Monday, June 7, 2010

Rokok agenda yahudi

Zaman ini kita menghadapi pelbagai cabaran samada berbentuk nyata ataupun hanya berbentuk sebgai samaran,bersembunyi disebalik sesuatu yang nampak seperti baik tetapi menyembunyikan keburukan yang amat nyata.Inilah salah satu agenda Yahudi sejak dari zaman Nabi lagi yang berperanan sebagai barah yang meresap kedalam jiwa umat Islam kini.

Membezakan yang mana lebih buruk antara rokok,judi,arak dan zina pasti amat senang pada sesetengah orang dan sukar pada orang lain.Dalam Islam apa sahaja yang memudaratkan pada diri dan juga perpaduan ummah telah jelas lagi nyata adalah haram hukumnya.Sila rujuk padaartikel ini yang mengupas keburukan rokok.Tiada makna kerajaan menaikkan harga rokok dan juga memaparkan gambar-gambar ngeri pada kotak-kotak rokok jika jiwa dan hati nurani tiada kekuatan menghapuskan ketagihan merokok.

Apakah dengan menambah kawasan larangan merokok akan dapat mengurangkan ketagihan mereka?Tiadakah lagi tindakan yang lebih berkesan selain daripada mengurangkan bilangan rokok dalam kotak dan memahalkan harga akan tidak memungkinkan remaja-remaja pra sekolah menengah tidak dapat membeli dan menghisap rokok?Dahulu melihat sahaja remaja yang bersekolah akan kena hambat keliling sekolah oleh guru atau ibubapa mereka.Kini apa yang terjadi?Masing-masing membutakan mata dan menulikan telinga melihat remaja-remaja kini dengan selamba dan sewenang-wenangnya menghisap rokok dikhalayak ramai.

Kita perlu sedar bahawa kehidupan dan kesihatan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata'ala kepada kita hendaklah dijaga dan disyukuri bukan diabaikan dan dibinasakan. Merokok memang tidak membunuh secara terus atau serta merta tetapi racun yang terkandung di dalam rokok itu memudaratkan yang boleh menyebabkan kematian maka perbuatan merokok itu samalah seperti membunuh diri. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah An Nisaa' ayat 29 tafsirnya :

"Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama kamu sendiri sesungguhnya Allah sentiasa mengasihi kamu".

Bagaimanakah pulak jika ibubapa sendiri memberi galakan kepada anak-anak untuk merokok.Mungkin tidak secara langsung akan tetapi jika merokok di depan keluarga itu bererti seperti memberikan motivasi kepad anak bahawa merokok itu tidak salah dan tidak merbahaya dan apabila mereka dewasa pasti mereka boleh merokok.

http://waksab.blogspot.com/

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.