Monday, June 28, 2010

Bilionair Rusia bayar Lady Gaga

Seorang bilionair dari Rusia sanggup membayar sebanyak AS$1 juta (RM3.25 juta) semata-mata mahu berlakon dalam satu klip video penyanyi yang gemar berpakaian pelik, Lady Gaga, lapor sebuah akhbar semalam.

Bilionair itu hanya dikenali sebagai Arkady, berusia 30 tahun dan merupakan peminat fanatik penyanyi tersebut.

Dia tampil dalam klip video Lady Gaga, Alejandro.

Menurut satu laporan, Arkady begitu terdesak untuk muncul dalam klip video yang berdurasi selama sembilan minit itu.

Dalam satu adegan video tersebut, Arkady dilihat merenung sebelum menanggalkan topinya dan mendekati Gaga.

Menyentuh mengenai penglibatannya itu, dia berkata: "Ya, saya memang turut serta dalam penggambaran video klip itu. Tetapi saya tidak boleh memberi sebarang maklumat kerana sebab-sebab tertentu," kata Arkady kepada agensi media Rusia, Life News.

Lady Gaga pula dikatakan enggan memberi komen mengenai kebolehan Arkady. - Agensi

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.