Thursday, June 17, 2010

Piala Dunia 2010: Afrika Selatan 0 , Uruguay 3

PRETORIA (Afrika Selatan): Uruguay mengejutkan pasukan tuan rumah, Afrika Selatan selepas mendahului 1-0 dalam perlawanan kedua kumpulan A Piala Dunia 2010 di Stadium Loftus Versfeld, sebentar tadi.

ALVARO Pereira (kanan), menyumbat gol ketiga Uruguay, melepasi  penjaga gol Afrika Selatan, Moeneeb Joseph, dalam perlawanan Kumpulan A,  Piala Dunia 2010, di Stadium Loftus Verfeld, Tashwane, Afrika Selatan,  awal pagi ini. - Foto Reuters
ALVARO Pereira (kanan), menyumbat gol ketiga Uruguay, melepasi penjaga gol Afrika Selatan, Moeneeb Joseph, dalam perlawanan Kumpulan A, Piala Dunia 2010, di Stadium Loftus Verfeld, Tashwane, Afrika Selatan, awal pagi ini. - Foto Reuters


Penyerang Uruguay, Diego Forlan meledakkan tendangan kencang dari jarak 25 meter bagi menewaskan penjaga gol Afrika Selatan, Itumeleng Khune, padaminit ke-24 sebelum tamat separuh masa pertama.
Pada minit ke-80, Uruguay dianugerahkan sepakan penalti dan Forlan sekali lagi menyempurnakan peluang itu dengan merembat kencang ke arah sebelah kanan atas pintu gol lawan.
Gol ketiga Uruguay dijaringkan Alvaro Pereira pada masa kecederaan, iaitu minit ke-95.

Perlawanan kedua kumpulan A yang berlangsung awal pagi tadi turut menyaksikan penjaga gol Afrika Selatan, Itumeleng Khune dibuang padang selepas didakwa menjatuhkan pemain Uruguay di dalam kotak penalti.

Uruguay kini sudah mengumpul empat mata daripada dua perlawanan kumpulan itu, manakala Afrika Selatan hanya mempunyai satu mata dan perlu menewaskan Perancis Selasa depan bagi memastikan peluang mereka untuk terus bersaing dalam kejohanan Piala Dunia 2010.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.