Pada pilihan raya umum 1999, Dato Seri Anwar berada dalam penjara, tetapi hampir separuh sokongan orang Melayu beralih kepada parti pembangkang kerana simpati dengan nasib yang menimpa Anwar.
Terengganu berjaya ditawan parti pembangkang PAS disamping mempertahan Kelantan.
Tun Dr Mahahtir BN masih mendapat sokongan sebahagian besar pengundi Cina dan India kerana berjaya membawa Malaysia keluar dari krisis mata wang. BN masih mampu mendapat kemenangan dua pertiga
Bagaimanapun beberapa tokoh UMNO kecundang ditangan PAS atau PKR.
UMNO dan BN hanya menang tipis di negeri Selangor, Perak, Penang dan Kedah.
Menjelang PRU 2008, Anwar telah dibebaskan dari penjara tetapi masih belum layak bertanding. Sebelum PRU 2008, terdapat 5 by-election termasuk yang terakhir di Ijok, semua kelima-lima kawasan di menangi BN.
BN menghadapi PRU 2008 dengan keyakinan amat tinggi tetapi Pakatan Rakyat telah membuat kejutan dengan memperolehi 83 kerusi parlimen atau 46.75% popular votes. BN memperolehi 140 kerusi tetapi kehilangan majoriti dua pertiga dalam parlimen.
Negeri Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang berjaya ditawan PR disamping mempertahankan Kelantan. BN hanya menang dua kerusi di WP (tidak termasuk Labuan).
Walaupun tanpa Anwar, majoriti pengundi bukan Melayu telah memberi kemenangan kepada PAS, PKR dan DAP.
Menjelang PRU13, berlaku 16 by-election. 8 dimenangi BN, 8 dimenangi PR. Sama kuat dan masing-masing bersedia bertempur untuk grand finale iaitu PRU13.
Melihat kekuatan PR daripada keputusan by election, kepimpinan BN terpaksa mempertimbangkan dua alternatif: Pertama membiarkan Anwar bebas. Kedua, masukkan Anwar semula dalam penjara.
Kepimpinan BN yang menganggap pilihanraya ini sebagai IBU kepada semua pilihan raya. BN mengambil risiko masukkan Anwar dalam penjara. Dengan harapan jika berlaku tunjuk perasaan dan rusuhan, darurat akan diumumkan dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain akan dipenjarakan bersama-sama Anwar.
Inilah proses demokrasi yang terbaik kepada BN. Lawannya masuk penjara sebelum mengadakan pilihan raya umum.
Andaikata, tidak berlaku rusuhan atau tunjuk perasaan, strategi kepimpinan UMNO ialah menarik semula sokongan pengundi Melayu.
Dengan menghalang Anwar bertanding, mereka berharap lebih mudah propaganda UMNO kepada orang Melayu mengatakan jika PR memerintah, orang Melayu tidak akan menjadi PM.
Pengundi Melayu yang mengharapkan Anwar menjadi PM akan kembali menyokong UMNO!
Masukkan Anwar dalam penjara adalah strategi terakhir BN untuk terus berkuasa di bumi Malaysia.
http://muslioli.blogspot.com
Thursday, December 15, 2011
Senjata Terakhir Bn,Anwar Dalam Penjara!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya merasakan persoalan disini bukanlah Umno yang diburukkan kerana dalam hal ini Anwar yang menghadapi pelbagai tuduhan kerana perilaku moralnya sendiri.Janganlah disalahkan dan menuduh orang lain dikala orang lain mencari keadilan diatas apa yang anda telah lakukan dan dalam prosiding mahkamah dilihat banyak bukti menjurus kearah Anwar memang bersalah.
ReplyDeleteini yang dikata ' NIAT BAIK , BUAT TAK BAIK" maksudnya niat untuk menegakkan keadilan , membenteras rasuah adalah baik dan murni tetapi perbuatan meliwat dan melanggan china doll tu yang tak baik.........buat baik berpada pada , buat jahat jangan sekali.
ReplyDelete9 Januari, jika Anwar masuk penjara maka, tarikh ini bermula detik kegelapan BN dan UNMO..rakyat akan memilih pembangkang untuk melepaskan DSAI dari penjara..inilah dikatakan korban seorang, Kerajaan melayang..haha..U C what U get SOON....NKRA...cis...PUTRAJAYA akan dirampas sebaik ANWAR dipenjarakan..jalan lebih mudah untuk PR..choose what u want it to be NKRA..STUPID gov..
ReplyDeletedear anon 1 & 2:
ReplyDeletesetakat mana anda pasti benar @ x tuduhan terhadap AI? semasa trial, terlampau banyak fakta pihak pendakwa yg x boleh pakai-pintu belakang saiful masih virgin, x dpt dibuktikan bahawa DNA AI adalah berpunca drpd semen, pengendalian sampel yg x standard/meragukan, etc...