Monday, June 21, 2010

Kementerian mungkin mansuh UPSR dan PMR

Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.


"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja," katanya.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran memberitahu demikian ditemui selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pagoh di Muar hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya, periksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

Katanya pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya.

Muhyiddin berkata secara peribadi beliau berpendapat hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun hanya SPM sahaja yang digunakan.

Namun menurutnya UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu.

Beliau berkata dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam, guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain, serta sukan.

Kepada satu soalan, Muhyiddin berkata keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.

"Kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang memasuki universiti adalah perempuan dan trend ini berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh
dunia," katanya. -M/Kini

12 comments:
Write comments
  1. I've seen and heard these kind of proposal being debated over the years but in the end, it is back to the beginning. No changes, whatsoever.

    ReplyDelete
  2. Hopefully they will not abolish the UPSR and PMR. I find these exams rather useful in motivating students to study hard.

    ReplyDelete
  3. kerajaan perlu memikirkan perkara ini semasaknya sebelum membuat keputusan, ini kerana peperiksaan penting kerana ia yang akan mendorong pelajar untuk belajar. oleh itu, pendapt umum perlu diambil.

    ReplyDelete
  4. rakyat malaysia sudah serasi dengan kedua2 peperiksaan tersebut dan saya rasa tidak ada masalah jika terus dikekalkan.. berkenaan dengan jumlah lelaki dan perempuan yang menuntut di universiti, perlu diingat bahawa berdasarkan kajian perempuan jauh lebih ramai berbanding lelaki dimuka bumi ini..

    ReplyDelete
  5. I think UPSR and PMR exams will not be abolished.
    These exams will only be like a guidance for the students to which area for their studies in the future such as arts or science.
    Therefore, i think there will not be so much change. Its just how we look at these exams and its role.

    ReplyDelete
  6. exam perlu dalam pembelajaran, jika tiada exam, pelajar tidak mempnyai dorongan untuk belajar bersungguh2. dgn exam jugalah kita boleh mengtahui pencapaian pelajar. oleh itu, peperiksaan UPSR dan PMR perlu diteruskan. kerajaan kena menilai balik perkara ini.

    ReplyDelete
  7. bagi saya, ini akan melembapkan lagi pelajar. dengan hanya 1 peperikasaan kemungkinan besar ini akan menyebabkan tidak begitu menumpukan pembelajaran sepenuhnya. jadi saya rasa, pemansuhan ini tidak wajar dilakukan.

    ReplyDelete
  8. I don't think it will be a good idea.

    ReplyDelete
  9. Before making any big decision, the government should take into consideration of the majority's opinion.

    ReplyDelete
  10. Mungkin??? maksudnya belum konpom lagi la tu kan. hehhee
    So fikir dan kaji baik2 dulu la sebelum diputuskan ya. hehhee

    ReplyDelete
  11. Tapi saya harap peperiksaan ni dikekalkan bagi memastikan sistem pendidikan negara lebih teratur sekaligus dapat memantau tahap pendidikan murid :)

    ReplyDelete
  12. This proposal is still being debated. I think it will not be easily abolished as there are many factors that needs to be considered.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.