Thursday, June 10, 2010

Sabah bakal musnah paya bakau pelindung Tsunami

Kejadian ombak besar Tsunami pada 26 Dis 2004 patut sentiasa diingati dan pemuliharan hutan paya bakau penting kerana ia dapat memberi perlindungan terhadap bencana itu. Tapi di Sabah hutan paya bakau akan dimajukan sebagai destinasi pelancongan dimana ianya juga akan menjejaskan mata pencarian 1000 penduduk di Sabah.

REZEKI TERJEJAS

TUARAN: Lebih 1,000 penduduk dari empat kampung di sini yang mengharapkan sumber hutan dan sungai untuk hidup, bakal kehilangan mata pencarian jika kerajaan meneruskan hasrat meluluskan pemberian kawasan paya bakau 400 hektar berhampiran perkampungan itu kepada syarikat swasta untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan.

Mereka membabitkan 400 penduduk Kampung Simpangan, Kampung Sudot (200), Kampung Indai (200) dan Kampung Termenung (300).

Sebahagian besar penduduk menyifatkan langkah menjadikan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan bukan langkah bijak kerana menjejaskan pendapatan harian mereka yang menjadikan sungai sebagai lubuk menangkap ikan, ketam dan siput sejak sekian lama.

Berikutan itu, mereka merayu kerajaan membatalkan kelulusan pemberian kawasan berkenaan bagi mengelak pelbagai kesan buruk kepada ekonomi masyarakat setempat.

Penduduk Kampung Simpangan, Marsah Muyong, 60, berkata jika tanah terbabit dijadikan destinasi pelancongan, penduduk akan terkapai-kapai kerana kehilangan sumber pendapatan hakiki. "Malah, tindakan meluluskan pemberian kawasan paya bakau 400 hektar itu juga akan menyebabkan kami kehilangan tanah warisan untuk diperturunkan kepada anak cucu.

"Kerajaan sepatutnya memberi tanah itu kepada penduduk kampung berhampiran tidak bertanah untuk dijadikan tapak mencari rezeki," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Difahamkan, syarikat yang diberi kelulusan memajukan kawasan itu sudah mula menemuduga pekerja bagi mengawasi hutan paya bakau itu daripada diceroboh.

Empat kampung berada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman diwakili Datuk Hajiji Mohd Noor dan Parlimen Tuaran diwakili Datuk Wilfred Bumburing.

Marsah yang mendakwa sudah 50 tahun mendiami perkampungan berhampiran kawasan paya bakau itu berharap kerajaan membuat pertimbangan sewajarnya bagi membolehkan mereka tidak terputus sumber pendapatan.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Simpangan, Rusnin Laseh, 54, berkata pemberian tanah warisan penduduk itu kepada syarikat swasta tidak seiring dengan konsep 1Malaysia yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

"Berdasarkan pengalaman lalu, beratus hektar tanah di daerah ini yang sepatutnya dikekalkan sebagai tanah penduduk kini menjadi milik syarikat swasta, kononnya untuk dimajukan sebagai pusat peranginan.

“Langkah itu tidak memberi manfaat kepada penduduk setempat," katanya.

http://www.bharian.com.my

25 comments:
Write comments
  1. The moves to hand these lands to the developers does not bring any good to the local people. There is no saying if an Tsunami would hit Sabah one day, at least with these mangroves, it can lessen the impact.

    ReplyDelete
  2. tidak salah jika nak membangunkan kawasan paya bakau tersebut untuk aktiviti pelancongan, ia dapat menjana kepada perkembangan ekonomi. bagaimanapun, kawasan tersebut merupakan sumber pencarian penduduk setempat. kepentingan penduduk setempat perlulah diambil kira agar mereka tidak hilang sumber pendapatan

    ReplyDelete
  3. kawasan tersebut adalah untuk dimajukan sebagai destinasi perlancongan..ia bukan sahaja memberikan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan malah peluang pekerjaan terutama sekali kepada golongan muda..namun begitu, diharapkan agar pembangunan yang dilakukan tidak akan menjejaskan punca pencarian sumber makanan penduduk dan tidak berlaku pencemaran serta kemusnahan paya bakau...ekosistem di kawasan terbabit harus dipelihara...diminta agar pemantauan sentiasa dilakukan oleh Jabatan alam sekitar dan jabatan kesihatan agar pembangunan kawasan terbabit sebagai destinasi perlancongan dilakukan dengan mapan dan teratur..

    ReplyDelete
  4. sangat sesuai kalau kawasan paya bakau itu di jadi kan tempat pelancongan dan ini bukan saja dapat meningkatkan ekonomi tetapi memberi peluang perkerjaan kepada penduduk di kawasan tersebut. dan juga ini dapat mengurangkan kadar penggangguran. bukan bermaksud kita memusnahkan paya bakau tersebut dengan sesuka hati, pembangunan itu memang di rancang dengan baik dan memang rezab untuk paya bakau tetap akan di lakukan.

    ReplyDelete
  5. membuka kawasan tersebut sebagai pusat pelancongan tidak salah jika mereka dapat mengekalkan hutan paya bakau. tapi jika benar kawasan hutan ini juga bakal dimusnahkan, saya harap kerajaan menarik semula cadangan tersebut. kerajaan patut menggalakkan pemuliharaan lebih banyak kawasan hutan paya bakau, bukan memusnahkannya.

    ReplyDelete
  6. berdasarkan pandangan2 di atas, saya rasa kerajaan perlu memantau projek pembangunan tersebut bagi memastikan ianya seimbang dengan pembangunan dan penjagaan ekosistem. dalam masa mengusahakan projek pelancongan, pastikan tiada hutan paya bakau yang dimusnahkan malah sama2 menjaga dan memanfaatkannya. tidak perlu ada sekatan terhadap penduduk sekitar bagi meneruskan aktiviti ekonomi mereka. semoga kerajaan dapat mempertimbangkan pilihan terbaik untuk memuaskan kedua2 pihak.

    ReplyDelete
  7. Though Sabah seems far away from getting Tsunami's attack,I don't think by cutting it down will bring more good.

    ReplyDelete
  8. Dengan pembangunan perlancongan itu sangat sesuai dan satu tindakan yang betul dan baik, tetapi kita jangan sia-siakan kewujudannya paya bakau itu, kalau boleh menjadikan paya bakau sebagai satu tempat tumpuan dan tarikkan pelancongan sambil pembangunan di laksanakan dan ini akan dapat memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak.

    ReplyDelete
  9. membangunkan kawasan paya bakau untuk pembangunan boleh dilaksanakan, ia adalah perlancongan berasaskan kepada alam semulajadi. ia secara langsung akan mewujudkan peluang pekerjaan dan akan menyumbang kepada perkembangan ekonomi kawasan tersebut. bagaimanapun, diharap ia tidak menjejaskan kegiatan harian penduduk setempat untuk mencari sumber pendapatan seperti menangkap ikan.

    ReplyDelete
  10. the community have made their statement clearly that the area provides them food, their land etc..
    don't take it away, it will worsen their livelihood.
    With news of subsidies being taken, what is left for the people.

    ReplyDelete
  11. jika kawsan trsebut hendak dimajukan menjadi kawasan pelancongan, ia perlilah mengambil kira kesan pembangunan tersebut terhadap alam sekitar, kawasan paya bakau merupakan habitat kepada beribu spesies hidupan. harap ekosistem kawsan tersebut tidak dimusnahkan. kepentingan penduduk setempat juga harus dijaga. biarlah ia menjadi kawasan pelancongan berasaskan alam sekitar.

    ReplyDelete
  12. Kalau difikirkan kerajaan berniat membantu penduduk disitu. Buktinya bila kawasan tersebut di jadikan sebagai kawasan perlancongan, peluang pekerjaan amat luas, dan saya cadangkan kepada kerajaan agar memberi pekerjaan kepada mereka. Dan hal ini juga akan memberi pendapatan tetap kepada para penduduk. Mungkin pendapat ini sama dengan individu lain yang berfikir secara positif tentang hal ini, tapi bagi saya apa yang diusaha kan adalah satu tindakan yang betul.

    ReplyDelete
  13. We should take the next step in protecting the habitats. People should know we are not suppose to do illegal things. The governmenet should be aware of this and prevent this to happen again.

    ReplyDelete
  14. Development is needed, however we must make sure that developments does not lead to the destruction of the ecosystem or the environment. There must be a balance there.

    ReplyDelete
  15. pembangunan sememangnya diperlukan, namun biarlah ianya melalui proses perancangan yang teliti dengan mengambilkira kepentingan penduduk sekitar. tindakan syarikat tersebut yang menghalang penduduk kampung dari meneruskan aktiviti ekonomi mereka tidak patut berlaku. malah belum tentu syarikat tersebut akan membekalkan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar. mahukah mereka mengambil kanak2, golongan tua dan golongan tidak berpendidikan berkerja? oleh itu kekalkan paya bakau sebagai penjana ekonomi mereka.

    ReplyDelete
  16. There must be a balance. If there is no balance, everything will be put off..Disaster tend to happens.

    ReplyDelete
  17. Bagi saya tidak salah untuk membangunkan kawasan tersebut untuk dijadikan sebagai kawasan pelancongan. Kerana kawasan tersebut akan terjaga dari segi flora dan fauna-nya.

    ReplyDelete
  18. Pada pandangan saya kawasan tersebut yang akan dimajikan sebagai kawasan pelancongan tidak akan menjejaskan mata pencaraian penduduk kampung, malah kawasan tersebut dapat diperkenalkan kepada masyarakan luar akan keunikan dan sebagainya.

    ReplyDelete
  19. Mangrove should left alone as it benefits is to lessen the impact of the tsunami. It should be protected..Even if the Gov't wants to develop the land for the sake of tourism, they should think about the locals living there for more 50 years and it is not a smart move to cut them off their one and only living source.

    ReplyDelete
  20. I hope the Gov't knows what they are doing. Mangroves nowadays is getting lesser and lesser and on the brink of extinction.

    ReplyDelete
  21. Kalau betul kawasan tu dimajukan utk tujuan pelancongan, bukankah hal ni akan memberi peluang pekerjayaan yg lebih baik????
    hhhmmm

    ReplyDelete
  22. Bagi saya niat kerajaan ni baik dan kita patut sokong usaha kerajaan utk memartabatkan industri pelancongan sabah. Apapun saya harap dalam keghairahan kerajaan utk membangunkan kawasan tersebut, pastikan ekosistem tidak terganggu - barulah semua pihak akan gembira.

    ReplyDelete
  23. Kedua-dua pihak harus saling menerima. Setiap keputusan yg dibuat oleh kerajaan pasti untuk kebaikan rakyat juga. Jadi saya yakin pasti ada alternatif lain utk terus menjaga kepentingan penduduk asal disana :)

    ReplyDelete
  24. Semuapun kena balance, jangan kita hanya fikir tentang 1 benda sahaja, satu bahagian sahaja. kena lihat dikedua2 belah...

    ReplyDelete
  25. Like usual, I just hope we can have a win-win situation.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.