Seorang pemimpin cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya membuka beg mengandungi kertas undi yang disimpan di pejabat jajahan di Ketereh, Kelantan dalam kejadian pada 7 Mei tanpa kebenaran dari Mahkamah Tinggi.
Ketua AMK Ketereh Mohd Sukirman Mustafa memberitahu Malaysiakini, beberapa orang anggota parti dan orang awam membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 16 Mei.
Menurut Sukirman, pegawai SPR hadir bersama anggota polis dan mendakwa memperolehi arahan dari pegawai atasan untuk berbuat demikian, walau peraturan pilihan raya menetapkan bahawa beg kertas undi hanya boleh dibukan dengan perintah Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, pegawai yang membuka materi keselamatan di beg berkenaan tidak mengeluarkan apa-apa daripada beg yang disimpan di pejabat Majlis Daerah Ketereh.
“Mereka hanya membuka beg dan menyelongkar sedikit, tapi tidak mengeluarkan apa-apa,” kata Sukirman.
Katanya cabang PKR di situ dimaklumkan oleh seorang individu yang memberitahu bahawa beg tersebut dibuka oleh pegawai SPR pada kira-kira jam 11 pagi pada 7 Mei.
Sukirman berkata anggota PKR merakam gambar pegawai SPR tersebut yang membuka beg berkenaan dan kini menunggu penjelasan mengenai perkara itu daripada SPR.
Parti berkenaan kini menimbang untuk mengemukakan kes tersebut ke mahkamah. -MK
Tuesday, May 21, 2013
Pegawai SPR didakwa buka beg kertas undi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SELEPAS PENGUNDI HANTU BERJAYA MEMENANGKAN PAKATAN HARAM DIBANYAK TEMPAT, KINI MEREKA BERALIH PULA ISU BEG KERTAS UNDI
ReplyDeleteSebelum hari pengundian pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kononnya ada usaha membawa masuk ramai pengundi hantu ke Selangor bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.
SELEPAS PENGUNDI HANTU BERJAYA MEMENANGKAN PAKATAN HARAM DIBANYAK TEMPAT, KINI MEREKA BERALIH PULA ISU BEG KERTAS UNDI
ReplyDeleteDakwaan sama turut dibuat oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan angka kononnya lebih 40,000 pengundi hantu dibawa dari Bangladesh, Sabah dan Sarawak, dengan Selangor sebagai sasaran utama
SELEPAS PENGUNDI HANTU BERJAYA MEMENANGKAN PAKATAN HARAM DIBANYAK TEMPAT, KINI MEREKA BERALIH PULA ISU BEG KERTAS UNDI
ReplyDeleteTetapi bila keputusan PRU13 memihak kepada parti PAS, PKR dan DAP di negeri ini dengan mandat majoriti dua pertiga, faktor pengundi hantu ini tiba-tiba tidak berbangkit sekurang-kurangnya di kawasan yang mereka menang. Logiknya jika benar ada pengundi hantu, merekalah yang memenangkan calon-calon parti Pakatan Rakyat ini. Kenapa bila kemenangan di pihak mereka, tuduhan itu tidak terpakai?
SELEPAS PENGUNDI HANTU BERJAYA MEMENANGKAN PAKATAN HARAM DIBANYAK TEMPAT, KINI MEREKA BERALIH PULA ISU BEG KERTAS UNDI
ReplyDeleteHakikatnya bila PR memperoleh mandat itu, faktor pengundi hantu yang mahu dijadikan sebab kepada kemenangan BN, sudah tidak terpakai. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin telah menegaskan dakwaan itu hanyalah penipuan PR.
SELEPAS PENGUNDI HANTU BERJAYA MEMENANGKAN PAKATAN HARAM DIBANYAK TEMPAT, KINI MEREKA BERALIH PULA ISU BEG KERTAS UNDI
ReplyDelete“Kalau ikut logik, hendak bawa 40,000 (warga) Bangladesh (perlu) menggunakan pesawat Boeing 747 yang hanya boleh memuatkan 400 orang … bererti 100 buah pesawat terpaksa mendarat untuk membawa warga Bangladesh ini mengundi,” katanya.
SELEPAS PENGUNDI HANTU BERJAYA MEMENANGKAN PAKATAN HARAM DIBANYAK TEMPAT, KINI MEREKA BERALIH PULA ISU BEG KERTAS UNDI
ReplyDeleteSehingga kini tiada bukti diketengahkan pembangkang kerana dakwaan itu sememangnya tidak berasas dan mereka sudah tentunya tidak mahu memanjangkan lagi kisah Bangladesh ini kerana tempelaknya kepada mereka semula.
SELEPAS PENGUNDI HANTU BERJAYA MEMENANGKAN PAKATAN HARAM DIBANYAK TEMPAT, KINI MEREKA BERALIH PULA ISU BEG KERTAS UNDI
ReplyDeletePRU13 menyaksikan PAS dan DAP masing-masing memperolehi 15 kerusi dewan undangan negeri manakala PKR memperolehi 14 kerusi di Selangor. BN yang telah difitnah dengan pengundi hantu, hanya memperoleh 12 kerusi.
Bekas pemimpin, penganalisis politik, pemimpin politik veteran dan ahli akademik yang ditemubual Bernama pada 2 Mei lepas telah menghidu strategi penipuan pengundi hantu itu, yang disifatkan mereka sebagai permainan psikologi terdesak pembangkang bagi meraih sokongan.
SELEPAS PENGUNDI HANTU BERJAYA MEMENANGKAN PAKATAN HARAM DIBANYAK TEMPAT, KINI MEREKA BERALIH PULA ISU BEG KERTAS UNDI
ReplyDeleteMereka sependapat bahawa serangan itu bertujuan menggambarkan sistem pilihan raya negara ini tidak adil dan pembangkang teraniaya untuk meraih simpati rakyat Malaysia juga masyarakat antarabangsa.
SELEPAS PENGUNDI HANTU BERJAYA MEMENANGKAN PAKATAN HARAM DIBANYAK TEMPAT, KINI MEREKA BERALIH PULA ISU BEG KERTAS UNDI
ReplyDeletePenganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata perasaan simpati daripada permainan psikologi itu dijadikan senjata bagi menyemai perasaan ‘sakit hati’ kepada BN yang didakwa kononnya berkonspirasi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Impak permainan psikologi meraih simpati ini jelas dilihat dengan kemenangan besar PR di Selangor, malah BN pula memperoleh bilangan kerusi yang sedikit kerana secara realitinya tiada siapa yang mahu menggunakan pengundi hantu untuk kalah, apatah lagi kalah dengan majoriti besar.
SELEPAS PENGUNDI HANTU BERJAYA MEMENANGKAN PAKATAN HARAM DIBANYAK TEMPAT, KINI MEREKA BERALIH PULA ISU BEG KERTAS UNDI
ReplyDeleteNamun sehingga hari ini, tanpa rasa bersalah dan malu PR tetap mempertahan penipuannya itu dan kali ini lebih kepada mendakwa SPR gagal melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil.
SELEPAS PENGUNDI HANTU BERJAYA MEMENANGKAN PAKATAN HARAM DIBANYAK TEMPAT, KINI MEREKA BERALIH PULA ISU BEG KERTAS UNDI
ReplyDeleteTimbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa antara kerusi yang ‘dicemari’ dengan aduan salah laku ketika pengundian termasuk pengundi hantu itu ialah kerusi parlimen Shah Alam dan tiga kerusi dewan undangan negeri (DUN) iaitu Meru, Sekinchan dan Ijok.
SELEPAS PENGUNDI HANTU BERJAYA MEMENANGKAN PAKATAN HARAM DIBANYAK TEMPAT, KINI MEREKA BERALIH PULA ISU BEG KERTAS UNDI
ReplyDeleteJika benar pengundi hantu wujud di empat kawasan itu, maka logiknya pengundi hantu ini menyumbang kepada kemenangan ketiga-tiga parti, iaitu PAS bagi kerusi parlimen Shah Alam dan kerusi DUN Meru, manakala PKR dan DAP masing-masing menang kerusi DUN Sekinchan dan kerusi DUN Ijok.
SELEPAS PENGUNDI HANTU BERJAYA MEMENANGKAN PAKATAN HARAM DIBANYAK TEMPAT, KINI MEREKA BERALIH PULA ISU BEG KERTAS UNDI
ReplyDeleteMalah mereka menang dengan majoriti selesa di kerusi Parlimen Shah Alam menyaksikan Khalid Abdul Samad menang dengan majoriti 10,939 undi, DUN Meru Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Othman menang dengan majoriti 9,079 dan kerusi DUN Sekinchan menyaksikan Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng See Lim menang majoriti undi 2,239.
SELEPAS PENGUNDI HANTU BERJAYA MEMENANGKAN PAKATAN HARAM DIBANYAK TEMPAT, KINI MEREKA BERALIH PULA ISU BEG KERTAS UNDI
ReplyDeleteNamun apabila ditanya sama ada ketiga-tiga parti itu akan mengemukakan petisyen pilihan raya ke atas keputusan di Selangor khususnya empat kerusi itu, Azmin berdolak dalik dalam memberikan jawapan.
Setelah diasak wartawan, beliau berkata pihaknya akan meneliti dan mengkaji aduan yang diterima terlebih dahulu. Pandai pula mereka mahu mengkaji dahulu sebelum bertindak atau bercakap apabila terkena batang hidung sendiri.
SELEPAS PENGUNDI HANTU BERJAYA MEMENANGKAN PAKATAN HARAM DIBANYAK TEMPAT, KINI MEREKA BERALIH PULA ISU BEG KERTAS UNDI
ReplyDeletePenipuan isu pengundi hantu oleh PR ini sepatutnya menuntut rakyat, terutama yang menyokong atau percaya secara melulu tanpa menimbangkan logik tuduhan itu, lebih berhati-hati dalam reaksi dan tindakan mereka untuk tidak mengeruhkan dan menghuru-harakan proses demokrasi negara dalam memilih pemimpin dan kerajaan melalui PRU yang telus.
Sabtu lalu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa wujudnya konspirasi menggulingkan kerajaan. Konspirasi yang dirancang itu katanya bakal dijalankan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan jika pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
ReplyDeleteDalam dakwaan Tunku Aziz, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Namun, hari ini kepimpinan DAP dan PAS telah sebulat suara untuk membantu polis melakukan siasatan terhadap konspirasi itu.
Mungkin mereka telah sedar impak yang buruk bakal melanda negara jika terjadinya rusuhan dan demonstrasi tersebut. Walaupun Karpal Singh mengecam tindakan Tunku Aziz kerana mendedahkan rahsia DAP, tindakan DAP untuk bersama membantu polis adalah satu tindakan yang bijak.
Ini kerana, jika benar perkara ini terjadi ianya akan menggugat keamanan negara dan menjatuhkan imej negara. Sekali gus, ekonomi negara dan juga industri pelancongan akan turut terjejas.
Dalam pada itu, dua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP telah menyatakan keterlibatan mereka membantu polis untuk menjalankan siasatan konspirasi tersebut. Tetapi, Anwar Ibrahim masih belum mengambil apa-apa tindakan ataupun pendirian berkenaan perkara ini.
ReplyDeleteNaib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan polis sekiranya diminta membantu dalam siasatan berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.
Menurutnya, Pas mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak menyokong mana-mana pihak yang mahu menggunakan kekerasan dalam perjuangan kerana ia boleh menimbulkan
huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara.
Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.
“Anda terfikir untuk ‘spring’ dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?
Itu adalah gopoh.
“Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,” katanya menerusi laman Facebook.
Lim Kit Siang dalam satu temubual dengan Radio Australia juga menolak sebarang bentuk kacau bilau ala Arab Spring dan apa juga bentuk kacau ganggu seumpamanya.
ReplyDeleteNampaknya, hanya Anwar yang memang bercita-cita untuk mewujudkan kekacauan dalam negara yang nyata menjadi salah satu agendanya apabila gagal dalam pilihan raya. Mungkin itu merupakan cara beliau untuk menunjukkan protes sehingga menggadaikan keselamatan dan masa depan negara.
Sedarlah bahawa rakyat tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dengan konspirasi sebegini. Negara yang mengalami konspirasi sebegini tidak pernah aman dan kekal mundur tanpa ada sebarang pembangunan dan itu adalah satu kerugian besar buat negara.
Untuk sedarkan Anwar Ibrahim adalah satu perkara yang mustahil, namun masih belum terlewat untuk anak-anak muda yang terikut-ikut cara demonstrasi Anwar ini untuk berfikir dengan lebih waras. Jangan sampai terlewat untuk membetulkan keadaan sehingga negara kita berada dalam keadaan yang terumbang-ambing.
Pihak yang membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu tidak sewajarnya mengadakan perhimpunan atau demonstrasi.
ReplyDelete“Tiada sebab untuk mereka tidak puas hati dengan keputusan PRU13. Pemantau PRU13 sendiri mengakui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan tugas dengan telus.
ReplyDeleteMereka yang melakukan perhimpunan ini tahu tiada perkara yang boleh dipertikaikan dalam keputusan PRU13. Sebab itu, mereka cuba menimbulkan isu-isu lain yang tiada kaitan dan bertujuan untuk membangkitkan kemarahan rakyat.
ReplyDeleteBeliau yang juga bekas Ahli Parlimen Sri Gading berkata, sekiranya benar wujud keraguan dalam keputusan PRU13, pihak berkenaan perlu menggunakan saluran yang betul iaitu undang-undang. “Mereka yang tidak berpuas hati itu sudah tentu menjalani proses mengundi. Jadi, mereka sepatutnya tahu perjalanan sistem sewajarnya.
ReplyDelete“Kalau tak puas hati, kemukakan petisyen bantahan di mahkamah. Itu cara terbaik dan bukannya berdemonstrasi.
ReplyDeletePandangan berbeza diutarakan veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw yang menyifatkan rakyat berhak mengadakan perhimpunan membantah keputusan PRU13 asalkan secara aman dan mengikut undang-undang.
ReplyDeleteDalam setiap pilihan raya, pasti ada tak berpuas hati. Rakyat buat perhimpunan bersebab iaitu mereka merasakan ada kelemahan dalam pilihan raya.
ReplyDeleteSPR perlu bertindak adil. Mereka sepatutnya ambil kira pandangan rakyat ini dan membuat tindakan sewajarnya.
ReplyDeletePetisyen pun buat juga. Kalau didapati ada keputusan yang tidak berasas, kita kena tunjuk bukti dan failkan petisyen bantahan. Tidak perlulah demo yang hanya akan menyusahkan orang lain.
ReplyDeletePas berpendirian tegas tidak akan menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro-PR untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.
ReplyDeleteSetiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas berpendirian begitu kerana di negara ini masih terdapat prosedur lain terutamanya melalui mahkamah atau petisyen untuk mencabar keputusan PRU13.
ReplyDeleteCalon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), boleh mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tempoh untuk berbuat demikian ialah 21 hari selepas tarikh pewartaan.
ReplyDeleteMenurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua minggu. Katanya petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.
ReplyDelete"Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan muktamad. Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan petisyen yang paling banyak diterima ialah pada PRU 1999 yang melibatkan 40 petisyen.
ReplyDeleteMenurutnya, oleh sebab itu, Pas sekarang masih mengumpul bukti yang didakwa berlakunya penyelewengan di seluruh negara pada PRU13 lalu.“Pas berpendirian tidak akan bersama dengan perjuangan kumpulan ini. Memang terdapatnya perasaan tidak puas hati dengan perjalanan pilihan raya tetapi Pas akan mengambil pendekatan mengikut saluran undang-undang dengan mengemukakan petisyen.
ReplyDeleteJangan pergi ke jalan raya berdemonstrasi dan memanggil seluruh dunia menceritakan kami tolak PRU. Itu bukannya cara yang sepatutnya.
ReplyDeleteRakyat berhak mencabar keputusan PRU, tetapi melalui saluran undang-undang. Perlu ingat itu dengan saluran yang betul.
ReplyDelete