Tuesday, May 21, 2013

Saksi Pengundi Hantu Dalam PRU-13?

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mengemukakan lapan saksi yang dinafikan hak mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 yang lalu.

Kesemua mereka ini mendakwa nama mereka terlebih dahulu digunakan orang lain untuk mengundi.

Menurut Rafizi selain membuat laporan polis, mereka juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Lapan individu tersebut, setiap seorang merupakan pengundi bagi Parlimen Sungai Petani, Rembau, Kuala Selangor, Kemaman, Tumpat, Shah Alam dan dua di Serdang.

“Mereka yang buat laporan ini tidak diarahkan, mereka juga bukan orang parti, tetapi bertindak disebabkan marah terhadap penipuan ini,” kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Merchant Square di sini.

Rafizi turut menolak andaian bahawa kejadian itu berlaku disebabkan masalah teknikal, disebabkan semasa cuba mengundi semakan dua, tiga orang kerani di tempat mengundi, semuanya menunjukkan nama mereka sudah dipotong, bermakna seseorang sudah mengundi menggunakan nama mereka.

“Kalau cuma seorang sahaja kerani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memotong namanya, mungkin kita boleh percaya ia kesilapan teknikal kerani yang seorang itu, tetapi semua kerani dah potong nama pengundi terbabit.

“Ini sekaligus membuktikan bahawa Mykad palsu dan pengundi hantu itu memang wujud,” katanya lagi.

Rafizi turut memberitahu pihak yang membuat laporan tersebut sebelum ini tidak pernah kehilangan Mykad masing-masing.

SPR tidak wajar menjadikan alasan lapan pengundi tidak menjejaskan keputusan pilihan raya kerana menurut Rafizi ia melibatkan kepercayaan rakyat terhadap sistem pilihan raya negara ini.

Selain pengundi yang tampil membuat laporan polis, #Siasatpru13 yang diketuai Rafizi turut menerima video dan foto dari orang ramai yang boleh dijadikan bukti penyelewengan yang berlaku dalam PRU-13 lalu.

Rafizi menambah, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merupakan dua badan yang bertanggungjawab terhadap penipuan dan penyelewengan dalam PRU-13 lalu.

35 comments:
Write comments
  1. Agenda merampas negara melalui himpunan haram sedang berlangsung. DAP, PKR dan PAS sudah nekad mahu memerintah Malaysia melalui apa cara sekalipun. Agenda disusun rapi oleh DAP, pelakon utamanya Anwar Ibrahim yang akan mengetuai siri himpunan kera dalam jagaan dengan pelakon pembantu Karpal Singh dan Haji Hadi yang berpura-pura tidak menyokong tindakan Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  2. Sebelum pilihanraya Umum ke 13 bermula mereka telah menyerang Suruhanjaya Pilihanraya tanpa henti. Maka pelakon-pelakon tambahan telah diletakkan dibeberapa kawasan untuk berlakon bagi menganiaya SPR. Pada masa yang sama agen-agen pakatan haram telah menyusup ke dalam SPR bagi memastikan mereka dapat memanipulasikan SPR sepenuhnya.

    ReplyDelete
  3. Penyokong kuat Rafizi sendiri mengakui bahawa Rafizi memang bijak memutarbelikan fakta demi kepentingan pakatan haram. Bersandarkan fakta-fakta yang disediakan oleh pelakon-pelakon upahan mereka maka Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah mencabar Khairy Jamaluddin supaya menangkis kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini sedangkan mereka telah memasang perangkap untuk menganiaya Khairy.

    ReplyDelete
  4. Kononnya cabaran itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada lapan pengundi yang tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang daripada membuang undi apabila orang lain telah mengundi menggunakan nama mereka.

    ReplyDelete
  5. Kenapa Rafizi tidak mendapatkan keadilan bagi mangsa sebenar yang telah dianiaya dengan kejam oleh pakatan haram. Mangsa telah dipukul dan dinafikan hak beliau untuk mengundi dengan begitu kasar dan hina. Ini kejadian sebenar bukan lakonan wahai En Rafizi. Kami sudah muak dengan lakonan jijik puak pakatan haram yang cuba mencipta kekecohan dan huru-hara dalam keamanan pemerintahan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  6. Penulis ingin mengimbas kembali peristiwa yang cukup tragis dan menyayat hati ini. Apakah perasaan anda sekiranya ianya terjadi pada diri kita. Dengan biadap pakatan haram telah menyerang pengundi warganegara Malaysia tulen yang berwajah ala mamak. “Hey, sini ada satu lagi pengundi hantu. Ini Bangla,” suara dari satu kumpulan yang menerjah ke arah Tajudeen Anvar Batcha, 50, 5 Mei lalu apabila dia dikatakan pemilik MyKad palsu.

    ReplyDelete
  7. Tajudeen, kelahiran Taiping, Perak, berang apabila dituduh sebagai warga asing. Paling menyedihkan apabila dia turut dipukul dan ditendang kumpulan yang memakai baju kemeja-t berwarna kuning. “Saya bukan Bangla, Saya orang Malaysia. Saya ada MyKad sah dan saya ada hak mengundi,” balas Tajudeen namun tiada reaksi positif daripada kumpulan itu.

    ReplyDelete
  8. Pengalaman mengundi kali pertama Dewan Serbaguna Bt 17, Rawang memberi seribu satu kenangan buat dirinya. Berketurunan India-Muslim, inilah pengalaman paling ngeri dalam sejarah hidupnya.

    “Ini kali pertama saya mengundi di Rawang walau sudah menetap di sini hampir 10 tahun. Sebelum ini saya mengundi di Ampang. Apabila berpindah, saya tukar pusat mengundi. “Semangat saya pada pagi itu bagai disentak. Ketika saya berjalan menuju ke pusat semakan mengundi, kumpulan ini datang ke arah saya dan menjerit-jerit ke arah saya. Mereka mahu tengok kad pengenalan saya. Kerana tak tahu apa-apa, saya berikan sahaja. Selepas itu, saya dihalau daripada kawasan itu,” katanya. Katanya, kumpulan itu terus berang apabila melihat MyKad miliknya berwajah baru.

    “Beberapa hari sebelum mengundi, MyKad saya patah dan saya buat yang baru. Bila mereka tengok, terus naik angin dan menghalau saya. “Pelbagai kata-kata kesat dilemparkan kepada saya. Puas saya menafikan, tapi tidak diendahkan. Saya cuba mengawal emosi saya kerana tidak mahu kejadian tidak baik berlaku tetapi ada yang bertindak menendang dan memukul dada saya,” katanya.

    Tajudeen, pengurus di pusat latihan memandu di Rawang mengakui rasa amat marah dan terus dapatkan pegawai polis yang bertugas. “Selepas membuat laporan, saya kembali ke tempat pengundian, tetapi, perkara sama berlaku. Kerana tidak mahu terlepas peluang, saya diiringi beberapa pegawai polis menunaikan tanggungjawab mengundi,” katanya.

    ReplyDelete
  9. Suami kepada Deputi Superintendan Aisha Be Abdul Kadir ini berharap kejadian ini tidak akan berlaku pada masa akan datang. “Janganlah menilai seseorang daripada paras rupa sahaja. Buat masa ini saya sedang menunggu hasil siasatan pihak polis sebelum tindakan selanjutnya diambil. “Apa yang akan saya buat nanti, bukan mahu mengaibkan sesiapa, cuma memberi kesedaran terhadap mereka sahaja,” katanya.

    ReplyDelete
  10. Dalam kejadian sama, seorang lagi berketurunan India-Muslim menerima nasib yang sama. Niaz Ahmad Mohd Zubir, 35, turut dikecam gara-gara wajahnya dikatakan seperti ‘Mat Bangla’. Kejadian yang berlaku sekitar 10 pagi di di Sekolah rendah Jenis Kebangsaan (C) San Yuk, Rawang apabila kumpulan yang sama turut menghalau Niaz daripada mengundi.

    ReplyDelete
  11. Adiknya, Nisar Ahmad Mohd Zubir, 28, berkata, abangnya dikepung sebelum dapat meloloskan diri. “Ketika itu, abang saya sedang beratur untuk menyemak kawasan mengundi. Pada masa itulah, kumpulan yang memakai baju Selangorku datang dan mengherdik abang saya.

    “Mereka meminta MyKad, tetapi abang saya enggan memberikannya. Abang saya juga dipaksa meninggalkan kawasan itu, tetapi abang saya berjaya juga mengundi,” katanya. Katanya, abangnya tidak sangka kejadian itu melanda dirinya kerana itulah pertama kali abangnya mahu mengundi.

    “Kami dalam proses menyaman pihak terlibat,” katanya. Katanya, tindakan tersebut bukan kerana wang, tetapi sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya tidak bertindak sedemikian.

    “Memang wajah kami ini tak macam orang Melayu lain, kerana kami ini keturunan campur. Tapi kami warganegara Malaysia yang sah. Jangan lihat pada paras rupa. Kami sudah tinggal di Rawang lebih 20 tahun,” katanya

    ReplyDelete
  12. Penulis sebenarnya tertanya-tanya mengapa mereka amat benci kepada mereka yang berwajah ala-ala mamak. Adakah naluri mereka yang begitu angkuh kerana berkulit cerah maka mereka memandang hina terhadap mereka yang berkulit gelap? Patutlah masyarakat India di Kampung Buah Pala adalah antara mereka yang pertama dianiaya apabila Guan Eng memerintah Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  13. SO BAGAIMANA PULA DENGAN PENGUNDI2 RAKYAT MALAYSIA YANG DIANIAYA OLEH PETUGAS-PETUGAS PAKATAN HARAM? KENAPA RAFIZI LEMBU TIDAK BELA NASIB MEREKA?

    ReplyDelete
  14. orang buta yang taksub BN/umnu adalah headhunter berfikiran sempit mungkin juga ada masalah mental kot.

    ReplyDelete
  15. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan himpunan membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 anjuran pembangkang tidak mencerminkan demokrasi kerana mereka sebenarnya membantah keputusan majoriti rakyat.

    Sebaliknya kata beliau, perhimpunan itu hanya satu pesta ‘kegilaan’ orang kecewa yang tidak dapat menerima kekalahan dan mesti dihentikan.

    ReplyDelete
  16. “Bagi saya ia sangat berbahaya kerana itu bukan demokrasi. Demokrasi ialah penerimaan dan menerima keputusan yang telah dibuat rakyat,” katanya

    Beliau mengulas tindakan pembangkang yang terus menganjurkan perhimpunan konon bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang diadakan pada 5 Mei lepas.

    ReplyDelete
  17. Shabery berkata jika benar pembangkang tidak bersetuju dengan keputusan pilihan raya itu, mereka sepatutnya menggunakan saluran undang-undang yang ada seperti memfailkan petisyen di mahkamah.

    Katanya mereka juga patut mengemukakan bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan mereka.

    ReplyDelete
  18. “Mereka mendakwa terdapat 45,000 warga Bangladesh telah dibawa masuk sebagai pengundi hantu. Saya pun tertunggu-tunggu untuk melihat buktinya. Sekurang-kurangnya tunjuklah 10 atau 20 orang, saya juga mahu melihatnya,” katanya.

    Katanya rakyat juga boleh menilai sendiri kewajaran perhimpunan berkenaan.

    ReplyDelete
  19. Hanya PKR dilihat terus mencanang dakwaan 'kecurangan' keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dikala dua rakan kompenannya mengambil jalan selamat serta menerima hakikat bahawa rakyat memilih untuk memberikan mandat kepada Umno Barisan Nasional (BN) bagi menerajui negara, kata penganalisis politik, Datuk Dr Firdaus Abdullah.

    ReplyDelete
  20. "Yang sedihnya sekarang, hanya nampak sekarang PKR dan Anwar (Ketua Umum PKR) sahaja yang beria-ia melaung kesana-sini tentang itu (kekalahan). Sedangkan nampak dari jauh PAS seakan-akan boleh terima kenyataan. Sedangkan DAP dia taknak bermain api, tapi dia minta Anwar main api," katanya kepada Antarapos.

    ReplyDelete
  21. Dr Firdaus juga tidak menolak DAP sedang mengatur strategi politik yang menguntungkan parti dominasi Cina itu dan secara licik mempergunakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang semakin agresif membangkitkan sentimen kemarahan dikalangan penyokong pembangkang terhadap pemerintah.

    ReplyDelete
  22. "Jadi saya nampak DAP main selamat. Dia (DAP) oklah, kau nak buat kacau, buat kacaulah. Kita akan sokong kekacauan kamu. Tapi (seolah) tak terlibat," katanya lagi.

    ReplyDelete
  23. Pakatan Rakyat selepas tewas dalam PRU13 awal Mei lalu mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus sehingga menyebabkan kekalahan mereka.

    ReplyDelete
  24. Sebaliknya mereka bertegas, kemenangan sepatutnya milik Pakatan Rakyat berikutan undi popular menyebelahi gagasan itu.

    ReplyDelete
  25. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat tidak pula menjelaskan perlembagaan negara hanya mengambil kira jumlah kerusi yang dimenangi untuk menentukan parti manakah yang layak menubuhkan kerajaan persekutuan dan bukannya bergantung kepada undi popular.

    ReplyDelete
  26. Pakatan Rakyat kemudiannya menganjurkan beberapa siri himpunan kononnya bagi menunjukkan bertapa rakyat tidak mengiktiraf keputusan PRU13 itu.

    ReplyDelete
  27. Anwar sendiri menyeru penyokong pembangkang keluar beramai-ramai dan menyatakan bantahan terhadap keputusan PRU13.

    ReplyDelete
  28. Bagaimanapun, dikala Anwar bersenang hati melihat sokongan penyokong terhadap 'pejuangannya' mahu menakluk Putrajaya, beliau dibidas orang kanannya sendir, Azmin Ali.

    ReplyDelete
  29. Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, 'rakyat sudah letih dengan politik melampau' melalui laman sosialnya, Twitter.

    ReplyDelete
  30. Azmin dan beberapa pemimpin PKR dilihat tidak menghadiri himpunan kemarahan rakyat yang diadakan di Kelana Jaya baru-baru ini.

    ReplyDelete
  31. Dr Firdaus yang juga bekas Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Malaya (UM) mengulas kekecewaan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla terhadap Anwar yang enggan menerima kekalahan dalam PRU13 itu.

    ReplyDelete
  32. "(Ini) imej buruk dia (Anwar) yang terdedah yang cuba nak mengacau-bilaukan negara yang sedang aman. Mudah-mudahan dia (Anwar) segera insaf, bila ada teguran daripada orang-orang luar negara dan rakan dia dari Indonesia semoga dia akan insdaf sendiri."

    ReplyDelete
  33. "Dan saya harap supaya kawan-kawan dia di Indonesia jangan termakan cakap-cakap dia lagi dan terpedaya dengan macam-macam tipu helah dia (Anwar)," katanya lagi.

    ReplyDelete
  34. Kekecewaan Jusuf dinyatakan kepada bekas Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Hamid Awaludin selain berkata Anwar pernah berjanji akan mengawal pakatan pembangkang, khususnya penyokong mereka sekiranya tewas kepada BN.

    ReplyDelete
  35. ini lah dua nama jadi pencacai BN.tak ada muka lain padan muka kalau semua barang di naikkan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.