Wednesday, December 14, 2011

Umno Isytihar Perang Dengan Siapa?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9t4PCg60L52bqv7i2JNLhVGKrMt7DwyXz-U3OCSsfA7RJIFjK0sD4YTIcPHhvw6KUj-CvFwhId8gfJPmOUxIsrR4eNfPLCvfwy6dgIsCmtDH4cKNT9qIVquahb3sV6GczRCDNLZMEEHD7/s1600/najib-muhyidin_440x.jpgKedua-dua pemimpin tertinggi UMNO dalam perhimpuan agung baru-baru ini mengakhiri ucapan mereka dengan ayat, "semboyan perang telah berbunyi, masanya telah tiba, AYUH, kita sedia menggempur dan berperang!!"

Nak perang dengan siapa? Siapa musuh nak diperangi?? Rakyat Malaysia yang menjadi anggota parti pembangkangkah? Atau kaum bukan Melayu....?

Pilihan raya umum adalah proses biasa dalam sistem demokrasi untuk memilih kerajaan yang popular. Jika parti UMNO dan BN masih popular, kenapa perlu istihar perang? Siapa yang ditakuti sangat sehingga perkataan perang keluar dari mulut kedua-dua pemimpin negara kita?

Lain halnya, jika pemimpin-pemimpin berkenaan terlalu banyak melakukan kesalahan. Jika banyak salah, tentulah kekalahan parti, bukan sahaja bermakna kehilangan kuasa dan kehilangan jawatan tetapi juga mengundang masalah seperti pendakwaan di mahkamah.

Fenomena seperti ini berlaku di Indonesia, Korea dan Jepun. Bekas PM dan pemimpin negara dibawa kemuka pengadilan dan dibicarakan dan didapti bersalah.

Jika tidak melakukan sebarang kesalahan, pecah amanah dan salah guna kuasa, kenapa mesti desperado? Jika kalah hanya bertukar kedudukan kerusi dalam Dewan Rakyat....kerajaan masih berfungsi seperti biasa.

Raja dan Sultan masih terlindung. Hak Melayu dan bumiputera masih dipelihara dalam peruntukan undang-undang.

Jika ada Melayu yang kehilangan kuasa, Melayu lain akan mengambil tempatnya....

http://muslioli.blogspot.com/

2 comments:
Write comments
  1. UMNO dilihat sebagai pembela bangsa Melayu dan tekanan yang dihadapi terhadap PRU 13 ini memerlukan mereka bersiap sedia seperti ke medan perang

    ReplyDelete
  2. Berperang untuk menyelamatkan periku sendiri dan kroni bah itu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.