebay.com.my” juga disediakan. Adalah langkah bijak bila anda boleh mengiklanankan produk yang anda jual di sini.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.