Monday, June 21, 2010

HADKAN TEMPOH WAKIL RAKYAT

TEMPOH perkhidmatan seseorang wakil rakyat di negara ini perlu dihadkan kepada tidak lebih daripada tiga penggal sebagai satu cara mengekalkan sokongan akar umbi kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Usul menghadkan tempoh perkhidmatan seseorang wakil rakyat itu dikemukakan oleh Umno Cawangan Pulau Tengah, salah sebuah cawangan Umno di Bahagian Tuaran dalam mesyuaratnya yang berlangsung pada 15 Jun yang lalu.

Ketua Cawangannya, Marsah Muyong berkata, usul itu diluluskan oleh ahli-ahli cawangan yang hadir dalam mesyuarat itu dan dikemukakan sebagai satu usul dalam mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tuaran pada 27 Jun akan datang.

Marsah yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tuaran menyatakan, usul tersebut akan dibawanya untuk diperbahaskan oleh para perwakilan supaya Umno sebagai tunjang kepada BN tetap relevan di hati rakyat.

"Jiika benar Umno ingin memperliihatkan perubahan yang sebenarnya terhadap perjuangan demi bangsa, agama dan negara, maka kesediaan menghadkan tempoh perkhidmatan wakil rakyat BN jelas akan menghakis tanggapan Umno dan BN gila kuasa dan tamak haloba,yang kalau ini berterusan boleh menghakis kepercayaan terhadap perjuangan BN itu sendiri," kata Marsah.

Katanya, langkah menghadkan perkhidmatan setiap wakil rakyat di seluruh negara kepada hanya tiga penggal iaitu 15 tahun adalah tepat pada masanya kerana tindakan tersebut akan memastikan setiap wakil rakyat dapat memberikan khidmat lebih efisyen dan berkesan.

"Selain itu, ia juga akan membolehkan seseorang wwakil rakyat iaitu Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen tidak berkhidmat terlalu lama sehingga menjejaskan kualiti perkhidmatan mereka kepada rakyat. Ia juga akan dapat memastikan lebih ramai pemimpin pelapis dapat dilahirkan untuk memberi sumbangan khidmat mereka kepada masyarakat," kata Marsah yang juga Mantan Ketua Daerah Mengundi Kawasan Pilihanraya Indai di Sulaman.

Beliau yang juga pernah menjadi Pemaju Mukim Kawasan Sulaman berkata, penghadan tempoh wakil rakyat juga akan memberi peluang kepada mereka yang ikhlas dalam parti sama-sama dapat menikmati hasil perjuangan mereka.

Marsah menegaskan, tempoh perkhidmatan selama tiga penggal yang dicadangkan itu adalah lebih daripada memadai untuk seorang pemimpin memberikan sumbangan khidmat bakti kepada rakyat.

Marsah yang juga bekas Wakil Ketua Anak Negeri Tuaran berrkata, semakin lama seseorang itu menjadi YB maka semakin lama ia merasa ego dan takbur sehingga dalam beberapa keadaan ia akan mengetepikan aspirasi rakyat yang telah menyokongnya menjadi pemimpin.



"Oleh sebab itu saya fikir amat sesuai jika had tempoh sebagai wakil rakyat bagi seseorang pemimpin di setiap kawasan yang mereka wakili dikaji agar dapat menyatakan perubahan sebenar ilham yang didendangkan oleh pimpinan Umno selama ini.

"Jika tempoh perkhidmatan wakil rakyat dihadkan kepada tiga penggal, ia mendatangkan lebih banyak kebaikan dan faedah kepada rakyat dan tempoh yang dihadkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberikan perkhidmatan sepenuh hati kepada rakyat," kata Marsah, sambil menambah usul itu dikemukakan untuk pertimbangan pucuk pimpinan negara.

Umno Cawangan Pulau Tengah dalam Bahagian Tuaran juga mengusulkan supaya tempoh pegawai-pegawai kerajaan dibenarkan berkhidmat di sesuatu daerah tidak melebihi lima tahun bagi memastikan pegawai kerajaan memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat.

Kata Marsah tempoh perkhidmatan yang terlampau lama di sesetengah tempat menyebabkan sebilangan pegawai kerajaan tidak memberikan komitmen terhadap tugas sebenar mereka.

Oleh: HAJI GHULABDDIN ENJIH (sabahkini)

19 comments:
Write comments
  1. I think it is better to let the people vote the people's representatives they wanted. Whether the people's representatives will be elected again is up to the people's choices.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. ini hak rakyat itu sendiri macammana..kita tidak boleh memaksa mereka. jika cadangan ini berhasil atau diluluskan, maka selama 3 penggal untuk menjadi pemimpin, iaitu 15 tahun. tapi ini akan menyebabkan penduduk akan kurang yakin dengan pemimpin yang baru nanti. cadangan ini bagus, tapi haruslah dikaji semula.

    ReplyDelete
  4. satu cadangan yang baik..melalui cara ini, mutu perkhidmatan seseorang wakil dapat dipertingkatkan di samping memberikan peluang kepada orang lain untuk memberikan khidmat mereka kepada rakyat..

    ReplyDelete
  5. ini hak rakyat itu sendiri macammana..kita tidak boleh memaksa mereka. jika cadangan ini berhasil atau diluluskan, maka selama 3 penggal untuk menjadi pemimpin, iaitu 15 tahun. tapi ini akan menyebabkan penduduk akan kurang yakin dengan pemimpin yang baru nanti. cadangan ini bagus, tapi haruslah dikaji semula.

    ReplyDelete
  6. cadangan ini harus diteliti sebelum dilaksanakan..tidak dinafikan bahawa cadangan ini adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan wakil kepada masyarakat...banyak perkara yang perlu dipertimbangkan..

    ReplyDelete
  7. cadangan menghadkan tempoh perkhidmatan ini perlu dinilai dengan sebaiknya. ia memang boleh memberi peluang kepada pemimpin baru namun kita boleh kehilangan pemimpin yang berkualiti jika ia dilaksanakan. apapun biarlah rakyat sendiri yang menentukan siapa wakil rakyat yang mereka inginkan.

    ReplyDelete
  8. cadangan ini masih perlu dikaji semula dengan mengambilkira pandangan semua pihak.. sikap ego dan takbur bukan disebabkan masa, tapi dari dalam individu itu sendiri..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. bagaimana jika ada pemimpin yang berkebolehan tp terpaksa diberhentikan kerana had tempoh ini sedangkan ia masih mampu lagi mentadbir, bukankah ia akan merugikan rakyat, penggantinya blum tentu baik ataupun tidak, rakyt boleh menentukan siapa pemimpin mereka.

    ReplyDelete
  11. Hurm, the people should pick their own representative and observed his abilities in making changes in his constitution. If he fails, then put a time limit for his/her service.

    ReplyDelete
  12. I think this proposal is good. But make the people as observer for his credibility and ability to take care of his/her own people.

    ReplyDelete
  13. Bagus juga cadangan, ni tapi rasanya better kaji sedalam mungkin pros & cons nya sebelum dilaksanakan. Tapi rasanya, macam lagi best kalau rakyat yg tentukan siapa pemimpin yg berkaliber melalui undian :)

    ReplyDelete
  14. Saya agak stuju dengan pandangan roxy:) Lagipiun, para pemimpin ni kan utk rakyat juga so biarlah rakyat yg tentukan..

    ReplyDelete
  15. Walauapapun itu, ada baik dan buruk dan jika rakyat sedia untuk membuat perubahan itu, maka tidak ada yang perlu ditunggu selain dari ubah mana2 yang perlu diubah...

    ReplyDelete
  16. Betul 2718.. Masa bukannya punca utama yg menyebabkan segelintir pemimpin membuat kesilapan.. cuma nafsu dalam diri individu tu sendiri yg gagal dikawal sehingga mempengaruhi kredibiliti mereka sebagai pemimpin.

    ReplyDelete
  17. Apapun saya harap hal ni mengambil kira pandangan rakyat dulu sebelum dilaksanakan la.

    ReplyDelete
  18. It is better if the people can decide if they want a certain people's representative to continue serving them or not.

    ReplyDelete
  19. Biarlah rakyat saja yang membuat keputusan sama ada seseorang wakil rakyat boleh terus mewakili rakyat. Wakil rakyat yang dianggap tidak sesuai lagi boleh ditukar selepas tamat tempoh.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.