Pengerusi Media Prima Johan Jaaffar memperakui pernanan dan keterbukaan media baru; internet, Fb, blog, twiter dan sebagainya telah mengalahkan UBN. Kataya anak-anak muda lebih percaya kepada maklumat dari media baru yang ganas. Ini bermakna Johan mengikhtiraf peranan media baru ini lebih berfungsi dan mengalahkan media konservetif seperti radio dan televisyen dan akhbar arus perdana dalam menyebar dan menerima maklumat.
Katanya walaupun Umno juga mempunyai perwira maya (cyber trooper) tetapi ia tidak cukup kuat dan perkasa untuk melawan propaganda oleh pihak Pakatan Rakyat. Persembahan atau maklumat yang ditaburkan oleh cyber tooper UBN seperti tidak diterima dan ditolak atau tepatnya tidak terlawan 'keganasan' maklumat pihak Pakatan Rakyat.
Kalau Johan sedar kenapa media baru lebih diterima berbanding dengan media konservatif, ia mempunyai jawaban yang mudah. Johan tidak perlu pening kepala memikirkannya dan mencari punca dan alasan. Tidak perlu kepada satu kajian yang menyeluruh pun.
Johan mungkin sedar apa yang dilakukan oleh media konservatif seperti radio, TV3 dan RTM dan juga media arus perdana (PB) sepanjang pilihan raya lalu. Apakah peranan media berkenaan berada atas role yang benar atau sebaliknya. Apakah mereka masih mempertahankan etika dan falsafah jornalisme sebenarnya. Kehebatan atau sehebat mana minda sesebuah media ia tidak boleh menipu dan memperbodohkan minda rakyat untuk selamanya?
Media konservatif itu bukan bertindak menjadi pembentuk fikiran dan saksiah rakyat lagi sebalik menjadi racun kepada minda dan keperibadian rakyat. Ia bukan saja menyiarkan berita yang diputar belitkan tetapi turut sama menyiarkan laporan-laporan porno yang tidak wajar dimainkan. Johan saya yakin mengetahui dan sedar perkara ini.
Johan boleh semak kepada laporan-laporan ataupun bagaimana sikap media konservatif semasa pilihan raya lalu. Cuba tenguk apakah mereka menurut atau patuh kepada etika dan berpegang kepada falsafah sebenarnya. Berapakah nilai keadilan dan kesamarataan media konservatif berkenaan yang boleh kita berikan? Sejujur cuba buatkan satu necara untuk itu?
Hari ini pembaca sudah celik dan mempunyai media alternatif. Apabila media koservatif sudah menjadi iseng dan gila (tahap gila babi) - tidak waras, maka mereka akan lari kepada media alternatif. Kalau media koservatif tidak memperbetulkan sikap dan peranan mereka, tidak mustahil mereka akan dipulau dan orang menonton tv atau membaca akhbar (media PB) hanya untuk tahu maklumat-maklumat mengenai perniagaan, sport atau alam wanita sahaja, bukan politik.
Penurunan jumlah edaran dan permintaan kepada media konservatif itu terutama akhbar PB boleh dijadikan kayu ukur sejauh mana media PB itu masih diperlukan.
Johan sedar sekuat mana media arus perdana spin berita pihak pembangkang?
Begitu juga kenapa maklumat atau laporan (propaganda) yang dimainkan oleh cyber trooper Umno lemah atau tidak agresif seperti mana kata Johan. Bukan apa melainkan juga kerana masalah kualiti dan propaganda yang berlebih-lebihan dari cyber trooper Umno. Bahan-bahan yang dimuatkan ataupun disediakan oleh cyber trooper Umno melampau dan ada sesetengahnya meloyakan di mana jijik untuk dibaca dan dilihat oleh pengikut media baru.
Medium media baru UBN bukan tidak meriah tetapi kerana ia digerakkan secara berlebihan dan diluar batas yang boleh diterima akal manusia waras maka ia tidak dipedulikan. Ia tidak jadi sepopular media baru di pihak pembangkang.
Walaupun media bebas dan tidak terikat dengan terma-terma tertentu, namun pembaca atau pengikutnya masih ada maruah. Di sini penjenguk media baru lebih bermaruah daripada apa yang cyber trooper Umno persembahkan. Meskipun tidak ada siapa yang mengawal mereka, tetapi sebagai seorang pengikut bermaruah mereka tidak tergamak untuk melibat bahan-bahan lucah dan melampau yang disajikan oleh cyber trooper.
Ambil saja contoh pendedahan video lucah yang cuba mengaitkan beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat. Pendedahan melampau yang melewati akhlak dan tata budaya orang Melayu khasnya menyebabkan bahan itu tidak memberi kesan sebaliknya menjadi over kill kepada Umno? Ia memakan diri sendiri. Johan boleh buat kajian berapa peratus video lucah itu telah menurunkan undi Pakatan Rakyat?
Di sinilah kesabronoaan cyber trooper Umno menyebabkan apa yang mereka dedahkan tidak memberi impak besar dan boleh dipersoalkan. Selain daripada memuat turun klik video sex yang direka, gambar-gambar super impose dibuat ke atas pemimpin Pakatan Rakyat juga berlebih-lebihan dan melampau. Daya kreatif cyber trooper Umno terlebih tinggi dalam soal ini sehingga ia tidak dijangkau oleh pembaca atau pengikut media baru.
Saya ingin tegaskan cyber troper Umno bukan lemah dari segi prasarana dan kewangan. Mereka mempunya daya kewangan dan sokongan yang cukup. Bahkan mereka dilindungi oleh undang-undang. Saya difahamkan ada yang diupah mencecah ratusan ribu ringgit. Tetapi kenapa mereka dilihat lemah dan tidak boleh menjadi bentang kepada serangan media baru terhadap UBN kerana bahan-bahan mereka yang disajikan terlampau dan memualkan. Itu saja.
Mengenai kekalahan UBN seperti mana disifatkan Johan kerana keganasan media baru, sebenarnya tidak tepat. Jika dikukur daripada bahan-bahan yang disediakan oleh pihak cyber troopr Umno bahan disajikan cyber trooper Umno lebih ganas dan kejam dari apa yang dihidangkan oleh pihak Pakatan Rakyat.
Cyber trooper Pakatan Rakyat lebih terancang dalam menyiarkan sesuatu dan mereka ukur dengan kapasiti penerimaan minda rakyat Malaysia. Mereka tidak mereka-reka cerita atau terlampau membawa cerita personal yang teruk, sebaliknya lebih kepada menyerang secara psikolgis. Inilah perbezaannya. Jika hendak dihitungkan cyber trooper UBN lagi ganas dan tidak bertanggungjawab.
Saya bersetuju dengan Johan peranan media baru ini akan menjadi lebih penting untuk masa akan datang dan ia bakal memusnahkan kerajaan UBN. Anak-anak muda atau mereka yang mesra IT akan menggunakan medium baru ini untuk mengakses maklumat ataupun menyampaikan sesuatu perkara yang mereka tidak puas hati. Media konservatif seperti radio, tv dan akhbar tidak akan popuar lagi dan tidak menjadi medium rujukkan mereka kerana beberapa sebab.
Sebab utama ialah kerana sikap melampau media berkenaan dalam memberi menyokong UBN dan menghentam Pakatan Rakyat. Kedua ialah media konservetif itu lambat tidak secepat dan sesegera maklumat yang diterima menerusi media baru Fb, blog atau twiter. Dunia hari ini semua orang mahukan kecepatan dan ketepatan. Disamping itu sudah ramai orang percaya media koservatif bukan berperanan sebagai pembentuk fikiran rakyat tetapi peracun minda dan sikap rakyat.
http://msomelayu.blogspot.com
Friday, May 24, 2013
Kelemahan Cyber Trooper UBN Menentang Blogger PR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
blogger PR lebih emosi dan byk tipu
ReplyDelete