Saturday, December 17, 2011

Rakyat dan Demokrasi Gelap

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUba8zYgtHEUIg11sWgpm3o3vg4gep1HmCUA755pWh955Y92am8wmC5_QYBdt0WSXfdtQQ19ILjTcN-w-O0oOH8fOV2wQvMfYWb-fDQO0PBwnB6g6Obju5dDEuo_y6y9KX-8rjprdoquRO/s1600/warna+demokrasi.pngSuasana kebimbangan, kerunsingan ketidakpercayaan, kecurigaan, keraguan dan
kesangsian menghiasi ruang politik akhir-akhir ini terutamanya menjelang pilihan raya.

Aneka isu yang terpampang di persada media antaranya isu Dr Hassan Ali, masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penantian keputusan mahkamah, perang UMNO terhadap pembangkang semasa perhimpunan agung baru-baru ini, rang undang-undang perhimpunan aman, isu undang-undang pasca ISA, hutang negara serta defisitnya dan isu yang ada kaitan dengan kedatangan pilihan raya telah mewarnai panggung politik harian.

Di samping itu di dalam isu-isu tersebut berbagai tuduhan tentang manipulasi, kepalsuan dan
ketidakjujuran menjadi perdebatan semantik dalam wacana politik
mutakhir, yang mempengaruhi persepsi, kesedaran, dan pandangan awam 
tentang makna demokrasi.

Ada masanya timbul kecurigaan bahawa selama ini kita hidup di alam
demokrasi yang seolah-olah tidak bertuan, di mana prinsip kekuasaan di tangan rakyat
justru dimanipulasi oleh para elit politik yang memainkan
aneka permainan kotor dan konsensus palsu, menyembunyikan kebenaran
dari rakyat.

Rakyat, yang sejatinya tuan dari sistem demokrasi dan undian yang dilakukan semasa pilihan raya , kini
tidak lain hanya objek demokrasi itu, penting semasa mengundi, yang suaranya tidak pernah
didengar, aspirasinya tidak pernah disampaikan dan keinginannya seolah-olah tidak wujud.

Oleh itu pelbagai protes, demonstrasi, dan petisyen dari kelompok
masyarakat contohnya demontrasi Bersih terhadap pemerintah dapat dilihat sebagai
gejala tumbuhnya kesedaran tentang emansipasi demokratis, di mana
rakyat ingin menunjukkan peranan deliberatif sebagai kekuatan korektif
tuan demokrasi yang sejati.

Kekuatan dan kebangkitan rakyat di peringkat tempatan dan globalnya (gerakan occupy di AS dan Eropah, tumbangan kerajaan Tunisia dan Mesir), di satu pihak, tentu menimbulkan ketakutan kepada elit-elit
politik busuk manakala di pihak lain memberikan sebuah harapan
akan masa depan politik yang lebih emansipatif.

Tetapi harus diawasi di sebalik kesedaran emansipatif itu ada masanya ruang demokrasi itu bagai sebuah geluang gelap. Itulah yang dilihat sekarang yang meratah di atas tubuh bangsa layaknya sebuah gelung gelap, yang
di dalamnya begitu banyak fakta ditutupi, konsensus diselubungi, dan
kebenaran disembunyikan.

Demokrasi adalah permainan kebenaran para
elit politik, dengan memposisikan bidak-bidak, topeng-topeng, kebenaran palsu, manipulasi dan
simulasi, serta mencaturkan rakyat sebagai yang dihitung,
tetapi tidak masuk ke dalam perhitungan. Di dalam gelung gelap itulah pelbagai kepalsuan
disembunyikan dari rakyat melalui politik pencitraan.

Retorika rakyat didahuluku dan pencapaian diutamakan tetapi di manakah hak berbicara mereka dalam keputusan-keputusan melibat awam. Seperti
dikatakan Jacques Ranciere dalam Dissensus: On Politics and Aesthetics
(2010), demokrasi adalah suatu paradoks, di mana pandangan kekuasaan
oleh rakyat justru adalah lukisan muram rakyat yang memiliki
kekuasaan, tetapi tiada yang memberi mereka hak untuk
menggunakannya.

Rakyat diperlakukan sebagai populasi (taburan dalam penataran) dan tubuh politik tidak bernama.
Mereka adalah nilai tambah sosial sehingga contohnya memerlukan wakil rakyat untuk
menyuarakan aspirasinya.

Menurut pakar semiotika Indonesia, Yasraf Amir Piliang kedaulatan rakyat selama ini tidak lain dari kekuatan tanpa eksistensi
iaitu eksistensi suplemen dari mereka yang diperlu tetapi tidak termasuk
dalam perkiraan mahupun perhitungan, yang didahulu tetapi tidak diutamakan, yang mempunyai hak suara
tetapi tidak dapat bersuara.

Tambah beliau konsensus politik selama ini menjadi alat normaliti politik, yang
melaluinya dibangun pembahagian antara apa yang diterima umum dan menjadi
ukuran kualifikasi dalam politik serta apa yang tidak umum.

Konsensus
politik kepartian menyingkirkan perkara yang tidak umum ini dari ruang politik, sebagai sebahagian
dari yang seolah-olah tidak memiliki kualifikasi atau kepentingan: itulah rakyat! Apa yang dinamakan
konsensus politik kian membungkam suara rakyat yang tidak umum itu.

Esensi dan hakikat politik yang perlu difahami rakyat adalah disensus lawan konsensus (sepertujuan) iaitu kecelikan politik rakyat yang membuat tampak segala yang
disembunyikan, menyuarakan segala yang dibungkam, menjadikan terang
segala yang gelap.

Esensi politik adalah mengganggu yang umum sebagai
produk konsensus palsu, dengan menampakkan apa yang disembunyikan dari
gelung gelap politik, memberi nama apa yang tidak bernama, dan membuat
bersuara segala yang dibisukan.

Inilah hakikat yang merungkaikan kekeliruan dalam memahami antara yang utama dan yang didahulukan.

Akan tetapi, fungsi disensus yang menganggu ini tidak dapat diharapkan dari sesebuah parti
politik (jika pertimbangan parti politik adalah untuk berkuasa di mana kepentingan elit kepartian dan orangnya diutamakan) kerana ia menjadi sebahagian dari normaliti itu sendiri, dengan
segudang kepentingan yang dibangun di balik normaliti itu.

Oleh itu fungsi mengganggu itu dapat diharapkan dari rakyat sendiri agar
kekuasaan nyata rakyat dapat berfungsi. Fungsi nyata rakyat adalah
menjaga agar kepercayaan (trust) menjadi asas dari demokrasi,
dengan secara tetap dan kekalnya menyuarakan suara-suara tidak umum atau yang dipencilkan itu.

Demokrasi hanya berfungsi apabila agihan kekuasaan yang
diperebutkan di antara elit politik (pada proses pilihan raya, projek kebajikan rakyat, proses pengadilan)
yang diimbangi oleh kekuasaan tandingan dari rakyat dalam pelbagai atau keragaman bentuknya.

Rakyat harus diberdayakan apabila demokrasi difahami sebagai
kekuasaan dari rakyat. Demokrasi tidak hanya urusan pengesahankekuasaan
melalui pilihan raya yang jujur dan adil, tetapi urusan kepercayaan yang harus
dibangun terus-menerus di antara penguasa dan yang dikuasai.

Pierre Rosanvallon, di dalam Counter-Democracy: Politics in an Age of
Distrust (2008), menyebut kekuatan rakyat ini sebagai demokrasi
tandingan (counter democracy). Kekuatan ini tidak dibangun melalui
institusi parti, tetapi di dalam kekuatan kelompok-kelompok
masyarakat itu sendiri. Ini dapat dicapai dengan menyemarakkan
fungsi pengawasan (check and balance) warga atas penguasa, iaitu secara terus-menerus
mengawasi, memantau dan menyelidiki setiap gerak-geri penguasa.

Melalui demokrasi tandingan, kekuasaan rakyat tidak sekadar ditunjukkan
secara formal melalui hak suara (right to vote) dalam pilihan raya , tetapi
lebih penting lagi hak bersuara (right to speak).

Kepercayaan dibangun di antara penguasa dan yang dikuasai melalui
mekanisme "tekanan kekal" terhadap pemerintah, baik berupa
demonstrasi, petisyen, atau solidarity kukuh sebagai fungsi
pengawasan, penyelidikan, penyingkapan, pendedahan dan penilaian terhadap setiap
tindakan mereka.

Namun demokrasi abad maklumat dan digital tidak lagi bertumpu kepada
permainan kekuasaan di kalangan para elit politik, yang di dalam
gelung gelap melakukan perhitungan-perhitungan, rundingan-rundingan dan konsensus palsu
tanpa menyertakan rakyat secara nyata.

Keterbukaan maklumat menjadikan keadaan tidak nyaman lagi bagi para elit politik busuk
kerana kekuatan maklumat rakyat yang kian terbuka kepada pencapaian maklumat. Inilah kekuatan
dahsyat komuniti maya seperti WikiLeaks atau laman-laman sesawang yang terdapat di negara ini, yang mampu menelanjangi
konsensus busuk parti-parti politik.

Demokrasi hanya dapat dibangun apabila suara antagonis dan tidak umum
dari rakyat didengari kerana itulah esensi dari yang politis.

Seperti
dikatakan Chantal Mouffe, dalam The Return of the Political (1993),
rundingan dan konsensus rasional di antara elit politik selama ini
melenyapkan seluruh dimensi kekuasaan dan antagonisme dari yang
politis, sebagai "ruh" politik itu sendiri.

Apa yang politis ini tidak melulu milik parti politik, tetapi segala
gerakan bersuara antagonis: gerakan occupy, antirasuah, feminisme,
alam sekitar dan subkultur.

Akan tetapi, tenaga antagonisme itu selama ini tidak mampu digerakkan
oleh parti politik sebagai institusi kerana ia mengisyaratkan keteguhan
pada perjuangan ideologi kepartian dalam pemburuan kekuasaan.

Tetapi yang ironisnya sudah berlaku iaitu orang-orang parti justru terperangkap dalam perburuan
kekuasaan dengan meminggirkan ideologi: "Apa pun ideologinya, yang
penting menjadi calon dan menang!" itulah hakikatnya “calon yang winnable” dan begitu juga dalam isu Hasan Ali, isu pemilihan calon. Dalam keadaan demikian, parti sebagai institusi
politik tidak dapat diharapkan menjadi tonggak atau tiang pembangun yang politis.

Harapan yang tersisa adalah pada rakyat, iaitu siapa pun yang mampu
menyuarakan pandangan antagonis terhadap kemapanan, melalui
penyelidikan, pengawasan, protes, demonstrasi, atau petisyen, agar makna politik tetap terjaga.

Jika tidak, politik tidak lebih dari sebuah siasah kekuasaan dalam gelung gelap demokrasi, di mana setiap konsensus hanya berujung pada
obyektivikasi rakyat itu sendiri yang akan selamanya
menjadi yang dihitung tetapi tak pernah masuk dalam perhitungan, yang
 dibicarakan tetapi tidak pernah mendapat kesempatan bicara, yang didahukan tetapi sejauh manakah ia diutamaan dan yang punya
hak suara tetapi diperlakukan sebagai tidak pernah bersuara.

Oleh Ismail Hashim Yahaya

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.