Thursday, June 24, 2010

Sabah & Sarawak: Pencuri durjana

Rumah penduduk di Taman Bukit Sepanggar dan Kolej Kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Taman Indah Permai di sini sudah tidak selamat. Setiap malam ada saja rumah dipecah masuk.

"Saya pernah kehilangan sebuah kereta jenis Honda City, komputer riba dan peti besi dengan kerugian dianggarkan lebih RM100,000 angkara pencuri durjana," begitulah luahan Masri Faizal, 30, penduduk Taman Bukit Sepanggar yang menjadi mangsa kes pecah rumah, minggu lalu.

Masri yang menetap di taman itu sejak setahun lalu, berkata ketika kejadian beliau dan anggota keluarganya pulang kampung di Tawau dan terkejut apabila dimaklumkan jirannya kenderaannya sudah hilang.

Beliau terpaksa meminta jirannya memeriksa persekitaran rumah. Bagaimanapun, mereka terkejut apabila mendapati jeriji dapur rumahnya diumpil dan apabila memasuki rumah itu, pelbagai barangan berselerak.

Masri terpaksa bergegas balik ke rumahnya keesokannya. Apabila diperiksa, pelbagai barangan berharga hilang, termasuk barangan kemas hadiah perkahwinan kepada isterinya.

"Sebelum balik Tawau, ada beberapa lelaki bermotosikal dan pekerja binaan sebuah rumah berdekatan memerhati saya dan keluarga memunggah barang ke dalam teksi. Saya mengesyaki mereka dalang pecah rumah kami.
"Bagaimanapun, setakat ini tiada tindakan diambil polis menahan pekerja terbabit untuk membantu siasatan," katanya.

Masri yang bertugas di sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, berkata ketiadaan pengawal keselamatan di laluan masuk lorong 5/3B memudahkan penjenayah memasuki kawasan berkenaan.

Beliau mendakwa, sebelum kejadian itu, ada penduduk meminta polis membuat rondaan tetapi polis memaklumkan kepada mereka, anggota polis tidak boleh memasuki kawasan perumahan, sebaliknya hanya meronda di luar.

Sementara itu, seorang pelajar UMS yang menetap di Kolej Kediaman universiti itu di Taman Indah Permai yang enggan namanya disiarkan, mendakwa beliau dan lima rakannya pernah menjadi mangsa curi apabila kehilangan dua komputer riba, sebuah kamera, pendingin komputer riba, tetikus dan sebuah beg pakaian berjenama dengan kerugian dianggar RM10,000, baru-baru ini.

Beliau berkata, sebaik tiba di rumah pada jam 6 petang, mereka terkejut apabila mendapati pintu rumah terbuka serta engsel tombol pintu dipecahkan. Pemeriksaan lanjut mendapati pakaian dan barangan lain bertaburan di lantai.

"Saya menghubungi bapa saudara di taman perumahan berhampiran untuk memaklumkan kejadian itu dan beliau menghubungi polis.

"Kami hairan kerana barang yang hilang hanya dalam bilik kami sedangkan dalam sebuah bilik lagi tidak dicuri. Pencuri itu memang profesional kerana boleh memecahkan pintu tanpa merosakkan tombol dan jeriji.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan kedua-dua kes berkenaan. -BH

17 comments:
Write comments
  1. Memang diharapkan perkara macam ini akan diberhentikan sebelum lebih orang menjadi mangsa. Pihak polis sepatutnya melakukan sesuatu.

    ReplyDelete
  2. byk kes pecah rumah berlalu dikawasan tersebut, pihak polis perlu memantau kawasan tersbut. orang awam juga perlu berhati2 dan tingkatkan kawalan keselamatan rumah mereka.

    ReplyDelete
  3. Bukan di Sabah Saja di kuala selangor pun sama....ada pencuri laptop. Di mana2 ada pencuri, dan jika boleh sentiasa bersedia untuk perkara sedemikian.

    ReplyDelete
  4. O ya sama la polis di kuala selangor pun p tgo ja then tidak ada tindakan susulan. upset tul!

    ReplyDelete
  5. saya pun pernah tinggal sana, dalam masa 1 tahun 2 kali rumah kena ceroboh dan 1 kes ugut. kawasan tu memang tidak selamat.. selagi pihak polis tidak melakukan apa2, selagi itu masalah ini akan terus berlaku..

    ReplyDelete
  6. polis haruslah selalu membuat rondaan dikawasan tersebut. kerana perkara ini selau berlaku dikawasan tersebut. kerjasama semua pihak juga diperlukan untuk memberi maklumat kepada pihak polis.

    ReplyDelete
  7. in masalah yang sangat serius kalau pecah-pecah rumah dan curi kerata. saya cadangkan buat satu pondok polis dikawasan tersebut untuk memudahkan pergerakakan polis. lagipun kawasan tersebut berdekatan dengan kolej kediaman UMS.

    ReplyDelete
  8. semua orang tahu kawasan Taman Bukit Sepanggar adalah kawasan hitam yang banyak kes...seperti kingfisher

    ReplyDelete
  9. bila berlaku kes rogol dan bunuh barulah polis mahu bertindak sebab sudah ada bukti dan arahan. samalah macam kematian akibat kemalangan..sudah beratus kematian barulah pasang lampur trafik sana sini....biasalah...sikap ni memang biasa yang ada pada masyarakat kita

    ReplyDelete
  10. kalau setakat curi...polis tidak anggap penting. dulu adik saya pernah hilang kereta Suzuki Jimny dan report pada salah seorang inspektor di balai polis karamunsing...haram dia buat tindakan! nama inspektor tu ialah F_ _ _ _L.

    ReplyDelete
  11. Banyak betul kes sekarang oo.. Kawan saya penah kena ragut pas tu polis tu just nasihatkan dia jgn ikut jalan yang sunyi.. mak oiiii, kalau da tu ja jalan yang ada macam mana lagi kan.. huhuhu.

    ReplyDelete
  12. Apapun saya harap, pihak berkuasa akan lebih tegas dan rajin buat pemantauan/ rondaan bg mengelakan kejadian seperti ni berlaku.

    ReplyDelete
  13. Kenapa mereka ni mahu melibatkan diri dalam perbuatan jenayah?

    ReplyDelete
  14. Bukankah lebih baik kalau berusahah sendiri untuk menyara hidup?

    ReplyDelete
  15. keselamtan penduduk harus menjadi keutamaan anggota keselamatan kita..terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh penduduk di kawasan berkenaan antara ialah melalui Rukun Tetangga..selain itu, kerjasama antara penduduk juga penting bagi tidak memberikan peluang kepada perompak2 ini..pihak berkuasa juga diharap memandang serius hal ini..

    ReplyDelete
  16. indah permai memang tidak selamat sejak dahulu lagi. kawasan king fisher juga sama.

    kenapa polis tidak boleh meronda di kawasan perumahan?
    jika dengan kebenaran penduduk di sekitar? adakah polis boleh memasuki buat rondaan?

    ReplyDelete
  17. keselamatan harus diperketatkan. pengawal juga tidak harus tidur semasa bertugas tetapi sentiasa meronda persekitaran perumahan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.