Sunday, June 13, 2010

Piala Dunia: Argentina 1 Nigeria 0

JOHANNESBURG: Argentina mengutip mata penuh apabila mengalahkan Nigeria 1-0 dalam saingan Kumpulan B Piala Dunia 2010 di Stadium Ellis Park, sebentar tadi.

Gol Argentina diperoleh menerusi Gabriel Heinze pada minit ke-6 dengan tandukan kencangnya mencecah gawang Nigeria.

Pasukan kendalian pemain lagenda Diego Maradona itu bagaimanapun kerap kali diancam Nigeria yang melakukan beberapa percubaan tetapi gagal menembusi gawang.

Malah, Argentina yang tampil dengan Pemain Terbaik Eropah, Lionel Messi gagal menambah jaringan meskipun melakukan beberapa percubaan bahaya. -BH

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.